Pages

Panduan Solat Sunat Tarawih Daripada JAKIM.. percuma je

panduan solat tarawih Panduan Solat Sunat Tarawih Daripada JAKIM
 
Saya ingin kongsikan panduan sembahyang sunat tarawih yang telah disediakan oleh JAKIM.
Anda boleh mendownload panduan berkenaan di:-
Terima kasih kepada Pihak JAKIM kerana menyediakan panduan yang cukup berguna ini. Koingsi le dgn kekawan yg agak2 liat skit nak tarawih tuh.

 

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1432H / 2011M

Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan.
Sila print JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1432H / 2011M untuk rujukan.
 

Jawatan Kosong - Pos Malaysia Berhad

Pos Malaysia Berhad has been corporatised since 1992 and we are now accelerating our transformation journey. We employ more than 15,000 people, at more than 700 outlets, reaching 6 million addresses nationwide.With solid financial standing, we continue to deliver to our stakeholders the good performance that they expect, year in and year out. We are looking for highly dynamic professionals who are results driven to join us in the following position:
 
1. ASSISTANT VICE PRESIDENT, TALENT MANAGEMENT (Kuala Lumpur)
Requirements:
- Degree in Human Resource Managements (or related discipline).
- Minimum 3 years in talent management.
- Excellent in English presentation and communication skills.
- Fully proficient in spoken and written (English & Bahasa Melayu).
- Experience in leading a team.
- Software skills (Word, Excel, PowerPoint, etc).
 
2. ASSISTANT VICE PRESIDENT, REWARDS & REMUNERATION (Kuala Lumpur)
Requirements:
- Degree in Human Resource Managements (or any other related discipline).
- Excellent in English presentation and communication skills.
- Fully proficient in spoken and written (English & Bahasa Melayu).
- At least 5 years working experience in HR functions of which 3 years in total rewards management.
- Analytical and meticulous, with a strong appreciation for details and have strong planning and implementation skills
- Need to stay abreast with current practices and adopt continuous improvement.
- Experience in leading a team.
- Software skills (Word, Excel, PowerPoint, etc).
How To Apply?
Interested applicants meeting the above criterion shall send their complete resume stating current and expected salary along with non-returnable passport size photo before 10 August 2011 and write in to:
VICE PRESIDENT,
GROUP HUMAN RESOURCE
POS MALAYSIA BERHAD
LEVEL 8, KOMPLEKS DAYABUMI
50670 KUALA LUMPUR
Important!
- For write in application, please indicate the position applied for at the top left-hand corner of the envelope.
- All applicants will be treated in strict confidence.
- Only short-listed candidates will be notified

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Ogos 2011

Member Day Pasaraya SOGO - sesak bagai nak rak

 
Aku baru pulang dari Kuala Lumpur meninjau lokasi perniagaan di Jalan TAR. Keadaan sesak teruk dan kenderaan banyak yang tak bergerak hari ni.
Semalam juga keadaan tranffic di Kuala Lumpur begini dan aku jangkakan esok juga sama seperti semalam dan hari ni.

Antara Faktor yang menyebabkan keadaan KL sesak adalah kerana SOGO mengadakan lelongan buat pemegang kad ahlinya selama 3 hari sehingga esok ditambah pula dengan kemasukkan awal bulan yang mana masing masing telah menerima Gaji.
 
Adalah dinasihatkan agar mana mana yang ingin ke dalam kawasan Kuala Lumpur disyorkan untuk menaiki LRT bagi menyebabkan anda sangkut dijalanraya.
Aku time macam ni ramai tak bernafsu nak shooping coz kelam kabut dengan orang yang berebut rebut beli barang.

Jom Gegar PWTC "My First Home" , boleh pilih rumah anda

 
Hari ini masih lagi berlangsung pameran Skim Rumah Pertamaku yang dianjurkan oleh Pemuda BN yang lokasinya di PWTC Aras 4.

Anak anak Muda Malaysia tidak mahu kah mendapatkan rumah pertama dibawah Skim yang kerajaan umumkan?
 
Diharap sampaikan pada rakan rakan akan pameran rumah ini dan hadir ke sini bagi meninjau dimana lokasi yang bersesuaian dengan anda.
Jangan lepaskan peluang ini......

Norman dan Memey bebas tuduhan khalwat!

Akhirnya pihak mahkamah membebaskan Norman dan Memey daripada tuduhan berkhalwat 3 tahun lalu. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan. Norman dan Memey dilihat mengalirkan air mata sebaik sahaja keputusan tersebut diumumkan.
 
memey dan norman
 
Semoga keputusan ini dapat membersihkan nama mereka berdua.
 
p/s: apa kata Abby plak ye...emm...

Job scam ikut jobstreet... macam2 sekarang ni


JobStreet.com
Job Scam Alert
Dear bloggerboleh,

We've noticed an increase in the amount of job scams recently. Scammers are pretending to be reputable Multinational Corporations, including Oil and Gas companies, and sending jobseekers an email confirming how they have been accepted for an interview overseas.

This would of course cost money to the jobseeker (air tickets, lodging, food etc.) but the letter states that the company is willing to 'sponsor' 100% of the jobseekers' expenses. The catch? Jobseekers will have to pay a 'refundable' deposit of USD$100 upwards. Needless to say once that fee has been paid, the victim realizes that no flights or lodgings have been reserved and that the interview offer is false.

A sample of communication emails from scammers, including screen shots, can be found on our JobStreet Forum at http://forum.jobstreet.com/index.php?showtopic=1154.

Check out our Community Digest at http://careers.jobstreet.com.my/community-digest/job-scam-alert for more examples of common scam tactics.

We also have a Safe Job Search Guide at http://www.jobstreet.com.my/announcement/2006/s/sus.htm with further tips and guidelines on what you can do if you do come across possible scams.

Thank you.

