TANJUNG MALIM 22 Sept. - Seramai 19 calon proaspirasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diisytiharkan menang tanpa bertanding pada pilihan raya kampus universiti tersebut sejurus proses penamaan calon ditutup semalam.
Perkembangan itu bakal menyaksikan hanya 10 kerusi dipertandingkan pada pemilihan yang bakal berlangsung Selasa ini iaitu lima kerusi umum, empat kerusi fakulti dan kerusi Entik untuk pelajar dari Sabah.
Sumber Suruhanjaya Pemilihan MPP UPSI, keputusan itu sekali gus mengulangi kejayaan kumpulan proaspirasi menguasai kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI meskipun pada pemilihan lalu berlaku pertembungan sengit melibatkan lima kerusi umum dan 18 kerusi fakulti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan