Pages

Bilal, Siak Terkejut Mayat Bayi Di Tangga Masjid

KLANG – Seorang bilal dan siak Masjid Badariah Batu 12, Kapar di sini terkejut apabila mendapati bungkusan plastik hitam yang ditinggal di tangga masjid itu mengandungi mayat seorang bayi lelaki.
 
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Mohd Shukor Sulong berkata kedua-dua mereka yang mahu membuat persiapan solat Subuh menemui mayat bayi berkenaan ditutup dengan kain lampin apabila membuka bungkusan tersebut.
 
"Apabila tiba di tempat kejadian kira-kira 6.30 pagi, kita (polis) mendapati bayi yang bertali pusat dan cukup sifat ditinggalkan di dalam bungkusan plastik.
"Pemeriksaan lanjut turut mendapati bayi itu sudah meninggal dunia," katanya di sini hari ini.
 
 
Mohd Shukor berkata mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran. – Bernama

Denda Dan Penjara Jika Gagal Pamer Sijil Halal

KUALA LUMPUR – Pengusaha premis makanan, yang masih menggunakan dan mempamerkan logo serta apa-apa ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), akan berdepan hukuman denda dan penjara mulai 1 Julai ini.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata mulai tarikh itu, pertubuhan atau perbadanan yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan denda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan kedua serta berikutnya.
Bagi bukan pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya akan dikenakan jika sabit kesalahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula akan dikenakan bagi kesalahan kedua dan berikutnya.
 
 
"Memandangkan tempoh amaran akan berakhir esok, maka mulai Ahad ini Jakim tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana premis makanan yang tidak menggunakan logo halal Jakim atau MAIN," katanya.
 
Objek Islam yang mengelirukan adalah dilarang
 
Othman mengingatkan pengusaha premis makanan bahawa penggunaan logo halal dan ungkapan halal seperti 'ditanggung halal', 'makanan orang Islam', 'buffet Ramadan' dan lambang lain atau objek Islam yang mengelirukan adalah dilarang melalui Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
Beliau berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada Jakim sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan logo dan ungkapan halal.
"Jakim juga mengingatkan dan memohon kerjasama pengusaha premis makanan supaya lebih bersedia dan peka dengan perintah berkenaan dari semasa ke semasa," katanya. – Bernama

Mahathir Mahu Marina Jangan Antikerajaan

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.
Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.
Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum  yang bersih dan adil.
 
 
"Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.
"Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya," katanya.
Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.
 
Menjejaskan peluang abangnya
"Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya," katanya.
Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
"Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya," katanya.
Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada keputusan parti.
 
Katanya, isyarat bahawa Mukhriz mungkin menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen.
"Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi Menteri Besar, saya akan tetap sokong," katanya.

Almy Nadia Nekad Enggan Terjerat Dengan Kontroversi

Pelakon Almy Nadia mengambil pendekatan enggan membuka mulut mengenai hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz selepas kenyataannya sebelum ini telah disalahertikan.
Almy, 25, berkata, pendekatan itu diambilnya kerana dia tidak mahu terus terjerat dengan kontroversi sedemikian rupa pada masa akan datang.
"Apabila wartawan bertanya mengenai lamaran Fizz untuk memperisterikan saya, jawapan yang diberikan adalah jujur dan ikhlas daripada hati saya.
"Buat apa saya hendak menipu atau menokok tambah perkara yang tidak berlaku tetapi rupa-rupanya apa yang keluar daripada mulut saya telah ditafsirkan dengan cara berbeza sehingga banyak pihak menghentam saya.
 
"Sebab itu saya tidak mahu lagi bercakap mengenai hal-hal peribadi kerana enggan lagi dituduh dengan macam-macam tohmahan," ujarnya kepada mStar Online.
 
Almy Nadia.
 
 Tambah Almy, dia perlu berkorban bagi memperbaiki situasi yang keruh dan tidak menafikan kelantangannya memberikan kenyataan mengenai hubungan mereka telah menyumbang kepada kekecohan tersebut.
Dalam pada itu, Almy memberitahu hubungannya dengan Fizz masih berada dalam keadaan baik dan mengakui ada bertemu dengannya untuk berbincang mengenai perkara berbangkit yang timbul di antara mereka berdua.
Almy bagaimanapun enggan mendedahkan kedudukan sebenar hubungan itu dan biarlah perkara itu diketahui oleh mereka berdua dan Allah sahaja.
"Rasanya biarlah antara kami dan Allah sahaja yang tahu dan tidak perlu lagi kecoh-kecoh dan sejujurnya saya lebih senang dengan keadaan begini.
"Hubungan kami pun masih baik dan sering bertemu untuk berbincang malah kami ada melakukan aktiviti sukan bersama selain Fizz ada datang ke hospital untuk melawat semasa saya menjalani pembedahan apendiks tempoh hari," katanya.
Bagaimanapun kata Almy, di sebalik kekecohan itu, dia mengakui ada hikmah tersembunyi kerana mereka lebih banyak berkomunikasi bagi menyatakan rasa yang terpendam di dalam hati masing-masing.
"Kejadian itu ada hikmahnya apabila kami lebih banyak berkomunikasi untuk menyatakan apa yang terpendam supaya tidak lagi timbul salah faham," katanya.
Hubungan kedua-dua pelakon itu menjadi panas selepas Almy memberikan kenyataan dengan mengatakan hubungannya dengan Fizz Fairuz diibaratkan seperti retak menanti belah.
Ia disebabkan mereka tidak lagi mesra sejak dua tahun kebelakangan ini.
Reaksi itu dibuat dua minggu selepas Fizz memberitahu media hasratnya untuk memperisterikan Almy.

Mahkamah AS Haram Jualan Samsung Galaxy Tab

SAN FRANCISCO –  Sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) di sini semalam mengharamkan penjualan Samsung Galaxy Tab 10.1 ekoran pertikaian dengan Apple.
Apple mendakwa yang Samsung melanggar etika dengan meniru reka bentuk daripada model mereka, iPad.
Samsung tablet dianggap oleh kebanyakan penganalisis sebagai saingan terdekat Apple iPad.
Bagaimanapun pengharaman itu tidak membabitkan Galaxy Tab 10.1 II, edisi terbaru tablet.
Perbicaraan kes dijadualkan bermula di California pada 30 Julai ini.
Apple perlu membayar bon AS$2.6 juta bagi memfailkan injunksi yang dipohon Mei lalu, untuk membayar pampasan jika pengharaman itu difikirkan tidak perlu.
 
Keputusan pengharaman dibuat oleh mahkamah California, AS semalam.
Menurut Hakim Mahkamah Daerah Lucy Koh, walaupun Samsung mempunyai hak untuk bersaing, namun ia tidak ada hak untuk bersaing secara tidak sihat dengan melanggar peraturan produk di pasaran.
Hakim sebelum ini menafikan rayuan Apple bagi memohon injunksi ke atas tablet Galaxy dan telefon pintarnya tetapi meminta mahkamah persekutuan untuk menimbang semula permintaan Apple.

Pesara Tentera Dakwa miliki Syiling Lama Berusia 242 Tahun Bernilai RM16Juta

PASIR PUTEH – Pesara tentera mendakwa memiliki syiling lama berusia 242 tahun yang nilainya dikatakan boleh mencecah RM16 juta sekiranya, dilelong di pasaran Amerika Syarikat.
Duit syiling lama berukuran 3.8 sentimeter (sm) yang tertera perkataan `Vtraque Vnum' itu tidak dapat dipastikan nilai sebenar mata wangnya, tetapi difahamkan ia merupakan antara yang paling sukar ditemui.
Abidin Ghani, 56, dari Taman Sri Aman, di sini, berkata, berdasarkan fakta sejarah, syiling lama termahal di dunia adalah American Silver Dollar keluaran 1794 yang dijual RM23.5 juta dalam acara lelongan baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya, syiling yang dimiliki adalah 24 tahun lebih awal jika dibandingkan American Silver Dollar itu.
"Saya mendapatkan pengesahan daripada beberapa pakar mata wang termasuk pengumpul barangan antik dan mereka mengatakan duit syiling itu adalah asli.
Abidin menunjukkan dua syiling berusia lebih 200 tahun (kiri) dan juga 90 keping syiling lama dari pelbagai negara yang menjadi "Walaupun ia merupakan koleksi paling lama usianya, syiling ini masih dalam keadaan baik dan sempurna," katanya.
Selain syiling berkenaan, bapa kepada lima anak itu turut memiliki duit syiling lama satu sen berukuran 2.7 sm yang tertera perkataan Kerajaan Terengganu Berhad dalam tulisan Jawi.
Abidin turut memiliki 20 keping wang kertas lama termasuk wang kertas yang dikeluarkan pada masa pemerintahan Negeri-negeri Bersekutu.
"Semua ini adalah koleksi arwah ayah saya kerana dia sentiasa merantau ke negara luar semata-mata untuk mendapatkan syiling lama.
"Saya menyimpannya selama 40 tahun dan pernah didatangi beberapa lelaki yang berhasrat meminjam beberapa syiling lama untuk tujuan memuja nombor ekor, saya tidak bersetuju kerana
tahu perbuatan itu syirik," katanya.
Abidin berkata, pengalamannya sebagai pengumpul syiling lama menemukannya dengan pelbagai peristiwa aneh termasuk gangguan makhluk halus.
"Saya tidak melupakan peristiwa di mana saya dan keluarga tidak dapat tidur kerana diganggu makhluk halus selepas berjaya mendapat syiling lama dari Indonesia," katanya.

Gambar - Wang Kertas Baru Diedar Mulai 16 Julai Ini

KUALA LUMPUR – Wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai, menurut Bank Negara Malaysia hari ini.
Bank pusat itu menyatakan, selepas pengumuman awal Mei lalu, ia sudah berbincang dengan beberapa pemegang kepentingan sepanjang beberapa bulan lalu untuk melicinkan pengenalan wang kertas siri baru itu.
Pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan
 
.
"Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai.
"Jika penetukuran mesin tidak disiapkan menjelang 16 Julai walaupun sudah diberi peringatan awal sekurang-kurangnya enam bulan, penyelesaian alternatif harus disediakan untuk orang ramai.
 
"Ini termasuk menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai," menurutnya dalam satu kenyataan.
Untuk maklumat lanjut mengenai siri wang kertas baru itu, hubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau 03-26988044 sambungan 7307/8658 atau emel kepadancs@bnm.gov.my. – BERNAMA

Heliza Helimi Tempuh Pelbagai Pengalaman Kerana Makanan Halal

KUALA LUPUR: Penyanyi Heliza Helmi menjelaskan, bergelar pengacara bagi rancangan Rasa Halal Antarabangsa siaran Astro Oasis merupakan satu peluang luar biasa apabila dia dapat meneroka pelbagai jenis makanan di lima buah negara.
Heliza berkata, pengalaman berada di Turki, United Kingdom, Perancis, Australia dan Korea Selatan itu amat menarik kerana dia juga dapat melihat perkembangan Islam di negara berkenaan.
"Ia merupakan satu pengalaman yang amat berharga dan bernilai buat saya. Bukan mudah untuk saya merasai kepelbagaian makanan halal yang terdapat di tempat orang. Ia amat menakjubkan," katanya pada sidang media program berkenaan di sini, Isnin.
Heliza Helmi
 
 
Hadir sama Pengurus Saluran Astro Oasis, Izlan Basar serta wakil agensi pelancongan negara berkenaan.
Heliza berkata, antara pengalaman menarik lain apabila dia menjadi minat terhadap Kimci iaitu sejenis makanan tradisional daripada sayur-sayuran di Korea selepas menikmatinya kerap kali sedangkan dia tidak menyukainya sebelum ini.
Dalam masa yang sama dia juga berhadapan dengan cabaran apabila sukar mencari lokasi untuk mendirikan solat sehingga terpaksa menunaikan ibadah di set penggambaran.
"Pernah juga saya berhadapan dengan masalah untuk bersolat tetapi saya dapat juga melaksanakannya kerana saya percaya terhadap kepentingan perkara itu walaupun di negara mana sekalipun kita berada," jelasnya,
Heliza (bertudung) dan Izlan Basar (empat dari kiri) bersama wakil agensi-agensi pelancongan dan wakila Astro yang terlibat dalam program Rasa Halal Antarabangsa.
 
Sementara itu Izelan berkata, sambutan penonton terhadap program itu yang diperkenalkan pada tahun 2008 menyebabkan Astro Oasis terpaksa melanjutkannya sehingga ke musim yang keempat.
Program terbaru selama 26 episod itu kata beliau antara lain bertujuan untuk memudahkan rakyat negara ini yang ingin melancong ke lima negara terbabit mendapatkan informasi berhubung lokasi yang menyediakan makanan halal serta kemudahan beribadah.
"Berdasarkan kepada kajian kami, rakyat Malaysia gemar melancong ke lima negara berkenaan dan tentu sekali mereka tercari-cari di manakah lokasi makanan halal.
"Jadi, pihak kami telah mengambil pendekatan untuk memberi pengetahuan kepada mereka dengan menerbitkan rancangan ini," kata beliau.
Rasa Halal Antarabangsa terbitan syarikat produksi E-Style Sdn Bhd ini bakal menemui penonton pada setiap Khamis bermula 28 Jun ini di Astro Oasis (saluran 106) pukul 7.30 malam.

Zed Zaidi Ucap Tahniah Aaron Aziz Dapat PR Malaysia

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mengucapkan tahniah kepada aktor Singapura Aaron Aziz selepas sah bergelar penduduk tetap (PR) negara ini, awal bulan ini.
Aaron, isteri Diyana Halik dan tiga anak pasangan itu diberikan hak taraf PR oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Zed dalam kenyataannya kepada Harian Metro pada Selasa dipetik sebagai berkata, dia menerima berita itu pada tiga atau empat hari lalu dan menyifatkan ia sebagai rezeki buat keluarga aktor itu biarpun baru tujuh tahun dia menetap di negara ini.
"Tahniah Aaron kerana bergelar PR negara ini. Saya doakan semoga kehidupannya bertambah baik dan dimurahkan rezeki selalu.
"Tanpa sebarang niat saya mengucapkan tahniah kepada Aaron kerana bergelar PR. Untuk pengetahuan, persahabatan kami tiada masalah biarpun kontroversi pernah menimpa kami baru-baru ini" katanya.
 

Zed Zaidi
 
Pada April lalu, industri hiburan dikejutkan dengan tindakan Zed yang mempertikaikan kemenangan Aaron selepas tamat Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Genting Highlands.
 

Aaron Aziz
 
Sementara itu, Aaron berkata dia bersyukur selepas doanya sewaktu menunaikan umrah pada bulan lalu dimakbulkan Allah.
"Terima kasih Zed atas ucapan itu. Lega rasanya dengan kejayaan ini (bergelar PR) dan kami (keluarga) tidak perlu bersusah payah pergi dan pulang ke Singapura lagi.
"Saya anggap berita ini rezeki anak dan isteri serta doa di Makkah dimakbulkan," kata aktor dari Pasir Ris, Singapura itu.
Aaron berkata, permohonan mendapatkan taraf PR bermula pada Ogos tahun lalu dan kini barulah ia berjaya.

198 Laman Web DiGodam, 90 Peratus Penggodam Dari Dalam negara

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Sebanyak 198 laman web di dalam negara digodam oleh pelbagai pihak baru-baru ini di mana 90 peratus berpunca dari dalam negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata walaupun sebahagian daripada mereka dapat merosakkan beberapa laman web tetapi isiannya tidak dapat mereka atasi.
Kepada soalanDatuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) semasa sesi soal jawab, Rais berkata mereka yang mempunyai niat jahat itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja.
 
"Seseorang itu tidak sepatutnya menyalahgunakan ilmu teknologi maklumat yang diperolehnya untuk aktiviti menggodam," katanya.
Rais juga berkata kerajaan sedang dalam usaha penambaikan akses internet terutamanya di kawasan perkampungan agar setanding dengan negara-negara maju di Asia seperti Korea, Jepun dan Taiwan.
 
Beliau berkata projek terbaru yang sedang dilaksanakan ialah mewujudkan jaringan jalur lebar atau akses internet kepada 1,000 kampung dan kawasan perladangan.
"Daripada jumlah itu, hampir 400 kampung sudah diperuntukkan dengan kemudahan tersebut dan dibekalkan dengan kelajuan yang sedia ada," katanya.
Rais berkata projek besar itu dijangka meliputi kesemua kampung yang disasarkan menjelang hujung tahun ini.
"Kita juga sedang dalam usaha meningkatkan kapasiti dan kualiti rangkaian teras iaitu rangkaian tulang belakang dan mewujudkan lebih banyak pusat pertukaran trafik internet di seluruh negara," katanya.

’1Malaysia Janji Ditepati’ Tema Hari Kemerdekaan Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 25 Jun –  '1Malaysia Janji Ditepati' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.
Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.
Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.
 
 
"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 Sept kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini Isnin, Rais berkata terdapat cadangan agar Bintulu dijadikan lokasi sambutan Hari Malaysia, namun ia masih belum diputuskan.
Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia.
Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas.
Pada 17 Julai, perdana menteri akan merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling secara serentak, kata Rais.
 
Pada bulan Ramadan, program berkaitan tetapi berunsur keagamaan akan diadakan untuk masyarakat Islam dan beberapa acara untuk kaum lain turut disusun.
Rais dalam pada itu meminta semua pihak agar mengenepikan perbezaan fahaman politik bagi menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 itu.
"Para pemimpin masing-masing perlu memainkan peranan dengan sokongan rakyat supaya Jalur Gemilang dikibarkan di setiap rumah, setiap kedai, setiap gedung dan pejabat dan ini tidak mengira latar belakang politik dan pentadbiran masing-masing," katanya.
"Kita akan semarakkan seboleh mungkin pengibaran Jalur Gemilang di kawasann dan premis yang sebelum ini tidak diambil berat dan inilah masanya untuk kita memperlihatkan kepada dunia bahawa sekali setahun kita menyumbang ke arah kenegaraan kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di jendela atau pintu," katanya

Denda Maksimum RM2,000 Bagi Kesalahan Jalan Raya Dalam Pindaan Akta Pengangkutan Jalan

KUALA LUMPUR, 25 Jun - Kadar penalti yang lebih tinggi sehingga RM2,000 mungkin dikenakan bagi beberapa kesalahan jalan raya, termasuk gagal mematuhi isyarat lalu lintas, selepas pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan kelak.
Perkara itu adalah antara yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 yang antara lain mencadangkan tindakan yang lebih tegas diambil bagi kesalahan lalu lintas, termasuk menaikkan kadar denda maksimum sehingga RM2,000 bagi beberapa kesalahan utama.
Rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, di sini, hari ini dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri.
Pindaan kepada subseksyen 79(2) bertujuan menetapkan denda minimum RM300 dan menaikkan kadar maksimum penalti sehingga RM2,000 dikenakan kepada mana-mana pemandu atau pejalan kaki yang didapati mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas yang diberikan oleh seseorang pegawai polis berpakaian seragam atau seseorang warden lalu lintas yang sedang mengawal selia lalu lintas di suatu jalan.
 
Menurut akta asal, seseorang yang melakukan kesalahan serupa hanya boleh didenda tidak lebih RM500.
Pindaan pada subseksyen 26(2) rang undang-undang itu pula bertujuan menetapkan kadar minimum penalti RM300 dan kadar maksimum denda bagi kesalahan memandu tanpa lesen, dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,000 yang ditetapkan sebelum ini, atau boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
 
Kadar penalti serupa turut dicadangkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju yang diperuntukkan di bawah subseksyen 40(1).  Menurut akta asal, seseorang pemandu yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen itu boleh didenda tidak melebihi RM1,000 apabila disabit kesalahan.
Rang undang-undang itu juga bertujuan memasukkan takrif baru "basikal elektrik", yang bererti sikal dengan bantuan kayuh yang dilengkapi dengan motor elektrik sokongan yang mempunyai kuasa berkadar berterusan yang maksimum 0.25kW, dengan outputnya berkurangan secara beransur-ansur dan akhirnya terhenti apabila kenderaan mencapai kelajuan 25km/j atau sebelumnya jika penunggang sikal berhenti mengayuh.
Pindaan akta itu juga bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 76A bagi mengadakan peruntukan baru mengenai belok kiri dibenarkan.
Peruntukan baru itu bertujuan membenarkan mana-mana pemandu kenderaan bermotor untuk membelok ke kiri di simpang lalu lintas, di mana terdapat isyarat yang membenarkan belok kiri, setelah memastikan selamat untuk berbuat demikian.
Bagi maksud subseksyen itu, menteri yang bertanggungjawab boleh menetapkan kaedah-kaedah tertentu berhubung pergerakan kenderaan motor dan pejalan kaki dan pendirian isyarat lalu lintas di simpang lalu lintas di mana belok kiri dibenarkan.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen itu atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen berhubung dengan belok kiri dibenarkan, adalah melakukan kesalahan  dan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM2,000.

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
 
Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda.  Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya. -penawar.com-

Replika Dan Gambar Rumah Rasulullah Dipamerkan

Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata;
"Saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan baju, lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.
Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "apakah yang membuat kamu menangis?"
 
 
Umar menjawab , "demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana)."
Rasulullah SAW lalu bertanya, "bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?".
Umar menjawab, " tentu, wahai Rasul.". Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, " Memang demikianlah adanya." (Hadis Riwayat Ahmad)
Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.
Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah.
Diatas adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata,
"Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk" (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi)

Sebab serius England kalah EURO 2012

Patut la England kalah penalti! Penyokong melucah belakang gol.Tuhan tidak suka negara yang penyokongnya melucah secara terang-terangan..





Daphne Iking Mahu Dedah Kepincangan Rumah Tangga

PETALING JAYA: Pengacara televisyen, Daphnie Iking akan mendedahkan kepincangan dalam rumah tangganya termasuklah pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui pementasan Super Kam & The League of Extraordinary Femmes.
Daphnie berkata, selama ini ramai pihak yang tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku dalam rumah tangganya sehingga menyebabkan hatinya benar-benar pedih dan terluka.
"Ya, hati saya pedih apabila bekas suami menyaman lelaki lain kerana mengurat saya tetapi saya cuba melupakan peristiwa itu dengan ketawa.
"Ramai yang tidak tahu cerita sebenar tentang masalah dalam rumah tangga saya tetapi menuduh saya yang bukan-bukan, jadi saya mahu menggunakan pentas teater untuk mendedahkan semua itu," katanya secara eksklusif kepada mStar Online.
 
Daphne Iking
 
Teater komedi itu bakal dipentaskan di Black Box @ MAPS KL, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur bermula dari 28 Jun hingga 1 Julai depan, pukul 8.30 malam.
Ia mengambil ilham daripada kes mahkamah yang membabitkan bekas suaminya dan seorang tokoh korporat yang didakwa menggoda Daphne.
Pementasan itu turut diterajui oleh pelawak handalan iaitu Joanne Kam Poh Poh, Jo Kukathas, Joanna Bassey, Maya Tan dan Shamaine Othman.
Dalam pementasan itu beliau akan memegang watak wanita idaman lelaki (wet dream girl) yang akan diterjemahkan dalam sebuah komedi spontan.
Daphnie atau nama Islamnya Dahlia Eleanor Iking telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan iaitu Azmi Abdul Rahman pada 8 Januari 2011 dalam satu majlis ringkas yang diadakan di rumah keluarganya di Penampang, Sabah.
Menyedari akan kritikan yang bakal diterima terutama selepas memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu, Daphne berkata; "Saya tidak peduli apa yang orang lain akan kata. Allah tahu siapa sebenarnya diri saya."
Sementara itu Joanne mengakui turut simpati dengan tohmahan yang terpaksa ditanggung oleh teman rapatnya itu sehinggalah dia terpanggil untuk menjadikan kisah tersebut sebagai bahan jenaka melalui pementasan terbabit.
"Saya suka menggunakan kisah peribadi sebagai bahan jenaka. Sebagai sahabat, saya banyak menggunakan Daphne sebagai 'mangsa' lawak jenaka saya.
"Untuk pementasan kami kali ini, saya mahu Daphne menjadi gadis GRO yang dilanggan bekas suaminya," ujarnya sambil ketawa.
Diterbitkan oleh ToniQ Creative, Super Kam & The League of Extraordinary Femmes turut memaparkan sketsa yang menyentuh isu-isu politik dan sosial semasa.
Tiket-tiket berharga RM58 dan RM68 boleh diperoleh dengan menghubungi TicketProhotline di talian 03-7880-7999, atau layari www.ticketpro.com.my

Jurulatih Jerman Semakin Yakin Muncul Juara Euro 2012

JURULATIH  Jerman, Joachim Loew memuji barisan pemainnya yang mempamerkan aksi membanggakan setelah menundukkan Greece 4-2untuk melangkah ke separuh akhir Euro 2012.
Kejayaan anak buah Loew itu memberi gambaran bahawa mereka telah selangkah kaki untuk mengulangi pencapain Euro 2008 untuk mara ke pentas akhir.
"Kita bermain dengan baik. Pemain juga banyak melakukan serangan dan ikut apa yang dirancang.
"Jadi, saya harap impian kami untuk ke final dan merampas kembali trofi Euro kali ini akan menjadi kenyataan," kata Loew.
 
Pengendali Jerman, Joachim Loew
Pada masa yang sama, Loew yang mengambil langkah berani dengan merehatkan trio  Mario Gomez, Lukas Podolski dan Thomas Mueller dalam pertemuan dengan Greece dan menggantikan pemain muda, Miroslov Klose dan Marco Reus membuahkan hasil apabila rancangan tersebut berjaya mencatat kemenangan berharga.
Ini berikutan kedua-dua pemain tersebut memainkan peranan apabila masing-masing menjaringkan gol untuk membantu Jerman mencatat kemenangan 4-2 ke atas Greece.
Loew berkata, "selepas kami mencatat tiga kemenangan berturut-turut, saya mengambil keputusan untuk membuat perubahan dengan membawa masuk beberapa pemain muda dalam pasukan."
"Saya yakin masanya adalah tepat dengan perubahan ini. Lagipun saya optimis mereka boleh melakukan dengan baik.
"Akhirnya mereka membuktikan yang pemilihan mereka adalah tepat apabila berjaya menjaringkan gol untuk Jerman," tambah Loew.
Sementara itu, jurulatih Greece, Fernando Santos pula berkata, mereka boleh meninggalkan kempen Euro 2012 dengan perasaan bangga dan mengaku Jerman adalah pasukan jauh lebih hebat.
"Tipulah sekiranya saya kata kekalahan ini tidak mengecewakan kami.
"Tapi, kami telah berjuang sehingga ke saat-saat akhir, dan kekalahan itu tidaklah terlalu dirasai kerana saya berpuas hati dengan corak permainan pemain.
"Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jerman kerana mempamerkan aksi yang hebat dan mereka berhak untuk kemenangan itu," kata Santos.

Album Hujan ‘Sang Enemy’ Dilancarkan

Album terbaru kumpulan Hujan yang bertajuk Sang Enemy dilancarkan dengan rasminya di Black Box, Publika, Solaris Dutamas malam tadi.
Dianggotai Noh Salleh (vokalis, pemain gitar), Hang Dimas (pemain keyboard), Hezry Hafidz "AG Coco" (gitar utama), Izzat Huzaini (gitar bass) dan Azham Ahmad (pemain drum), album Sang Enemy merupakan album keempat kumpulan tersebut yang ditubuhkan pada tahun 2006.
Antara lagu yang dimuatkan termasuk Janji Kita yang turut menampilkan penyanyi wanita popular tanahair, Yuna yang kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat. Turut dimuatkan adalah Ke Selatan, Mana Mungkin, Rumah Kita, Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur, Kembara dan DBS.
 
 
Tetamu yang hadir turut diperdengarkan setiap lagu yang terkandung dalam album di majlis tersebut.
Saluran TV9 merupakan penyiar rasmi dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi untuk majlis tersebut.

JAWI Cekup 4 Wanita Islam Jadi Penari Pusat Hiburan

KUALA LUMPUR – Hanya kerana bayaran RM100, empat wanita Islam sanggup memakai pakaian tidak sopan sambil mempersembahkan tarian kepada pengunjung sebuah pusat hiburan di sini ketika kelab itu diserbu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi.
Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Baby, 27, berkata beliau hanya datang ke pusat hiburan sekiranya mendapat undangan dan menari hanya untuk suka-suka disamping menambah wang saku kerana kebetulan, beliau mengambil jurusan tarian ketika belajar di sebuah institusi pengajian swasta satu ketika dulu.
 
 
Katanya, ada ejen yang ditugaskan untuk mencari penari dan membayar mereka mengikut ketetapan yang ditentukan.
"Kalau ada undangan, baru saya datang menari kerana bayaran juga mahal untuk 10 ke 15 minit. Saya tidak tertumpu pada pusat hiburan ini saja namun kalau ada undangan di tempat lain dengan bayaran lumayan juga, saya akan sertai," katanya kepada pemberita setelah diambil keterangan oleh pegawai penguatkuasa Jawi ketika serbuan itu.
 
Seorang lagi wanita yang enggan dikenali berkata beliau menari atas desakan hidup untuk mencari wang saku disamping menghiburkan pengunjung biarpun beliau menyedari tindakannya itu salah di sisi agama Islam.
"Saya hanya menari untuk mencari wang saku dan bukan untuk disentuh oleh pengunjung dan jauh sekali untuk menggadai maruah diri," katanya sambil menambah bahawa beliau menari sejak setahun lalu.
 
Dalam operasi itu yang bermula pada 10.30 malam dan berakhir 2 pagi itu, 40 anggota penguatkuasa JAWI dengan kerjasama polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan dan dua lagi di Jalan Dooraisamy.
 
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata dalam serbuan itu 10 notis pemberitahuan hadir ke JAWI dikeluarkan untuk siasatan lanjut atas beberapa kesalahan terhadap enam lelaki dan empat wanita beragama Islam.
Katanya, enam lelaki yang berumur lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberikan notis kerana melanggar Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu meminum minuman keras manakala empat wanita berumur lingkungan 18 hingga 27 tahun tersebut pula diberi notis menurut Seksyen 29 akta yang sama iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam.
"Kami menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung salah laku orang Islam di sekitar Lembah Klang seperti minum minuman keras dan wanita menjadi pelayan pelangggan (GRO)," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu.
 
Wan Jaafar berkata tujuan serbuan dibuat adalah untuk menyedarkan orang Islam bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi agama dan sesi kaunseling akan diberikan untuk mendidik mereka agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
"Sekiranya mereka tidak hadir ke sesi kaunseling tersebut tanpa sebarang sebab yang paling munasabah, kami akan buat tindakan susulan dengan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka," katanya.- Bernama

Detik Menyelamat Anak Gajah Yang Dilanggar Kereta Api

Kejadian perlangaran membabitkan anak gajah dan kereta api ini berlaku di India yang mana anak gajah tersebut telah terhumban ke parit berhampiran dan telah diselamatkan dengan menggunakan kren untuk menaikkannya. Anak gajah tersebut telah diselamatkan dan dirawat di pusat rawatan haiwan di Zoo tempatan India.
 
Walaupun anak gajah tetapi untuk menguruskan proses menyelamat agak sukar walaupun hanya seekor anak gajah, bayangkan kalau bapa gajah bagaimana. Lihat gambar dibawah yang menunjukkan detik-detik cemas ketika proses menyelamat anak gajah ini.
 
1Baby elephant was ran over (6 pics)
2Baby elephant was ran over (6 pics)
3Baby elephant was ran over (6 pics)
4Baby elephant was ran over (6 pics)
5Baby elephant was ran over (6 pics)
6Baby elephant was ran over (6 pics)

Klip Video Sami Yusuf & Siti Nurhaliza Buat Peminat Kecewa?

Sudah lama kita tidak mendengar lagu dendangan Datuk Siti Nurhaliza yang berunsur dakwah.
Kali ini, Datuk Siti telah berkolaborasi bersama Sami Yusuf dengan menampilkan lagu dakwah terbaru mereka, 'You Came To Me'.
Penyanyi serta komposer yang menerima jolokan 'Islam's Biggest Rockstar', Sami Yusuf telah berbesar hati untuk berduet dengan Datuk Siti dalam lagu itu pada masa yang sama ia dimuatkan dalam album keempatnya, 'Salaam'.
 
 
Sebelum ini, Datuk Siti telah merakamkan rasa keterujaan beliau apabila dapat bergandingan bersama Sami Yusuf.
Gabungan suara yang lunak, bait-bait lirik yang amat bermakna serta melodi yang menenangkan jiwa pastinya akan membuat anda terpaku.
Tambah menarik, lagu yang mempunyai gabungan bahasa Melayu, Inggeris dan Arab itu telah dikompos sendiri oleh Sami Yusuf.
Namun, klip video lagu itu telah menjadi bualan di beberapa blog hiburan apabila ramai peminat Datuk Siti yang kecewa dengan penampilannya yang tidak menutup aurat secara penuh.
 
Jika dilihat pada maklum balas klip video lagu 'You Came To Me' yang telah dimuat naik menerusi Youtube, rata-rata di antara mereka kecewa dengan penampilan yang dibawa oleh Datuk Siti dalam lagu dakwah tersebut.
Bagi penulis, apa yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan. Namun, pada masa yang sama janganlah mengabaikan prinsip dari segi penampilan apabila ingin berdakwah.
Saksikanlah video klip tersebut dan anda menilainya sendiri.

Wang Dan CCTV Restoran Makanan Segera Dicuri

KANGAR – Sebuah restoran makanan segera di sini terpaksa menanggung kerugian selepas kejadian samun premis terbabit, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kejadian itu disedari oleh pembantu pengurus restoran itu kira-kira jam 7 pagi.
Menurutnya, sebelum pulang pembantu pengurus restoran itu telah menutup akaun dan memasukkan wang jualan pada hari berkenaan ke dalam peti besi pejabat.
"Menurut maklumat, sebelum pulang pengadu telah menyimpan wang jualan hari berkenaan ke dalam peti besi pejabatnya dan telah memastikan semua pintu dikunci serta berada dalam keadaan baik.
 
 
Pelanggan ingin menikmati hidangan terpaksa membatalkan niat kerana restoran terbabit ditutup beberapa jam sehingga siasatan selesai dijalankan.
 
"Difahamkan setelah pengadu dimaklum pejabat dipecah masuk dan peti besi mereka dipecahkan, wang RM4,500 di dalamnya juga didapati tiada dipercayai dicuri," katanya.
Abdul Rahman berkata, suspek dipercayai memanjat belakang bangunan restoran dan masuk melalui pintu di tingkat atas yang dikatakan telah rosak sejak 20 Mei lalu.
Menurutnya, suspek kemudiannya dipercayai turun ke pejabat sebelum mengumpil pintu pejabat sebelum memecahkan peti besi yang menjadi tempat simpanan wang syarikat.
"Turut diambil suspek ialah kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes terbabit akan disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah masuk," katanya.

Lori Tangki Minyak Meletup Rempuh Struktur Stesen Monorail Hang Tuah

KUALA LUMPUR – Sebuah lori tangki minyak yang hilang kawalan merempuh struktur stesen monorail Hang Tuah sebelum terbabas memasuki landasan sistem transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang, awal pagi semalam.
Pada masa sama sebuah tren LRT padat dengan penumpang sedang melintasi kawasan itu dihempap loriterbabit menyebabkan berlaku letupan dan kebakaran.
 
Sebuah tren KL Monorail dari arah Maharajalela menuju ke Hang Tuah turut terbakar menyebabkan penumpang terperangkap di dalamnya.
Empat maut dan 30 cedera parah manakala 13 lagi cedera ringan. Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan perkhidmatan tren untuk ke tempat kejadian.
 
Pasukan penyelamat memenuhi lokasi kejadian bagi kerja-kerja 'menyelamatkan mangsa'.
 
Bagaimanapun, situasi menggemparkan itu hanya senario dalam satu Latihamal pelan Tindakan Kecemasan Bersepadu membabitkan stesen integrasi KL Monorail dan LRT yang dikenali sebagai Ex-AMMOK 2012.
Ketua Pegawai Operasi Rel, LRT Laluan Kelana Jaya RapidKL, Ahmad Nizam Mohamed Amin, berkata, ia diadakan untuk menguji dan menilai Prosedur Operasi Piawai (SOP) dan
Pelan Tindakan Kecemasan RapidKL.

Dinar: Kelantan Diberi 3 Minggu Siasat Dakwaan Seleweng

BACHOK – Kementerian Kewangan memberi tempoh tiga minggu mulai hari ini kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT).
 
Timbalan Menterinya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata hasil siasatan terhadap syarikat yang mengeluarkan mata wang  dinar dan dirham milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), hendaklah didedahkan kepada rakyat.
 
"Jika rakyat tidak berpuas hati dan pertikaikan keputusan (siasatan) itu, pihak kementerian akan mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Banglo Rakyat Malaysia peringkat daerah Bachok di Perupuk di sini, hari ini.
 
Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin
 
Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas tiga laporan polis yang dibuat terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan KGT, oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lepas, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.
 
Awang Adek berkata pihaknya tidak mahu mengarahkan kedua-dua badan kerajaan itu membuat siasatan sekarang, untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri membuat siasatan sendiri dan hasilnya hendaklah dibentangkan kepada rakyat dengan segera.
Beliau berkata, kementerian tidak mahu isu itu terus berlarutan kerana ia boleh mencemarkan imej Islam yang kini sudah mendapat perhatian ramai termasuk yang bukan beragama Islam.
 
Katanya, isu itu tidak seharusnya dipandang remeh oleh kerajaan negeri kerana ia membabitkan kepentingan awam yang banyak membuat pelaburan.
"Saya sendiri percaya kerajaan negeri tidak mahu perkara itu berlaku atau menyokong penipuan itu dan tidak mahu menyembunyikannya kerana lambat laun orang akan tahu juga," kata Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi BadanPerhubungan Umno Kelantan. – Bernama

“Disoal Lebih 4 Jam, Bukan Kerana Buku Saya!” – Pekin Ibrahim

Pelakon filem Bunohan, Pekin Ibrahim terkejut apabila buku tulisannya yang berjudul Memoir Bukan Memoir dirampas oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu serbuan di pejabat syarikat penerbitan buku itu pada 12 Jun lalu.
 
Buku tersebut merupakan antara buku yang dirampas kerana dikatakan menyebarkan fahaman yang merosakkan akidah umat Islam oleh pihak JAIS.
Dalam serbuan tersebut, seramai lebih 30 pegawai yang terdiri daripada wakil JAIS, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan serbuan di premis tersebut.
 
Setelah diambil keterangan selama lebih empat jam, pelbagai persepsi dan salah faham yang timbul telah diselesaikan dengan baik.
"Insiden itu berlaku kerana salah faham. JAIS membuat serbuan di syarikat penerbitan itu kerana buku lain dan bukannya buku saya. Oleh kerana buku saya berada di situ, mereka turut merampas tiga naskhah untuk tujuan siasatan."
 
 
Selain buku terbaru Pekin, turut dirampas adalah buku tulisan Zahiril Adzim yang berjudul "Bogel Menuju Tuhan".
"Saya amat terkilan kerana tidak pasal-pasal buku saya pula terbabit sama tetapi semuanya sudah diselesaikan dengan baik sewaktu memberi keterangan kepada pihak JAIS. Saya tahu kandungan buku tersebut tidak salah dan telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), jadi saya telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu memberikan keterangan." tambah Pekin menceritakan pengalaman disoal-siasat selama lebih 4 jam.
 
Pekin ditemui selesai majlis pelancaran Buku "Memoir Bukan Memoir" yang berlangsung petang semalam di The Annexe, Central Market.
Menurutnya, buku tersebut lebih berkisar pengalaman hidupnya sebelum bergelar artis hingga sekarang.
"Dalam hidup kita melalui proses pembelajaran setiap hari. Saya mahu berkongsi pengalaman saya untuk dikongsi dengan golongan muda agar tidak cepat berputus asa dalam kehidupan." ujar Pekin yang turut bersama penyanyi Danny X-Factor berkongsi pengalaman zaman remaja mereka.
Rakan senegeri Pekin, Danny X-Factor pernah bekerja di A&W Petaling Jaya sewaktu zaman remaja mereka bersama-sama. Danny merupakan antara rakan yang mengajak Pekin untuk datang ke Kuala Lumpur mencari peluang pekerjaan.
"Saya mahu pembaca faham apa yang insan seni lakukan. Saya juga mahu rakan-rakan pelakon bersama saya menilai perbezaan antara artis dan penggiat seni sebenar." tambah Pekin yang merapati insan-insan seni seperti Khir Rahman dan Sofi Jikan untuk menambah pengalamannya dalam bidang seni.
 
Turut dilancarkan adalah buku pelakon Faizal Hussein yang berjudul Limelight. Diterbitkan oleh Merpati Jingga, buku berharga RM30 itu boleh dibeli secara online di http://tokobuku.fotopages.com

Ikan Keli Gergasi Pemakan Manusia

Sebelum ni, seekor ikan keli raksasa telah ditangkap di Sarawak , kini Melayukini ingin menyampaikan satu lagi berita tentangseekor ikan keli yang ganas dan bersaiz gergasi yang dikatakan telah membunuh dan memakan ramai manusia. Seekor ikan keli gergasi yang dikatakan telah bermutasi ini ditangkap dan terkini, ikan keli gergasi itu telah menjadi bahan ujikaji saintis dari India dan Nepal.
Ikan keli gergasi ini atau lebih dikenali sebagai goonch oleh penduduk tempatan, telah mendapat perhatian, Jeremy Wade, pakar biologi yang sangat suka dengan ikan-ikan pelik, untuk diuji dan dikaji dan dipertontonkan kepada peminat-peminat rancangannnya.
Ikan keli gergasi itu mempunyai berat sebanyak 55kg dan panjang sekitar 2 meter. Jom kita tengok gambar ikan keli gergasi ini. Menyeramkan!
 

Gempak! Ikan Bawal Gergasi Terbesar Dunia

Memang besar ikan bawal yang pelik ni. Cuba bayangkan ikan bawal yang kita selalu makan jika dibandingkan dengan ikan bawal 270kg yang ditangkap di Alaska (bahagian Norway) ni. Macam bumi dan langit. Kalau dapat masak ikan bawal gergasi ni, boleh jamu 50 orang makan kot. Ke lebih? Memang dasyat betul ikan-ikan di lautan Atlantik ni. Kalau baca dalam perincian di bawah, harga seekor ikan bawal gergasi ni selepas diconvert ialah lebih kurang RM10000. Gila ke apa? Sedap ke? Gambar ikan bawak gergasi ni ada di bawah.
 


Subhanallah! Sarang Labah-Labah Pelik Terbesar Di Dunia

Beberapa buah pokok yang berada di tepi sungai Pakistan ditemui dalam keadaan dilitupi dengan sarang labah-labah. Apa yang peliknya, sarang labah-labah tersebut dibina dengan menutupi hampir keseleuruhan pokok tersebut.
Ia kelihatan seperti sebatang pokok yang bersalut dengan kapas. Jom lihat gambar-gambar peliksarang labah-labah yang dikatakan terbesar di dunia tersebut.

Perompak Perempuan Ditelanjang Dan Dipukul Orang Ramai

 

Maya Karin Dilihat Mesra Dengan VIP Bergelar Datuk

 
Maya Karin akui masih belum temui pengganti selepas hampir dua tahun bercerai

‘Pembunuh’ Michael Jackson Derita Di Penjara Daif

 
Conrad Murray.

Gambar - Juliana Evans Lebih Berdikari Ketika Di AS

 

Linda Onn Sangkal Letak Harga Tinggi Punca Hilang Segala Tawaran

 
Linda Onn rindu untuk kembali sebagai pengacara televisyen.

6 Maut, Pesawat Tentera Indonesia Terhempas Di Kawasan Rumah

 
Pesawat tentera udara terhempas di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang Halim Perdana Kusuma, Jakarta, Indonesia hari ini. – Foto EPA
Pesawat tentera udara Indonesia jatuh di kawasan rumah

Pesawat milik tentera udara Indonesia terhempas di kawasan perumahan. – Foto ihsan Metro TV

7 Gambar Akuarium Terbesar Di Dunia!

Mesti ada di antara anda pernah mengunjungi pusat akuarium di Aquria KLCC, di Kuala Lumpur. Tetapi itu akuarium yang mempunyaipartition di antara akuarium yang lain. Tetapi kali ini kami ingin menunjukkan gambar akuarium paling terbesar di dunia. Ia mempunyai struktur binaan kaca yang besar setinggi menara dan dibina dengan kos bernilai jutaan dollar. Jom kita lihat gambar akuarium terbesar dunia di bawah ini.