Best regards,
LiNA
JobStreet.com
Footer
 
Find us on Facebook Find us on Facebook
JobStreet.com Job Search iPhone App JobStreet Mobile App
Browse Jobs at JobStreet.com Register @ JobStreet.com for FREE Forward to Friend
 Macam tu le notice pasal scam ni dari jobstreet, jadi berhati-hati le ye.

Fazura nak jatuhkan Neelofa ke?

"Saya rasa, memang tidak ada logiknya untuk saya atau aktres lain berpakat untuk menjatuhkan dia. Lagipun, dia baru saja nak naik, jadi macam mana pula kami semua ni nak jatuhkan dia? Jika dia seorang pelakon yang hebat dan pernah merangkul sebarang anugerah, mungkin boleh dikatakan kami ini cuba menjatuhkan dia. Tapi, dia masih baru dan tidak berada di tahap mana-mana lagi.
 
Bagi saya, apa yang dinyataan Neelofa itu sangat mencabar aktres yang sedia ada. Satu kenyataan yang sangat berani keluar dari pelakon baru seperti dia. Itu yang membuatkan saya agak hairan. Saya kurang pasti dari mana datangnya spekulasi seperti itu. Jika saya mahu berdengki dengan artis lain, rasanya lebih baik saya berdengki dengan kejayaan Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Tiz Zaqyah dan bukannya Neelofa.
 
Saya sememangnya tidak ada masalah dengan Neelofa dan saya tidak mahu melayan perihal remeh- temeh yang macam ini. Apa yang perlu saya lakukan sekarang hanya berserah saja perkara ini kepada Allah."

Jawatan Kosong | Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA (Perak) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Teknologi MARA (Perak) bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.
 
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
2. Penolong Jurutera (Awam) J29
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
 
 
 
Tarikh Tutup Permohonan : 5 Ogos 2011

Keputusan Rayuan Ke IPTA Lepasan STPM/Matrikulasi Dan Setaraf

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ramai pelajar yang memohon ke IPTA bagi lepasan STPM dan Matrikulasi baru-baru ini tidak berjaya ditawarkan ke IPTA kerana perkara-perkara yang dinyatakan dibawah ini.Katanya:-
"Prosedur permohonan membenarkan calon menyatakan persetujuan memilih sama ada bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran selain daripada lapan pilihan program yang dimohon.
 
"Jika calon ada menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran selain daripada lapan pilihan semasa mengemukakan permohonan, maka calon akan dipertimbangkan ke program pengajian di IPTA yang masih ada kekosongan selaras dengan bidang pengajian yang dipohon tanpa mengira IPTA pilihan," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan dengan itu,diharap para pelajar yang memohon rayuan perlulah berfikir dua kali sama ada untuk memasuki ke IPTA dengan subjek yang dimohon atau pun menerima tawaran kursus yang tidak dipohon.Jadi pelajar disarankan agak berfikir masak-masak ketika membuat rayuan untuk ke IPTA.Masuk ke IPTA dengan kos yang dipohon ataupun masuk ke IPTA melalui kos yang dilelong?Keputusan bergantung kepada anda semua.
 
Cadangan saya adalah lebih baik anda memasuki ke IPTA walaupun ditawarkan dengan subjek yang tidak diminta daripada tidak dapat memasuki IPTA terus.Fikirlah masak-masak sebelum membuat permohonan.

Jawatan kosong - SIRIM Berhad

Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM Berhad) is a well-established corporate entity responsible to lead and enhance technology and quality in Malaysia. We urgently seek qualified and dynamic professionals who are ready for a challenging career to join us as Senior Executive at MRM.
 
1. SENIOR EXECUTIVE
 

Tarikh Tutup Permohonan : 1 Ogos 2011

Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Puasa Pada Hari Ahad!

Puasa kian hampir.Tak sampai seminggu lagi kita akan berpuasa.Insya-Allah.Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,tarikh melihat anak bulan adalah pada hari ahad nanti iaitu disebelah petang dan keputusannya akan diumumkan disebelah malam.
 
Insya-Allah,sama-samalah kita menantikan pengumuman berkenaan.Selain itu,Pihak Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia turut memaklumkan senarai tempat untuk mencerap anak bulan seperti berikut:-
 
Tempat melihat anak bulan Ramadhan
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
 
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
 
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
 
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga – BERNAMA.

Gambar - KL dulu-dulu..nostalgia beb

bukit bintang lama (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
 
Sekarang Kuala Lumpur merupakan ibukota Malaysia. Kalau nak disingkap & semak semula gambar-gambar Kuala Lumpur lama  dan dulu-dulu memang kita boleh dapat lihat banyak perubahan yang telah berlaku. Semestinya, Kuala Lumpur banyak menyimpan sejarah dan nostalgia yang tersendiri.
 
Walaupun ada banyak gambar di bawah ini, ada di antara kami pun pada masa itu belum lahir lagi pun….tapi melihat semula gambar lama Kuala Lumpur dulu-dulu, pastinya telah mengimbau kenangan zaman mak bapak dan nenek moyang kita dahulu semasa tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Contohnya gambar di atas, merupakan pemandangan dan gambar bagi Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur di sekitar tahun 50 an. Lain bebenor bukan?
Kalau nak tahu, merujuk kepada gambar kat atas yang berpagar cantik itu sebenarnya Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang (BBGS). Lama dah. Tapi sekarang ini dah jadi Pavilion.
 
KL 16 (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
 
Ini pula gambar Petaling Street lama.Lengang sahaja waktu ini.Kalau sekarang,nak berjalan pun boleh berlaga bahu.
KL 02 (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Walaupun dibina sebelum 1900, tetapi bangunan masih mampu dibina dan terdiri dengan cantiknya. Setuju?
bukit aman (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Gambar pemandangan sekitar Bukit Aman yang lama
jalan tun perak (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Gambar dia atas merupakan gambar Jalan Tun Perak dulu-dulu sekitar tahun 1926. Boleh dilihat keadaan Kuala Lumpur lama, zaman itu lanca merupakan pengangkutan utama di Kuala Lumpur.
masjid jamek (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Gambar Masjid Jamek Kuala Lumpur sekitar tahun 1909
general hospital (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Gambar Hospital Kuala Lumpur sekitar tahun 50 an
dataran merdeka (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Ini satu lagi gambar yang merupakan permandangan Dataran Merdeka lama. Sangat syahdu melihatnya. Siapa orang lama boleh lepak dan bersantai di depan Dataran Merdeka. Sekarang ini?
kuala lumpur lama (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Beginilah rupanya gambar Kuala Lumpur lama. Lebih tenang, cool, nyaman dan segar. Jauh sangat-sangat berbeza dengan keadaan Kuala Lumpur hari ini.
kuala lumpur 2011 (Gambar) Kuala Lumpur Lama Menyingkap Nostalgia
Ini pula gambar Kuala Lumpur kini.Berbezakan? Kongsikan pendapat anda.
P.S. Sesekali mengimbau kenangan dan ketepikan isu politik, elok juga.

Malaysia VS Singapore Dalam Aksi Kelayakan World Cup 2014-Mampu Bangkit?

Selepas perlawanan pusingan pertama kelayakan World Cup 2014 di antara Malaysia vs Singapore Sabtu yang lalu, Malaysia, yang membawa bekal 3 gol,adakah masih mampu untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya?
 
Kekalahan 3-5 kepada Singapore sememangnya amat pahit.Kalau dilihat dari rentak perlawanan, Malaysia memang sepatutnya boleh "lipat" pasukan Singapore cukup-cukup.Kalau kita tengok pertahanan mereka juga, bukanlah baik sangat.nampak juga kelam-kabut bila diserang penyerang pasukan Malaysia.
 
Namun begitu, tidak tahu mengapa, pertahanan dan penjaga gol Malaysia, amat mudah melepaskan gol tersebut.kalau nak katakan gandingan pertahanan tidak bagus, mereka ini merupakan di antara pertahanan Malaysia yang terbaik dan juga berpengalaman.Kalau hendak diukur, berkemungkinan mental pertahanan negara masih lemah.
 
Namun pada separuh masa kedua, pasukan Malaysia berjaya mendapatkan rentak sebenar dengan kemasukan penyerang prolifik yang juga "top scorer" liga Perdana Malaysia, Abdul Hadi dan juga pemain berpengalaman, Amirul Hadi. Gandingan 2 "Hadi" ini akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan di bahagian tengah yang kurang menghantar bola kepada penyerang.
 
Tentang Ismail Faruqi pula, dia memang bermain di bawah tahap sebenar.Pemain tengah Terengganu ini memang bagus sebenarnya, tapi entah mengapa, percaturan Rajagopal meletakkan Ismail Faruqi dibawah Safee Sali, tidak banyak membantu.
 
Untuk perlawanan pusingan kedua Kelayakan World Cup 2014 ini, kelibat Safiq Rahim bakal digantikan kerana menerima kad merah pada pusingan pertama.Kapten pasukan Malaysia yang berpengaruh ini, terpaksa melupakan hasrat untuk membalas dendam terhadap Singapore esok.
 
Ura-ura mengatakan bahawa lilitan kapten bakal dikembalikan semula kepada Aidil Zafuan,yang juga merupakan kapten pasukan Malaysia sebelum ini.Kami sebagai penyokong pasukan bola sepak negara, sememangnya ingin Malaysia menang dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan seterusnya.Walaupun perlu menang 2-0 sekurang-kurang, ini tidak mustahil.

Gambar | 10 artis tercantik bila pakai tudung

Jika kita lihat, semakin ramai artis wanita di Malaysia yang mula bertudung. Antaranya ialah Irma Hasmie, Liza Hanim, Catriona Ross, Farah AF, Nora dan ramai lagi. Alhamdulillah, perubahan mereka ini sedikit sebanyak akan memberi impak kepada wanita-wanita di luar sana untuk turut bertudung.
Artis wanita yang bertudung sememangnya nampak lebih cantik dan ayu. Kalau tak percaya boleh lihat gambar 10 artis wanita bila mereka mengenakan tudung yang lengkap.
1. Fazura
10 artis cantik bertudung
2. Tiz Zaqyah
10 artis cantik bertudung
3. Fouziah Gous
10 artis cantik bertudung
4. Erra Fazira
10 artis cantik bertudung
5. Neelofa
10 artis cantik bertudung
Baca entri ini sepenuhnya untuk mengetahui 5 lagi artis wanita cantik apabila bertudung.
6. Nora Danish
10 artis cantik bertudung
7. Lisa Surihani
10 artis cantik bertudung
8. Maya Karin
10 artis cantik bertudung
9. Fasha Sandha
10 artis cantik bertudung
10. Dato' Siti Nurhaliza
10 artis cantik bertudung

Kerja kerajaan | Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:
 
1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN J29
3. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
4. AHLI FOTOGRAFI B17
5. PEMBANTU MAKMAL C17
6. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
7. PEMBANTU TADBIR (S) N17
8. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
9. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S17
10. PEMBANTU AM PEJABAT N1
11. PEMANDU KENDERAAN R3

http://ewarga2.ukm.my/eiklan/peluangkerja.cfm
 
 
Tarikh Tutup Permohonan : 4 Ogos 2011

Pengambilan Baru KPLI Pada Tahun 2011, Pengambilan Maktab Perguruan!

Pihak Kementerian Pendidikan hari ini telah memaklumkan bahawa pengambilan baru KPLI atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah untuk tahun ini tidak akan dibuka untuk memberikan peluang kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
 
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata
Tahun ini kementerian tidak lagi mengambil GSTT dan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi memberi peluang kepada GSTT sedia ada diserap sebagai guru tetap terlatih.
 
Isu GSTT timbul apabila kementerian mengambil keputusan tidak menyambung kontrak mereka pada tahun lalu. Ia menyebabkan ramai guru sandaran kecewa dan mendesak kerajaan menimbang semula keputusan itu.
Pemberitahuan ini secara tidak langsung telah menjawap persoalan orang ramai mengenai kemasukan ke maktab perguruan untuk tahun ini.Sejak beberapa minggu yang lepas ramai yang tertanya-tanya mengenai pengambilan ke maktab perguruan.

Gambar - Kapal Layar Bersalut Emas RM 13 Bilion Milik Robert Kuok? biar betikk

kapal layar robert kuok (Gambar) Kapal Layar Bersalut Emas RM 13 Bilion Milik Robert Kuok?
 
Punyalah mengambil masa mencari siapalah gerangan orang Malaysia yang kaya sangat tu sampai mampu membeli dan membeli kapal layar bersalut emas bernilai AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion) sekaligus dianggap antara kapal layar termahal di dunia.
 
Satu dunia memerhati siapakah pemiliknya? Kalau melihatkan senarai yang mampu memilikinya dari Malaysia, ada 3 individu yang layak kerana mengikut senarai orang terkaya di Forbes, Malaysia hanya mempunyai 3 orang yang mempunyai harta bersih USD5 billion.
 
Teruskan semak gambar kapal layar termahal di dunia ini….
kapal layar robert kuok 2 (Gambar) Kapal Layar Bersalut Emas RM 13 Bilion Milik Robert Kuok?
 
Tetapi banyak pemerhati dan laporan di luar sana mengatakan kapal layar termewah tersebut sebenarnya dimiliki orang terkaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok ini.
 
kapal layar robert kuok 3 (Gambar) Kapal Layar Bersalut Emas RM 13 Bilion Milik Robert Kuok?
 
kapal layar robert kuok 4 (Gambar) Kapal Layar Bersalut Emas RM 13 Bilion Milik Robert Kuok?

Nuffnang | hampir kena hack oleh gaysec, ikuti komen dari hacker

Hari ini, GaySec membuat kejutan lagi sekali apabila telah mengodam laman web Nuffnang, dan melepaskan lebih daripada 34,531 pangkalan data pengguna yang didapati oleh mereka. Dan pada masa yang sama, kini laman Nuffnang kelihatan tidak dapat diakses buat sementara waktu, dan masih tiada sebarang maklumbalas daripada pihak Nuffnang.
 
Menurut GaySec, ianya menunjukkan yang mana sistem mereka tidak begitu selamat, dan masih boleh ditembus, selain pada masa yang sama boleh disalah gunakan oleh pelbagai pihak untuk menyebarkan virus, memandangkan pengguna Nuffnang kini adalah melebihi 180,000 orang.
Berikut merupakan mesej yang dikeluarkan oleh pihak GaySec berkaitan perkara ini:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
Setelah beberapa hari menyepi, akhirnya kami telah kembali dengan rekaan laman web, sistem dan beberapa fungsi yang baru. Kami akan cuba membantu anda selagi termampu di halaman facebook kami iaitu jika anda mempunyai masalah komputer, tahap keselamatan laman web atau komputer, bahasa pengaturcaraan, atau apa sahaja, kami akan cuba untuk membantu.
Bercerita tentang nuffnang, mungkin di malaysia ini sudah semestinya ramai blogger yang menggunakan laman sesawang nuffnang untuk mendapatkan duit daripada jumlah pelawat, trafik dan pelbagai lagi dengan menggunakan servis pengiklanan daripada nuffnang.com.my.
Hari ini kami bersempatan untuk melawat halaman nuffnang dan kami telah mendapati laman sesawang nuffnang.com.my tidaklah sebegitu selamat. Kami mulai risau jika suatu hari nanti ada seseoarang yang dapat memasuki ke dalam server(pelayan) nuffnang dan manipulasikan antara servis pengiklanan nuffnang untuk melepaskan virus dengan menggunakan iframe dan skrip javascript yang telah tertanam di dalam setiap laman web yang melanggan iklan servis nuffnang. Kami risau jika suatu hari nanti nuffnang akan dijadikan sasaran utama untuk menyebarkan virus yang merebak melalui halaman seperti laman sosial facebook yang dijangkiti virus koobface. Mungkin seseorang itu boleh menggunakan teknik "ActiveX java" untuk menamkan virus seperti stealer(pencuri), rat(remote administration tool) dan pelbagai lagi virus yang boleh menyebabkan sesebuah komputer pelawat itu dijangkiti oleh virus yang telah di tanamkan di dalam halaman skrip javascript nuffnang tersebut.
 
Kami cuma akan berkongsi sebanyak 34,531 ribu database
yang sedang berada oleh kami sekarang di atas sebab kesalamatan dan perkara yang tidak dapat dielakkan.
Kami cuma mahu memberi kesedaran terhadap sistem admin dan web master itu tentang keselamatan laman web sendiri, sebelum menuduh dan menyalahkan kami, sila gunakan kepandaian atau duit anda untuk mengupah sesiapa sahaja yang memberikan servis "security pentest" di malaysia ini, kami rasa terlalu banyak syarikat yang membuat servis "security pentenst" bagi menyemak dan melakukan pengimbasan terhadap keselamatan sesuatu sistem dan laman sesawang itu.
Oh, sebelum terlupa, mengenai bentuk dan hash kata laluan nuffnang… Nuffnang menggunakan format SHA1(kata laluan biasa + tarikh akaun di daftarkan). Maknanya anda memerlukan tarikh akaun di daftarkan untuk melakukan proses "penukaran" kata laluan daripada SHA1 kepada kata laluan asal.
Anda boleh memuat turun pangkalan database nuffnang daripada sini:
 
Contoh kata laluan telah di SHA1 (+tarikhkan ) kan adalah seperti ini:
a90bd4f47e8c3a776efd7a1db2c69471ed1083ab
kata laluan asal: uskf
tarikh register: 2011-07-22 18:57:55
Berikut adalah beberapa butiran tentang server(pelayan) nuffnang yang telah kami dapat:
$ uname -a
Linux c1-web2.nuffnang.com.my 2.6.18-194.32.1.el5 #1 SMP Wed Jan 5 17:52:25 EST 2011 x86_64
$ id
2 ( daemon ) Group: 2 ( daemon )
$ pwd
/home/nuffmy/public_html/
$ cat /etc/passwd
root:x:0:0:root:/root:/bin/bash
bin:x:1:1:bin:/bin:/sbin/nologin
daemon:x:2:2:daemon:/sbin:/sbin/nologin
adm:x:3:4:adm:/var/adm:/sbin/nologin
lp:x:4:7:lp:/var/spool/lpd:/sbin/nologin
sync:x:5:0:sync:/sbin:/bin/sync
shutdown:x:6:0:shutdown:/sbin:/sbin/shutdown
halt:x:7:0:halt:/sbin:/sbin/halt
mail:x:8:12:mail:/var/spool/mail:/sbin/nologin
news:x:9:13:news:/etc/news:
uucp:x:10:14:uucp:/var/spool/uucp:/sbin/nologin
operator:x:11:0:operator:/root:/sbin/nologin
games:x:12:100:games:/usr/games:/sbin/nologin
gopher:x:13:30:gopher:/var/gopher:/sbin/nologin
ftp:x:14:50:FTP User:/var/ftp:/sbin/nologin
nobody:x:99:99:Nobody:/:/sbin/nologin
nscd:x:28:28:NSCD Daemon:/:/sbin/nologin
vcsa:x:69:69:virtual console memory owner:/dev:/sbin/nologin
pcap:x:77:77::/var/arpwatch:/sbin/nologin
rpc:x:32:32:Portmapper RPC user:/:/sbin/nologin
mailnull:x:47:47::/var/spool/mqueue:/sbin/nologin
smmsp:x:51:51::/var/spool/mqueue:/sbin/nologin
sshd:x:74:74:Privilege-separated SSH:/var/empty/sshd:/sbin/nologin
rpcuser:x:29:29:RPC Service User:/var/lib/nfs:/sbin/nologin
nfsnobody:x:4294967294:4294967294:Anonymous NFS User:/var/lib/nfs:/sbin/nologin
dbus:x:81:81:System message bus:/:/sbin/nologin
avahi:x:70:70:Avahi daemon:/:/sbin/nologin
haldaemon:x:68:68:HAL daemon:/:/sbin/nologin
avahi-autoipd:x:100:102:avahi-autoipd:/var/lib/avahi-autoipd:/sbin/nologin
mysql:x:101:103:MySQL server:/var/lib/mysql:/bin/bash
nuffmy:x:500:500::/home/nuffmy:/bin/bash
nuffnang:x:501:501::/home/nuffnang:/bin/bash
churp2:x:502:502::/home/churp2:/bin/bash
phpmyadmin:x:503:503::/home/phpmyadmin:/bin/bash
ftpuser:x:504:504::/dev/null:/etc
ntp:x:38:38::/etc/ntp:/sbin/nologin
exim:x:93:93::/var/spool/exim:/sbin/nologin
servermon:x:505:505::/home/servermon:/bin/bash
$ cat /etc/hosts
# Do not remove the following line, or various programs
# that require network functionality will fail.
127.0.0.1 c1-web2.nuffnang.com.my c1-web2 localhost.localdomain localhost
::1 localhost6.localdomain6 localhost
10.0.0.32 www.nuffnang.com.my nuffnang.com.my www.nuffnang.com nuffnang.com innit.nuffnang.com

Samsung Galaxy Tab 10.1 minggu hadapan.

Selepas pelbagai ura-ura berkaitan tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 kedengaran sebelum ini, ianya kelihatan yang mana Samsung telah menangguhkan pelancaran tablet tersebut di Malaysia, dan kami menerima beberapa pengesahan memperkatakan yang mana tablet tersebut bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan.
Sebelum ini, Samsung telah mensasarkan untuk pelancaran di Malaysia pada Julai, namun mungkin disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, ianya terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan.
 
Melalui Galaxy Tab 10.1, ianya membawakan sistem operasi Android Honeycomb, skrin sentuh seluas 10.1-inch, dan juga menggunakan cip dwi-teras sepantas 1GHz. Harganya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini, namun kami kedengaran yang mana beberapa kedai disekitar Lembah Klang kini menjualnya pada harga antara RM1800 ke RM1900 untuk model paling asas. Berkemungkinan kita akan dapat melihat harga yang lebih rendah ketika pelancaran rasminya, seperti mana kita dapat lihat ketika Galaxy S2 tempoh hari.

Teoh Beng Hock - DAP Salahguna Kuasa - Suruhanjaya DiRaja.

KUALA LUMPUR 23 Julai – Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang dianggotai lima ahli golongan professional, berpendapat parti politik tidak boleh terlibat dalam memberikan bantuan kewangan sebagaimana yang dilakukan oleh DAP bagi program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan sekitar 2008 dan 2009.
 
Lima anggota panel suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T. Selventhiranathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom.
 
Ia berikutan peruntukan bagi program itu dikeluarkan daripada belanjawan kerajaan negeri yang sepatutnya dibelanjakan untuk penduduk di kawasan tertentu.
Berdasarkan laporan suruhanjaya setebal 124 muka surat yang disediakan oleh lima panel suruhanjaya itu, tindakan sedemikian juga telah mengundang tuduhan dan pandangan serong apabila pembayaran semula wang itu kelihatan seperti penyaluran dana kepada parti politik tersebut.
 
''Kami mendapati agak aneh apabila pihak yang terlibat dalam proses ini tidak dapat menghalang parti politik daripada terlibat dalam projek kerajaan.
''Kami juga tidak memahami mengapa seorang kontraktor yang bersetuju menganjurkan sesuatu program atau menjalankan sesuatu projek memerlukan bantuan kewangan daripada sesebuah parti politik.
''Pastinya siapa yang menjalankan perniagaan mempunyai modalnya sendiri atau membuat perkiraan bagi perkara tersebut,'' lapor suruhanjaya berkenaan.
Berdasarkan keterangan kontraktor, Lee Wye Wing berhubung program dan projek kecil bagi kawasan DUN Seri Kembangan, suruhanjaya mendapati wujud kelemahan dari segi prosedur berikutan tiada sebut harga dikemukakan untuk kelulusan.
 
Walaupun Wye Wing yang menggunakan nama syarikat bumiputera Kelas F untuk mendapatkan projek kecil, mengaku memenuhi setiap spesifikasi sesuatu projek, namun tiada siapa mengesahkan sama ada barang dan perkhidmatan yang dibekalkan mengikut nilai yang dituntut.
Berhubung resit yang dikeluarkan oleh DAP bagi pembayaran balik wang yang didahulukan, menurut suruhanjaya berkenaan, tiada satu resit pun yang dikemukakan oleh saksi itu sepadan dengan jumlah wang pendahuluan tersebut.
 
Suruhanjaya juga berpendapat anak saudara Wye Wing, Lee Kee Hiong memberi kenyataan bercanggah apabila memaklumkan Beng Hock memberikan pendapat sesetengah bahan dikenakan bayaran melampau sedangkan beliau tidak berbincang mengenai kos bagi setiap program.
 
Walaupun Kee Hiong yang merupakan Pengurus Besar ibu pejabat DAP Malaysia dari tahun 2003 dan 2008 serta ahli DAP yang aktif mendakwa tidak merayu untuk mendapatkan projek kecil dan program kawasan tersebut, rekod menunjukkan kebanyakan projek dan program diberi kepada syarikat milik Wye Wing, WSK Services atau syarikat rakan bapa saudaranya, Hong Chae Enterprise.
 
''Kami percaya sementara Wye Wing menguruskan kertas kerja, Kee Hiong menjalankan tugas persediaan seperti mendapatkan pembekal, memastikan kehadiran peserta dan mengatur perkhidmatan serta publisiti bagi program berkenaan.
''Apabila Ean Yong Hian Wah (Ahli DUN Seri Kembangan) mempunyai idea, bagi sesuatu program beserta bajet, dia akan dihubungi dan dia akan cuba mengadakan keperluan berkaitan mengikut jumlah yang diperuntukkan,'' menurut suruhanjaya berkenaan.
 
Seorang lagi kontraktor, Mohd. Harun Abdullah, pula mengaku berpakat dengan Wye Wing supaya sebilangan syarikat kontraktor bumiputera kelas F digunakan untuk menjalankan projek kecil di bawah peruntukan ADUN.
 
Pemilik syarikat terbabit hanya akan menandatangani cek kosong yang diberikan kepada beliau dan Wye Wing serta sebagai balasan mereka akan menerima komisen antara lima dan 10 peratus daripada nilai setiap projek.

Tiket Perlawanan Malaysia VS Singapura bermula 9 Pagi Esok.

KUALA LUMPUR 25 Julai - Tiket untuk perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura akan dijual mulai jam 9 pagi esok hingga hari perlawanan pada Khamis ini.

Perlawanan dijadual bermula jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Menurut kenyataan laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, tiket mulai dijual hingga 27 Julai dari 9 pagi hingga 7 malam di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.

Sementara penjualan dan penebusan tiket dibeli secara dalam talian boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil hingga hari perlawanan.

Tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM50 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my

Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan Kelayakan pada 1974 di Jerman.

Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil. - BERNAMA 
 

Kes Sosilawati | Semakin Sukar - Bahan Bukti Ditolak

SHAH ALAM 25 April - Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa anggota penyelam dari Pasukan Gerakan Marin (PGM) tidak menemui kayu kriket yang didakwa antara barang bukti dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sepanjang membuat pencarian di tiga buah sungai di Banting pada September tahun lalu.

L/Koperal Kesatoper Wine anak Assan, 28, yang bertugas sebagai penyelam di PGM Wilayah 1, Pulau Pinang berkata, sepanjang operasi antara 12 September dan 25 September di Sungai Panchau, Sungai Kanchong Laut dan Sungai Lang, pasukannya hanya menemui telefon bimbit, gelung dawai, guni, serpihan disyaki tulang dan pisau.

"Saya, Merzuki (Koperal Merzuki Shahrim) dan Hazriman (Muhamad Hazriman Ismail) tidak jumpa (kayu kriket) tetapi kawan-kawan lain mungkin," katanya ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathamanabhan.

Wine berkata demikian ketika Manjeet Singh merujuk beliau kepada satu kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Bakri Zinin pada 17 September 2010 mengenai penemuan kayu kriket oleh pihak polis di dalam Sungai Panchau.

Saksi ke-31 pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan kes Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Khatavarayan, 31, yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Wine juga berkata, selain sebilah pisau yang menjadi eksibit dalam kes itu, beliau turut menemui dua bilah pisau yang lain sepanjang membuat pencarian di sungai terbabit.

Bagaimanapun, beliau memberitahu dua bilah pisau berkenaan tidak ditanda sebagai eksibit selepas dimaklumkan oleh pihak forensik bahawa bahan bukti itu tidak ada kaitan dalam kes pembunuhan berkenaan.

Seorang lagi penyelam dari PGM L/Koperal Muhamad Hazriman Ismail dalam keterangannya juga mengakui bahawa pencarian pasukan mereka di Sungai Pancau menemui lebih daripada sebilah pisau.

"Tidak pasti berapa banyak pisau (ditemui) tetapi lebih daripada satu. Kami bagaimanapun letak semula pisau tersebut dalam sungai," katanya.

"Kenapa letak balik pisau (ke dalam sungai)," soal peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, Matan.
"Mengikut pihak forensik (pisau) tidak ada kena mengena (dengan kes) dan mereka suruh letak balik," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok. - BERNAMA


Kerja kerajaan | Jawatan Kosong di Puncak Niaga (M) Sdn Bhd

As an organisation specialising in water treatment services, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) is committed in providing the best service to consumers by ensuring and maintaining the quality of treated water is constantly within the desired standard. PNHB is also ensuring successful implementation of its other business activities by strengthening its business ties with other organisations worldwide.
 
To date, we have ventured internationally by signed various deals with several foreign partners.
 
Berikut adalah jawatan kosong yang ditawarkan di Puncak Niaga :
 
1.  SENIOR MANAGER/ASSISTANT MANAGER INDUSTRIAL RELATIONS
2.  SENIOR MANAGER PROPERTY MANAGEMENT
3.  SENIOR MANAGER COMPENSATION &BENEFITS
4.  MANAGER-INTERNAL AUDIT
5.  OPERATION MANAGER
6.  ASSISTANT MANAGER HR RESOURCING
7.  SHIFT SUPERINTENTEDENT
8.  EXECUTIVE-EVENT & ADMINISTRATION
9.  ENGINEER
10.  EXECUTIVE-INTERNAL AUDIT
11.  EXECUTIVE-INSTRUMENTATION & AUTOMATION
12.  PERSONAL ASSISTANT/EXECUTIVE SECRETARY
13.  IT ANALYST
14.  GRAPHIC DESIGNER/WEB DEVELOPER
15.  SECRETARIAL EXECUTIVES
16.  RESEARCH CLERK
17.  ELECTRICIAN
 

9877 like pasal Bertudung vs Tidak Bertudung Versi Facebook!

Fuhh panas...bincang pasal tudung sampai 9877 like, siot tul diorang nih. Jom baca.
 
bertudung vs tidak bertudung Bertudung vs Tidak Bertudung Versi Facebook!
Renung2 kan lah wahai manusia...hehehe

"Doa buat kekasih " - Apek dan Elia gaduh ke?

Desas-desus mengenai pertunangan Jejari Runcing (Elia) dengan penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama manja Apek.
 
khairul fahmi apek
 
Buat yang tidak nampak apa yang ditulis di atas, menurut satu sumber katanya Apek dilihat bersama dengan seorang wanita lain baru-baru ini. Desas-desus keretakan ini dikuatkan pula dengan entri terbaru di blog Jejari Runcing yang bertajuk "Doaku Buat Kekasih".
 
Saya mendoakan agar desas-desus ini adalah tidak benar sama sekali. Saya berharap agar ini cuma khabar angin yang disebarkan oleh mereka yang dengki dengan kebahagiaan Apek dan Elia. Buat Apek dan Elia, semoga tabah menghadapi dugaan semasa pertunangan. Darah tengah manis kena banyak tarik nafas dalam-dalam. Tak gitu?

Gambar - Proton Saga FLX CVT-Round 2

Saga FLX front (Gambar) Proton Saga FLX CVT Round 2
 
Untuk artikel Proton Saga FLX CVT ini, ada beberapa info yang telah didapati dan juga ada info yang perlu diperbetulkan dari artikel yang lepas mengenai Proton Saga FLX CVT yang bakal dilancarkan hari ini.
 
saga flx 3 1 (Gambar) Proton Saga FLX CVT Round 2
 
Proton Saga FLX, versi terkini Saga FL ini telah disahkan dilengkapi transmisi CVT 6-kelajuan, selain turut dilengkapi ciri keselamatan penting seperti sistem ABS dan EBD, tetapi tanpa BA. Semua itu dengan harga di bawah RM50k, rasanya model ini memang best! Soft launch Saga FLX telah ditetapkan pada 25 Julai 2011 (Isnin), manakala pelancaran rasmi akan diadakan pada Ogos depan.
 
Saga FLX 9 (Gambar) Proton Saga FLX CVT Round 2
 
Buat masa ini menurut sumber, hanya model 1.3 liter sahaja bakal dilengkapi transmisi CVT, mungkin versi 1.6 liter akan menyusul kemudian. Namun walaupun dilengkapi CVT, tiada paddle shifter untuk Saga FLX, jika ada Proton memang bermurah hati.
 
saga flx 13 (Gambar) Proton Saga FLX CVT Round 2
 
Berdasarkan beberapa maklumat terkini, terdapat 4 varian Saga FLX bakal menemui pelanggan, termasuk 1.3 CVT Executive (spek tertinggi), 1.3 MT (manual) Standard dan 1.3 MT (manual) Executive. Kesemua varian dilengkapi enjin CamPro IAFM, 4-Silinder DOHC dengan keluaran kuasa 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum. Transmisi boleh didapati sama ada manual lima kelajuan atau CVT enam kelajuan.
 
saga flx 12 (Gambar) Proton Saga FLX CVT Round 2
 
Saga FLX 1.3 CVT Standard sebagai model paling asas tidak dilengkapi ABS, EBD dan beg udara keselamatan (safety airbags) untuk pemandu dan penumpang depan. Agak menghairankan kenapa Proton tidak menambah ciri ABS, EBD dan beg udara keselamatan untuk Saga FLX 1.3 CVT Standard.
 
saga flx 15 (Gambar) Proton Saga FLX CVT Round 2
 
Sekali lagi, faktor keselamatan di ambil mudah disini walaupun beberapa teguran telahpun diberi.Berkemungkinan,sekiranya faktor keselamatan di ambil kira, sudah tentu harga Proton Saga FLX ini akan lebih mahal.Namun begiitu, ia bukanlah satu alasan untuk tidak mementingkan keselamatan pemandu dan penumpang yang berpendapatan sederhana.
Walauapapun, syabas diucapkan kepada Proton kerana sudah maju setapak lagi ke arah kenderaan yang lebih bertenaga dan lebih berkuasa dan jitu.Apa pandangan anda?
 
Kredit gambar: ArenaKereta

Kerja kerajaan | 57 Jawatan Kosong di Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Indah Water Konsortium Sdn Bhd, a national sewerage company, wholly-owned by the Minister of Finance Incorporated, is responsible for providing sewerage services, operating and maintaining over 5,750 public sewage treatment plants and 13,000km networks of sewerage pipelines since April 1994.
 
1. CLERK II (TRAINING)
2. CLERK II (ADMIN)
3. CLERK II (CORPORATE PLANNING)
4. SENIOR MANAGER TECHNICAL SERVICES
5. EXECUTIVE – TRANSPORT
6. CHEMIST (Based in Sg. Besi)
7. CHEMIST (Based in Ayer Keroh)
8. MANAGER LABORATORY (Based in Ayer Keroh)
9. EXECUTIVE -MARKETING (Based in Pusat Bandar Damansara)
10. EXECUTIVE – MEDIA (Based in Pusat Bandar Damansara)
11. EXECUTIVE – SYSTEM SUPPORT (Based in Pusat Bandar Damansara)
12. LEGAL ASSISTANT / EXECUTIVE (Based in Pusat Bandar Damansara)
13. SECRETARY (Based in Pusat Bandar Damansara)
14. EXECUTIVE -CUSTOMER CARE (Based in Pusat Bandar Damansara)
15. EXECUTIVE -M&E (Based in Penang)
16. EXECUTIVE -M&E (Based in Gombak)
17. EXECUTIVE – M&E (Based in Shah Alam)
18. EXECUTIVE -TREATMENT (Based in Kuala Lumpur)
19. EXECUTIVE -TREATMENT (Based in Seberang Perai)
20. EXECUTIVE -TREATMENT (Based in Kluang)
21. EXECUTIVE -TREATMENT (Based in Penang)
22. EXECUTIVE -TREATMENT (Based in Gombak)
23. EXECUTIVE -TREATMENT (Based in Shah Alam)
24. MANAGER -TREATMENT (Based in Penang)
22. MANAGER -TREATMENT (Based in Ipoh)
23. EXECUTIVE -DATABASE & BILLING (Based in Pusat Bandar Damansara)
24. CUSTOMER SERVICE EXECUTIVE (Based in Skudai)
25. EXECUTIVE -FIELD SERVICE (Based in Penang)
26. EXECUTIVE – TRANSPORT (Based in Kuala Lumpur)
27. TECHNICAL ASSISTANT -REFURBISHMENT (Based in Gombak)
28. TECHNICAL ASSISTANT -ASSET (Based in Ipoh)
29. CLERK II (Bukit Jalil Training Centre)
30. ASSISTANT
31. CLERK II (based in Shah Alam)
32. MANAGER – RISK MANAGEMENT (Based in Pusat Bandar Damansara)
33. CLERK II (based in Melaka)
34. CUSTOMER SERVICE REP. III (based in Kuala Lumpur)
35. TECHNICAL CLERK (based in Melaka)
36. TECHNICAL CLERK (based in Klang)
37. CHARGEMAN I (based in Skudai)
38. CHARGEMAN II (based in Shah Alam)
39. CHARGEMAN II (based in Shah Alam)
40. LAB TECHNICIAN (based in Bukit Jalil)
41. TECHNICAL ASSISTANT -TREATMENT (Based in Shah Alam)
42. LAB TECHNICIAN (based in Melaka Lab)
43. LAB TECHNICIAN (based in Taiping Lab)
44. DATABASE ADMINISTRATOR (Based in Pusat Bandar Damansara)
45. TECHNICIAN (based in Taiping)
46. TECHNICIAN (based in Shah Alam)
47. TECHNICIAN (based in Seberang Prai)
48. TECHNICIAN (based in Penang)
49. TECHNICIAN (based in Melaka)
50. TECHNICIAN
51. TECHNICIAN (based in Kluang)
52. TECHNICIAN (based in Gombak)
53. TEAM LEADER (based in Shah Alam)
54. EXECUTIVE – M&E (Based in Langat)
55. TEAM LEADER (based in Penang)
56. TEAM LEADER (based in Klang)
57. TEAM LEADER (based in Ipoh)
 
 
Tarikh Tutup Permohonan : 6 Ogos 2011

Gambar | Proton Saga FLX 1.6 liter

saga flx 1 (Gambar) Spyshot Proton Saga FLX 1.6 Liter CVT
 
Pasti ramai dah tertunggu-tunggu dengan Proton Saga FLX 1.6 liter,yang bakal dilengkapkan dengan transmisi CVT 5 kelajuan dan juga sistem IAFM, yang terbukti akan membawa keseronokan memandu yang lebih menarik.
 
Hasil dari gambar Nazri dan PROSBOC FB, gambar-gambar di bawah ini dapat dijelmakan kepada anda sebelum pelancarannya.Untuk anda yang masih belum tahu bagaimana fungsi CVT,anda boleh semak semula artikel kami di sini.Apa-apa pun,layankan gambar dibawah dan berikan pendapat anda.
 
Saga FLX 2 (Gambar) Spyshot Proton Saga FLX 1.6 Liter CVT
 
saga flx 3 (Gambar) Spyshot Proton Saga FLX 1.6 Liter CVT
 
Saga FLX 4 (Gambar) Spyshot Proton Saga FLX 1.6 Liter CVT
 
saga flx 6 (Gambar) Spyshot Proton Saga FLX 1.6 Liter CVT