Pages

Permohonan Skim Pinjaman JPA Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara 2011

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan kemudahan pinjaman yuran pengajian untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazah pertama. Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa.
Sementara itu lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.
JENIS PINJAMAN
Ada dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu:
  1. Pinjaman Khas Perubatan
  2. Pinjaman Biasa
BIDANG PENGAJIAN
Bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada tiga kategori umum;
  1. Bidang Krital
  2. Bidang Keutamaan
  3. Bidang Lain (Sains Sosial dan Sains Ikhtisas)
Hanya kursus-kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja yang akan diberi pinjaman.
PERMOHONAN
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di portal Jabatan Perkhidmatan Awam di http://esilav2.jpa.gov.my/spypln349/form_login.php
  • Dokumen-dokumen sokongan pula perlu sampai di JPA selewat-lewatnya pada 8 Ogos 2011.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara online di Portal JPA pada 23 September 2011.
TARIKH TUTUP
Tarikh tutup permohonan kemudahan pinjaman yuran pengajian ijazah pertama di luar negara JPA ini adalah 30 Julai 2011.
MAKLUMAN
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar di Negara ini boleh dibuat dengan menghubungi:
  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
    Bahagian Pembangunan Modal Insan,
    Aras 5, Blok C1, Kompleks C,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62510 Putrajaya
    (u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)Tel :03-8885 3436/ 3892/ 3564
    Faks :03-8889 2172
    E-mail : pinjaman.yuran@jpa.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan