Pages

Perodua akan Mengikuti Daihatsu China dalam Pengendalian Pusat Servis Kereta

Saya kurang pasti mengenai pusat servis kereta lain di Malaysia, tetapi secara peribadi Pusat Servis Toyota menawarkan perkhidmatan yang sangat baik. Memang servis first class.
 
Ruang menunggu ada internet, ada tukang buat kopi, ada biskut, ada majalah dan surat khabar terkini. Layanan pekerja di kaunter pun bagus, layanan pekerja teknikal pun bagus. Masa menunggu pun tak lama.
 
Cumanya kena booking awal jika dekat musim perayaan. Satu lagi yang menarik, diorang ada database pelanggan berdasarkan no. plat kereta. Selepas kereta siap, kita akan dapat sms dan panggilan. Biasanya lebih awal daripada masa yang dijanjikan.
 
Servis yang diberikan oleh Pusat Servis Toyota Malaysia adalah sangat bagus. Cuba baca artikel di bawah mengenai Peroduo ingin belajar dari Daihatsu China untuk mengendalikan Pusat Servis.

Di sini, pelanggan adalah 'raja'

MELIHATNYA sahaja kelibat pelanggan atau kereta mendatangi atau memasuki premis, kakitangan akan sedia meluru kepada pelanggan untuk membantu.
 
Pelanggan, kemudiannya turut disambut oleh kakitangan lain dan diberikan layanan istimewa di pusat servis yang lengkap dengan kemudahan seperti lapangan mainan kanak-kanak.
 
Selain kemudahan yang ditawarkan, kebersihan persekitaran juga dipastikan berada di peringkat terbaik setiap hari.
Begitulah antara senario di salah sebuah Pusat servis kereta Daihatsu di Chiba Jepun. Nyata sekali keadaannya, jauh sekali dengan di mana-mana pusat-pusat servis Malaysia, apabila pelanggannya disambut dengan muka yang masam dan acuh tidak acuh mungkin kerana kepenatan.
"Di sini, pelanggan boleh mengadu terus kepada Presiden kami jika tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan," kata seorang jurucakap pusat servis itu.
 
"Selepas menerima aduan tersebut, Presiden akan memberikan maklum balas tentang apa yang perlu dilakukan untuk membetulkan keadaan," tambah beliau.
 
Pusat servis Daihatsu itu merupakan antara salah sebuah pusat servis yang paling berjaya dan mantap pretasi jualan dan perkhidmatannya di daerah itu.
Tindakan menawarkan kemudahan, layanan dan perkhidmatan terbaik menjadi faktor penting kepada syarikat pengeluar kereta di negara mata hari terbit itu untuk bersaing.
 
Persaingan sengit dalam jualan kenderaan di negara mata hari terbit itu menyebabkan Daihatsu menumpukan pusat servis sebagai usaha menarik pelanggan dan memperoleh kesetiaan mereka.
 
Dengan memberikan pelanggan tetap mengalami pengalaman terbaik, bilangan pelanggan baharu dapat ditingkatkan manakala yang lama dikekalkan.
Di pusat berkenaan, para pelanggan berpeluang melihat sendiri kenderaan mereka diberikan perkhidmatan dan tempoh menunggu dipastikan sesingkat mungkin.
 
Berdasarkan pelbagai usaha yang dilakukan itu, tidak menghairankan apabila pusat perkhidmatan berkenaan telah berjaya menjadi sebuah pusat yang terbaik.
 
Tidak menghairankan kecemerlangan pusat-pusat servis Daihatsu di Jepun turut menjadi contoh yang bakal dicontohi oleh Perodua sambil mengambil kira persekitaran tempatan, untuk keselesaan pelanggan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan