SUBANG JAYA: Seorang lelaki dikenali sebagai Botak dikehendaki polis selepas dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah di SS19, di sini, Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, Botak atau nama sebenar Hanizam Md Yufos, 37, dengan alamat terakhir Seksyen 18, Shah Alam, diburu selepas jiran mangsa mengecam wajahnya ketika melarikan diri dari tempat kejadian.
Yahaya berkata, dalam kejadian 19 Mac lalu kira-kira jam 4.35 petang Botak dilihat memasuki rumah berkenaan yang dihuni seorang pereka grafik berusia 29 tahun.

"Jiran mangsa curiga dengan lelaki terbabit yang tidak dikenali segera menghubungi polis memaklumkan kejadian sebelum suspek kemudian dilihat tergesa-gesa meninggalkan rumah mangsa dengan menaiki kereta.
"Sepasukan anggota polis peronda (MPV) yang tiba di tempat kejadian mendapati pintu pagar rumah berkenaan diumpil, manakala penghuninya tiada di rumah kerana keluar bekerja," katanya pada sidang media di Balai Polis Subang Jaya, SS17, di sini, sempena majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, kelmarin.
Yahaya berkata, siasatan mendapati rumah berkenaan digeledah dan mangsa mengadu kehilangan dua kamera, wang tunai RM2,000 dan pakaian serta kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. "Polis turut memburu seorang lelaki lelaki dipercayai penjenayah berbahaya selepas terbabit dalam kes samun kafe siber bersenjatakan parang di Taman Sime UEP, di sini, akhir tahun lalu.

"Suspek terbabit dikenali sebagai Zakaria Mat Yunus, 42, dengan alamat terakhir di Taman Semenyih Jaya, Semenyih, menyerbu masuk ke premis berkenaan bersama seorang lagi rakan yang identitinya belum dikenal pasti," katanya.
Beliau berkata, dalam kejadian 17 November 2011 kira-kira jam 9.30 malam sekumpulan dua lelaki masuk ke kafe siber itu dan terus menuju ke arah juruwang sambil mengacukan parang.

"Suspek mengugut untuk mencederakan mangsa jika gagal mengikut arahan dan mangsa yang ketakutan menyerahkan wang RM1,300 hasil perniagaan," katanya.
Yahaya berkata, orang ramai mempunyai maklumat tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau hubungi IPD Subang Jaya di talian 03-56373722

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan