Pages

Pilihan raya kampus UiTM tiada 'gangguan'

SHAH ALAM 19 Sept. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak menerima sebarang laporan mengenai campur tangan pihak luar pada pilihan raya kampus universiti berkenaan.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said berkata, pihaknya akan memantau serta memastikan proses pilihan raya kampus berkenaan diadakan mengikut segala peraturan yang ditetapkan.
 
"Kempen berjalan lancar dan calon-calon juga bersemangat untuk bertanding. Kami di Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan pastikan tiada pihak luar terlibat dalam pilihan raya kampus kali ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pembangunan Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia 2012 di Dewan Seri Budiman UiTM, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan