KUALA LUMPUR 25 Sept. - Kolej RISDA akan menawarkan pengajian di peringkat Sarjana terutamanya dalam bidang pertanian mulai sesi pengambilan 2012/2013.
Pengerusi Kolej RISDA, Dato' Wan Mohamad Zuki Mohamad yang juga Ketua Pengarah RISDA berkata, tawaran kursus peringkat Sarjana itu akan dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara.
Menurutnya, kursus peringkat Sarjana itu akan dibuka kepada mahasiswa-mahasiswa Kolej RISDA sendiri, kakitangan RISDA dan juga orang luar.
''Kita akan bekerjasama dengan Mara dan UMK dengan menawarkan kurusus peringkat Sarjana di kolej-kolej yang akan ditetapkan kelak. Ia berkemungkinan akan diadakan di Kolej-kolej Kemahiran Tinggi Mara.
''Terbaru, kita juga sedang mengintai peluang jika boleh bekerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi program peringkat Sarjana ini," katanya di sini sambil menambah usaha sedang dibuat untuk menaiktaraf Kolej RISDA kepada Kolej Universiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan