Pages

PJJ Uitm


Institut Perkembangan Pendidikan (InED) ditubuhkan pada September 2001. InED kini menguruskan tiga program pembelajaran secara serentak iaitu Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ), Pendidikan Usahasama dan Pendidikan Berterusan.

1) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
Objektif program ini ialah untuk menawarkan pendidikan berterusan bagi meningkatkan pengetahuan dan kerjaya bumiputera. Mereka juga membantu meningkatkan produktiviti dan menyumbang kepada pembangunan negara.

2) Pusat Pendidikan Usahasama (PPU)
Program Usahasama adalah program perdana UiTM yang dijalankan secara kerjasama antara UiTM dengan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). IPTS ini dikenali sebagai Kolej Bersekutu UiTM. Program Usahasama ini dapat memberi peluang kedua kepada para pelajar yang layak mengikuti Program UiTM tetapi tidak mendapat tempat di kampus UiTM. Program ini juga secara tidak langsung dapat menyumbang ke arah meningkatkan jumlah enrolmen program akademik UiTM.

3) Pusat Pendidikan Berterusan (PPB)
PPB mengendalikan Program Pengajian Jangka Pendek secara profesional denganbadan-badan kerajaan, badan-badan berkanun mahupun syarikat swasta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan