Pages

Saham JAL yang pernah bankrap melonjak

TOKYO: Saham Japan Airlines (JAL) melonjak tiga peratus pada awal dagangan pagi ini apabila syarikat penerbangan gergasi Jepun yang pernah bangkrap itu diniagakan semula di Pasaran Saham Tokyo.

Harga saham syarikat itu pada kedudukan 3,905 yen, meningkat 3.03 peratus daripada harga tawaran selepas menjadi salah satu antara syarikat korporat terbesar dari Jepun yang runtuh tiga tahun lalu.
Prestasi awal yang kukuh itu dianggap memberangsangkan selepas ia membuat tawaran AS$8.5 bilion, iaitu yang kedua terbesar tahun ini selepas Facebook.

Kelahiran JAL itu dianggap satu kebangkitan semula selepas syarikat penerbangan itu dimasukkan dalam daftar syarikat muflis menanggung 2.3 trilion yen (AS$29 bilion) hutang. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan