Pages

Ronaldo sumbang 'kasut emas' bantu rakyat Palestin

IKON Real Madrid, Cristiano Ronaldo telah menderma RM4.6 juta untuk kanak-kanak Palestin di Gaza.

Bintang itu telah memberi kasut emas yang diperolehinya pada 2011 kepada Yayasan Real Madrid.

Kelab gergasi Sepanyol ini menunggu giliran mereka untuk membuat jualan amal dan akan mendermakan dana itu kepada sekolah-sekolah di Gaza.

Ronaldo atau Yayasan Real Madrid bagaimanapun masih belum mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Menurut beberapa laporan, Yayasan Real Madrid telah membantu dalam membina 167 buah sekolah di 66 negara sebelum ini.

Namun begitu, ia bukanlah kali pertama Ronaldo memberi sumbangan kepada badan amal.

Tahun lepas dia telah menjual kasutnya khusus untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah di Gaza.

Ronaldo menjadi pemain bola sepak yang termahal dalam sejarah selepas berpindah dari Manchester United ke Real Madrid dengan kontrak yang bernilai RM288 juta.

Di samping itu, pelanjutan kontraknya bersama Real Madrid, yang bernilai RM37 juta setiap tahun, menjadikannya salah seorang pemain bola sepak yang mendapat bayaran tertinggi di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan