Pages

Projek bina lorong keempat Lebuh Raya Utara-Selatan dilulus

TAMPIN - Kerajaan telah meluluskan pembinaan lorong keempat di Lebuh Raya Utara-Selatan bagi kedua-dua arah dari persimpangan Shah Alam ke persimpangan Rawang, Bukit Lanjan ke Jalan Duta dan Nilai Utara ke Seremban.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, langkah itu diambil berikutan peningkatan trafik di lebuh raya berkenaan.
 
"Jumlah trafik bagi Lebuh Raya Utara-Selatan ialah 1.2 juta sehari pada hari biasa, hujung minggu 1.4 juta manakala hari perayaan meningkat 1.6 juta.
"Berbeza jumlah trafik bagi Lebuh Raya Pantai Timur, ia adalah sebanyak 33,000 sehari bagi hari biasa dan 175,000 pada musim perayaan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka beliau di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan