LLM dalam satu kenyataan berkata Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) pula menawarkan diskaun tol 20 sen.
Bagi kedua-dua lebuh raya itu, tawaran diskaun berkenaan melibatkan semua kelas tunai dan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC).
Diskaun lima peratus pula ditawar bagi semua kelas tunai di Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE).
Ketiga-tiga lebuh raya itu ialah antara lebih 20 lebuh raya yang menawarkan diskaun atau rebat tol sempena perayaan Deepavali dan Awal Muharam minggu ini. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan