KIRA-kira setahun lalu, pendakwah dan penyampai rancangan kuliah interaktif 30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid, 28 telah dipertemukan dengan seorang pelajar jurusan perubatan Universiti Kaherah, Mesir.
Gadis bernama Husna Mohd Zahry, 24 ternyata telah menawan hati ustaz yang begitu tinggi keperibadiannya. Bertitik tolak daripada itulah, kedua-dua belah keluarga telah mengikat kata sepakat untuk menyatukan mereka dalam ikatan pertunangan.
Tertib pertunangan dipelihara dengan sebaiknya sehingga tidak ramai yang menyedari akan berita pertunangan Ustaz Don yang memang cukup terkenal ini.
Dalam pada itu, rutin harian sebagai pendakwah diteruskan seperti biasa malah dilaksanakan oleh ustaz yang penuh kerendahan hati dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan tunangannya tetap meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar dengan penuh khusyuk.
Tanggal 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H selepas Asar dalam suasana serba sederhana di kelilingi ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin, Ustaz Don akhirnya dinikahkan dengan tunangannya.
Majlis pernikahan berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh bapa pengantin perempuan, Haji Sr Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman di hadapan jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya Balik Pulau, Ustaz Tuan Haji Saat.
Enggan dedah kisah pertemuan
Ternyata Ustaz Don lebih senang tidak mendedahkan kisah cinta mereka kepada umum. Malah ketika ditanya tentang pertemuan mereka, dirinya memaklumkan biarlah kisah mereka berdua menjadi rahsia antara mereka.
"Perjumpaan, biarlah rahsia. Ia berlaku lebih daripada setahun," tutur Ustaz Don ringkas.
Sungguhpun demikian, dia sudi berkongsi kegembiraannya dengan para hadirin yang bertandang ke majlis pernikahan dan resepsi pengantin perempuan di Dewan PKK Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 1 September yang lalu.
"Perasaan saya ketika ini, seronok. Alhamdulillah. Cuma kenduri ini diadakan selepas akad seminggu yang lalu. Secara jujurnya, sepanjang seminggu ini perasaan takut itu masih ada dalam diri saya.
"Saya sentiasa mendoakan agar perasaan takut itu sentiasa kekal di dalam diri saya kerana saya tahu saya sudah mempunyai satu tanggungjawab yang besar. Yang mana, syurga isteri saya, syurgalah untuk saya," tutur pensyarah KUIS ini ketika ditemui di majlis resepsinya.
Bagi mempersiapkan diri menjadi seorang suami yang bertanggungjawab, beriman dan bertakwa Ustaz Don sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dengan mendalami kitab-kitab agama yang berkaitan.
"Perkara pertama yang perlu ada dalam perancangan untuk diri saya sendiri dan keluarga saya adalah kami perlu mendalami banyak lagi kitab-kitab. Saya mahu supaya pada masa hadapan saya akan lebih mendalami bidang agama.
"Tambah pula, selepas saya berada dalam dunia ini iaitu di alam perkahwinan, barulah saya nampak aspek mana yang sepatutnya saya perlu beri perhatian," sambung Ustaz Don yang bakal menunaikan haji pada bulan Oktober nanti manakala isterinya pula akan terus menyambung pengajian di Mesir.
Dalam pada itu, Ustaz Don turut mengakui bahawa cabaran rumah tangga yang bakal dialami adalah sama sebagaimana cabaran perkahwinan yang akan dialami oleh pasangan yang lain.
Husna mahu selalu di samping suami
Menjadi isteri individu terkenal pastilah sedikit sebanyak akan membuatkan isterinya turut terkena tempiasnya. Ketika ditanya tentang reaksi Husna saat berhadapan situasi sebegitu, wanita pemalu ini jujur mengakui dirinya akan cuba menabahkan hati.
"Saya akan tabahkan hati dan dalam apa juga situasi saya akan selalu ada di samping suami saya," tuturnya lembut.
Barangkali tidak biasa dengan situasi temu ramah yang melibatkan wartawan dan jurugambar, Husna kelu bila ditanya tentang sifat istimewa suaminya.
Sebaliknya dia hanya melemparkan senyuman sebelum ditenangkan oleh suaminya sambil memaklumkan, isterinya itu malu dan tidak biasa dengan situasi sebegitu.
"Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah," balas Ustaz Don saat menerangkan pertanyaan mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada isterinya itu.
"Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam," sambungnya ketika ditanya soal cahaya mata.
Pada hari itu juga, Ustaz Don dan isterinya Husna sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi datang meraikan kegembiraan bersama dengannya.
"Cuma satu pesanan saya, tolong doakan kami, kerana boleh jadi doa salah seorang daripada kita akan dimakbulkan Allah. Saya sendiri tidak tahu sama ada doa saya atau siapa akan dimakbulkan. Jadi, hantarlah doa kepada kami dan sekalian kaum muslimin yang ada. Insya-Allah, mudah-mudahan zuriat orang Islam akan semakin bertambah dalam keadaan bertakwa kepada Allah S.W.T," ucapnya penuh kerendahan hati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan