KOTA BHARU - Lebih 95 peratus senarai pemain The Red Warriors yang diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa malam tadi, kekal bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
Antara pemain yang kekal adalah Mohd Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad serta Obina Nwaneri.
Beberapa pemain baru juga turut diumumkan iaitu Mohd Haris Safwan Md Kamil yang sebelum ini beraksi di Johor FC, K Nanthakumar dari Perak serta Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri dari T-Team.
Beberapa pemain Kelantan musim ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan lain seperti Mohd Nurul Azwan Roya (Johor), Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Selangor), Azlan Ismail dan S Chanturu (Perak).
Sementara itu, Annuar Musa berkata, Mohd Badhri Radzi (Piya) dikekalkan sebagai ketua pasukan sementara Indra Putra pula sebagai timbalan ketua pasukan pada musim depan.
"Alhamdulillah, kita bertuah kerana mempunyai ramai pemain yang memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi. Selain Piya dan Indra, kita turut ada Shakir, Khairul Fahmi, Subra, Farhan dan ramai lagi yang memiliki skil kepimpinan semula jadi," katanya ketika mengumumkan senarai pemain Liga Malaysia Kelantan 2013 di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Mengenai status Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan Mohamad Ghaddar, Annuar berkata, nama pemain paling bernilai 2012 itu tidak disenaraikan dalam senarai pemain untuk musim depan tetapi Kafa masih lagi berbincang dengan Ghaddar sama ada pemain dari Lubnan itu masih berminat untuk bersama The Red Warriors lagi.
"Saya tidak mahu menghangatkan lagi isu Mat Yo, biarlah kita lepaskan dia dan kita dapat berikan tumpuan untuk mantapkan pasukan bagi menghadapi saingan musim depan," katanya.
Kira-kira 8,000 penyokong The Red Warriors memenuhi laluan perarakan tiga piala dari Hotel Renaisance ke Stadium Sultan Muhammad IV.
Kelantan mencipta sejarah treble musim ini apabila menjuarai tiga piala berprestij Liga Malaysia iaitu Piala FA, Juara Liga Super dan Piala Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan