Pages

Toyota Prius Sports Coupe - Impian Menjadi Realiti

TOYOTA kini sedang berada dalam fasa terakhir penyelidikan untuk mengeluarkan model sports Prius, Prius Sports Coupe. Model ini bakal menjadi realiti pada tahun 2014 dan akan mula dipasarkan di benua Amerika terlebih dahulu.
 
Projek yang telah memakan masa selama dua tahun ini dibangunkan memandangkan terdapatnya lonjakan permintaan bagi pasaran di Amerika, yang mahukan Prius dalam bentuk kereta sports coupe.
 
Sumber dalaman TOYOTA mengesahkan setakat ini, dana dan peruntukan telah banyak disalurkan bagi pembangunan kereta hibrid sports mulai tahun lepas.
 
Ciri utama pembangunan coupe ini adalah penggunaan transmisi manual dimana sistem gearbox generasi baru Toyota Hybrid System (THS) digunakan dan dipertingkatkan.
 
Casis coupe ini bakal menggunakan platform dari Lexus GS dan IS. Model ini turut diberi suntikan dengan menggabungkan 'plug in hybrid unit' dan 'lightweight litium-ion batteries'.  
 
Secara relatif, gabungan kedua-dua unit ini akan memberikan lebih kuasa berbanding dengan model Prius masakini, ditambah dengan penjimatan minyak dan pelepasan gas karbon dioksida (CO2 emission).
 
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan