NAZA QUEST Sdn Bhd (Naza Quest), pengedar tunggal kenderaan Chevrolet di Malaysia akan memperkenalkan empat model baru sebelum akhir 2013 membabitkan kenderaan jenis penumpang, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV).
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Maruan Mohd Said berkata, pihaknya akan membawa masuk kenderaan jenis penumpang yang dikenali sebagai Chevrolet Sonic sebelum akhir tahun ini.
"Kami sedang berbincang mengenai harga yang akan ditetapkan bagi model ini dan ia dijangka dilancarkan tidak lama lagi berikutan model berkenaan sudah mula dijual di Thailand," katanya ketika ditemui Bisnes Metro selepas majlis rumah terbuka kumpulan Naza di Kuala Lumpur, semalam.

Chevrolet Sonic yang dilancarkan di Thailand pada Julai lalu, ditawarkan dalam dua pilihan reka bentuk iaitu lima pintu hatchback dan empat pintu sedan dengan enjin berkuasa 1.4 liter yang menawarkan kuasa serta ekonomi.
Varian sedan dilengkapi rim aloi 15 inci manakala varian hatchback dilengkapi rim 16 inci dijual pada harga antara 548,000 THB (RM54,430.74) dan 687,000 THB (RM68,237).
Menurutnya, selain Chevrolet Sonic, pihaknya juga akan melancarkan Chevrolet Orlando iaitu kenderaan jenis MPV sebelum akhir tahun ini.

"Kami juga akan mula membawa lebih banyak model sehingga tahun depan untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan antaranya Chevrolet Trailblazer iaitu kenderaan jenis SUV," katanya.
Dalam pada itu, menurut sumber, Naza Quest juga dijangka membawa masuk model Chevrolet Malibu iaitu kenderaan dalam segmen D pada tahun depan iaitu kereta sedan sebagaimana model Toyota Camry dan Honda Accord.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan