Pages

Cara tunaikan duit dari akaun google adsense guna Western Union

Apa itu Google Adsense

Korang mesti tahu pasal goggle adsense kan? Kalau korang belum tahu lagi, meh sini aku bagitahu skit. Google adsense ni sejenis pengiklanan yang disediakan oleh google di mana orang yang nak beriklan akan hubungi google dan blogger akan register di http://www.google.com/adsense untuk ambil kod iklan adsense dan di letakkan kat blog masing-masing.

Macam mana dapat duit dari google adsense ni? Formulanya simple je, lagi ramai visitor blog klik iklan google adsense untuk mendapat info, lagi byk income adsense akan di perolehi oleh blogger.

Cara tunaikan duit dari akaun google adsense guna Western Union

1. Korang kena ada min USD100 dalam akaun adsense korang untuk tunaikan income dari google adsense ni. Cuba tengok aku copy paste akaun google adsense aku ni. Bila korang dah sampai USD100, hujung bulan google aku keluarkan menu ' Details ' seperti di bawah. Korang klik ' Details' tu.


2. Akan keluar macam kat bawah ni:



3. Klik ' view details in payment history '


4. Klik pulak ' Statement of Earnings ' dan print. Kalau taknak print, kena salin alamat google dan payment number.

Buat duit dengan nuffnang – leceh le nuffnang ni

Eeee…eeee nuffnang ooo nuffnang kenapa ko leceh sangat. Selama 2 tahun aku dengan nuffnang ni kan, aku nak citer skit le, bagi aku nuffnang ni leceh siot, kejap status gliterrati, kejap status ahli biasa. Pening aku memikirkan kenapa tetiba status di tukar.

Kalau banding dengan adsense, puhh.. jauh adsense lebih berbaloi. Income aku pun kalau banding nuffnang dgn adsense, adsense lagi banyak. Mungkin sebab adsense bayar dalam USD, bila tukar ke matawang rm, x3. Lagi satu iklan adsense ni sentiasa keluar je dan iklan adsense macam2 jenis ada.

Kalau guna blogspot,senang je nak install iklan adsense ni sebab menu dah ada, main klik-klik je iklan adsense dah boleh keluar.

Tak tahu le aku, nak guna lagi tak nuffnang ni atau nak focus ke adsense je sebab kalau letak dua dua iklan ni dlm satu blog, Nampak banyak le pulak iklan kan. Mungkin iklan nuffnang boleh di delete kan je?

Bersih 3.0: Dataran Dikawal Ketat, Jalan Di KL Mula Ditutup

KUALA LUMPUR - Ibu negara menyambut pagi Sabtu dengan tenang meskipun Dataran Merdeka, yang menjadi tumpuan ekoran rancangan perhimpunan Bersih 3.0 yang hendak diadakan petang ini, dikawal ketat oleh polis dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati sekitar 1,000 anggota polis ditempatkan di kawasan Dataran Merdeka.

Sejumlah orang ramai, yang dipercayai mereka yang hendak menyertai perhimpunan itu turut kelihatan berada di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka telah diisytiharkan sebagai kawasan tidak boleh dimasuki oleh penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai, mulai tengah malam tadi sehingga 1 Mei ini.

Sementara Dataran Merdeka dan ibu negara pada amnya menjadi tumpuan, 'perang' berbalas mesej menerusi laman-laman sosial termasuk Twitter juga menjadi fokus sejak malam tadi.

Pemimpin-pemimpin politik dari segenap lapisan masyarakat menghantar mesej Twitter untuk memberi gambaran mengenai keadaan semasa di ibu negara.

Turut berkongsi mesej Twitter ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Perkembangan semasa:

9.30 pagi: Peserta Bersih 3.0 bersorak apabila pasukan Polis Diraja Malaysia melalui jalan di stesen LRT Masjid Jamek. Mereka bersorak dan menunjukkan tanda gembira dengan kehadiran polis.

9.30 pagi: Peserta mula membanjiri perkarangan stesen LRT Masjid Jamek dengan memakai baju yang tertulis 'Bersih 3.0, Duduk Bantah', SAMM, kain yang diikat di tangan dan kepala.

9.30 pagi: Lebih 20 anggota polis bantuan dilihat berada di dalam stesen LRT Masjid Jamek untuk mengawal keadaan.

9.30 pagi: Warga emas dari Kedah semangat datang ke perhimpunan Bersih 3.0 sejak Jumaat lalu dan tidak tidur sehingga hari perhimpunan. Mereka tidur di Masjid Jamek bagi memberi sokongan.

9.30 pagi: Lebih kurang 500 peserta masih duduk di perkarangan stesen LRT Masjid Jamek sebelum menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.

9.15 pagi: Seramai lebih 100 anggota polis 'standby' di hadapan Sogo. Kelihatan beberapa buah bas menghantar polis ke lokasi.

9.20: Penyokong Bersih terus membanjiri kawasan Masjid Negara, jumlah meningkat kepada kira-kira 1,000 orang. Sepasukan 30 orang unit amal turut kelihatan.

9.10 pagi: Penyokong Bersih cuba menghampiri Dataran Merdeka dan berkumpul berhampiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sambit menjerit "Bersih" dan "Reformasi".

9.08 pagi: Kira-kira 300 penyokong Bersih 3.0 sudah membanjiri pekarangan Masjid Negara.

9.05 pagi: Kebanyakan penyokong Bersih, pada masa sekarang, kelihatan kalangan remaja.

9 pagi: Jalan Tuanku Abdul Rahman di hadapan Kompleks Sogo ditutup kepada kenderaan. Polis mula membuat benteng.

8.41 pagi: Menurut mesej Twittter empat bas PDRM sudah mula bergerak ke Stesen Masjid Jamek.

8.40 pagi: Stesen LRT Masjis Jamek terdapat penyokong Bersih dan anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan.

7.40pm: Kira-kira dua ribu pegawai polis telah berada di dalam Dataran Merdeka.

6.30 pagi - ratusan polis (mungkin hampir seribu) mula masuk dataran.

6.15 pagi - kira-kira 60 pegawai polis mula berkumpul di jalan depan Bangunan DBKL. Dua bas polis dan tiga trak polis membawa ratusan pegawai tiba di sekitar dataran

5.15 hingga 6.15 pagi - Tiada banyak perkara berlaku. Hanya polis yang sekali sekala memantau kawasan menaiki motosikal dan kereta. Laungan azan Subuh dan bunyi jam menandakan masuk jam 6 pagi, memecah kesunyian.

5.15 pagi - jeritan reformasi kedengaran, datang daripada sekumpulan kecil penyokong.

5 pagi: Tidak lebih 200 penyokong Bersih telah berada di sekitar Dataran, berhampiran bangunan DBKL. Kebanyakan mereka sedang tidur di kaki lima.
Puluhan pegawai polis berada di dalam kawasan dataran yang telah ditutup.

Mudah.my Tiruan | Sila Berhati-hati !

Kalau cakap je nak beli barang murah atau nak jual barang. Tempat pertama yang saya syorkan .. Mudah.my .. sangat-sangat mudah. Mungkin sebab itu la .. ramai yang suka menggunakan perkhidmatan kat situ. Kawan-kawan saya pun .. ramai yang selalu gunakannya laman ini. Saya pulak .. hehehe .. tak biasa. Tengok tu .. ada la.

mudah.my

Ok .. bebalik kepada mudah.my. Pagi tadi saya terbaca mengenai email palsu Mudah.my nie kat blog iedaluvsham. Kalau tengok sekali imbas. Memang orang tak sangka nie email palsu. Lepas klik .. mula la minta password dan sebagainya.

Jadi .. kalau anda pun dapat email sebegini. Sila berhati-hati. Tengok dulu .. link email tu ke mana. Contoh macam email ini. Link tu pergi ke http://www.mudah.my.mudahmy.net. So .. memang dah sah-sah link penipu. Jadi baik delete je.

Dear Mudah user Recently our servers suffered irreparable data loss. To continue using Mudah.my you are required to confirm your personal details

You have 24 hours to click on the link below and confirm your details. Failure to provide the necessary data will result in account suspension and you will not be allowed to use Mudah in any way

Continue

Thank you.
Mudah


Sumber Rujukan: Mudah.my Tiruan | Sila Berhati-hati ! | Anastasyea Blog

Semak Slip Gaji SSM Baru Secara Online

 

Nak bagi tau ni, mulai 20 April 2012, kesemua Kakitangan Awam Malaysia, dah boleh mula menyemak Gaji SSM Baru dengan menggunakan e-penyata Gaji secara online yang terdapat sini, e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC


e+penyata+gaji+kakitangan+awam+01



Seperti yang semua sedia tahu, pada 7 Mac yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membatalkan SBPA, dan menggunakan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diperbaharui dengan Kenaikan Gaji 13 Peratus bagi semua kakitangan awam.


Jadinya setelah 3 bulan berlalu, kini tunggakkan gaji dan kenaikan gaji SSM, akan mula dibayar serentak pada tarikh gaji bulan April yang akan datang iaitu 25 April 2012.

Tarikh Semakan Nama Calon Berjaya Ditemuduga KPLSPM Ambilan Jun 2012

 

Ramai sudah bertanya kepada kami bila tarikh semakan nama calon yang berjaya ditemuduga untuk KPLSPM ambilan Jun 2012.Disini kami kongsikan maklumat yang kami perolehi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai…

Keputusan semakan nama calon yang berjaya boleh mula disemak pada 30 April 2012 nanti. Semakan boleh dibuat menerusi link yang kami sediakan dibawah:-
http://apps1.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/index.cfm

Kami ucapkan tahniah kepada yang berjaya dan sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau maklumat terbaru,sila tinggalkan maklumat anda dibahagian komen…

Usahawan Hampir Rugi RM85,000, Emel Digodam?

 

MELAKA: Tiga lelaki warga Nigeria dan dua wanita rakyat tempatan ditahan berhubung penipuan melalui internet hampir melibatkan kerugian berjumlah RM85,000 di Melaka.

Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 19 dan 28 tahun itu menggunakan modus operandi menggodam emel seorang usahawan berusia 45 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil JSJK) Melaka, Suprintendan Soh Hock Sing berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan runcit menerima satu emel daripada syarikat pembekal Indonesia yang memerlukan beliau membuat pembayaran sebanyak RM85,000 pada 30 Mac lepas.

"Mangsa kemudian membuat bayaran sebanyak dua kali melibatkan RM45,000 dan RM40,000 memasukkan ke dalam akaun sebuah bank yang dipaparkan di emel namun rakan perniagaan mangsa memberitahu tiada pembayaran diterima berhubung perniagaan tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) di sini, Jumaat.

Beliau berkata, satu laporan polis dibuat pada hari sama membawa kepada tangkapan pertama seorang wanita berusia 25 tahun di Kuala Lumpur ketika sedang mengeluarkan wang daripada bank pada Khamis.

Soh berkata, hasil soal siasat wanita itu mengaku diarah berbuat demikian oleh rakan lelakinya, seorang warga Nigeria.

Katanya, sehubungan itu polis menyerbu sebuah rumah di Puchong dan menemui pasport, komputer dan komputer riba dipercayai milik suspek namun tiada tangkapan dilakukan.

Beliau berkata, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Bachang, Melaka pada Khamis yang dipercayai mempunyai kaitan kes penipuan usahawan tersebut.

Soh berkata, ketika serbuan dibuat suspek enggan memberikan kerjasama dan membuka pintu hanya selepas 30 minit.

"Tiga lelaki warga Nigeria berusia 26 hingga 28 tahun dan seorang wanita tempatan berumur 19 tahun ditahan," katanya.

Dirampas daripada mereka tiga komputer riba yang disorokkan di bawah tilam dan enam telefon bimbit. - BERNAMA

PIDM Undergraduate Scholarship Programme 2012

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) is a statutory body that actively promotes and contributes to public confidence in the stability of the Malaysian financial system. It also protects depositors against the loss of their deposits as well as takaful and insurance benefits in the unlikely event of a member institution failure.

PHILOSOPHY
The programme is intended to reach out to "deserving Malaysians" who are in need of financial aid to pursue their education locally.

WHAT DOES THE SCHOLARSHIP OFFER?

  • Up to RM10,000 a year in course fees or the actual cost, whichever is lower;
  • Up to RM2,000 in allowances for learning aids including books, computer, stationeries, and other material per semester or up to RM4,000 per year;
  • Up to a maximum of RM6,000 allowance per year or RM500 per month;
  • Induction Programme
    An induction programme will be provided to all recipients of PIDM's Scholarship Award. This is to ensure the recipients understand the mandate, vision, mission and values of PIDM.
  • Mentoring and Coaching
    Each recipient will be assigned a "mentor" from the PIDM Executive Management Committee (EMC). The mentor will provide consistent and continuous mentoring and coaching throughout the programme. This is to ensure that the recipients have the necessary support and are able to leverage on the experience of our management team.
  • Internship Programme
    As part of the strategic design of the programme, graduates will be offered paid six-month internship opportunities in PIDM to apply what you have learned in an operational context (minimum 'Cumulative Grade Point Average' (CGPA) of 3.00 or a minimum of 'Second Class Upper' in the final examinations).

In summary, the programme will cover the above fees and allowance up to a maximum of RM20,000 per person per annum. During the period of internship with PIDM, each recipient will receive a monthly allowance of RM1,000 for a six-month period.

WHAT ARE THE REQUIREMENTS?
The scholarship will be offered on a yearly basis to a maximum of ten successful applicants, to undertake up to 4 years of undergraduate studies locally.

This notice of offer for the scholarship is open for applications from all Malaysian students in need of funding commencing July 2012.

1. You must be a Malaysian citizen under 25 years of age (as of 1 January 2012) and be a full time student;
2. You must have good academic results in SPM/STPM or equivalent (with credits in Bahasa Malaysia and English);
3. You must be a full-time student and have gained admission into any of the courses related to the field of studies listed here, which has been approved and accredited by Lembaga Akreditasi Negara (LAN), in a college or university in Malaysia as approved by PIDM;
4. Not be in a position financially to take the course without financial aid or award;
5. Not be in receipt of any other scholarship, financial aid or award from any institutions or any other organisations or foundation;
6. Not have been terminated from or ceased to be in receipt of any other scholarship, financial aid or award from any institution, organisation or foundation, due to disciplinary action against the applicant;
7. Applications will only be considered if they meet the eligibility criteria; the specific field of study and the list of colleges and universities as approved by PIDM.

PRE-REQUISITES AND CONDITIONS
The list of pre-requisites includes:

1. A requirement to provide information on income for the applicant and/or parent(s);
2. To submit a written essay in English of approximately 1,000 words on your chosen field of study and your aspirations in contributing to the financial services landscape and the country in general.
3. The offer of scholarship will be subject to acceptance of the terms and conditions of a scholarship agreement with PIDM.
4. There will be no bond to this scholarship and the recipients are not required to repay the amount of the scholarship awarded.
5. Recipients of the scholarship awards will be required to fulfil conditions as set out in the scholarship agreement including, but not limited to, maintaining a minimum 'Cumulative Grade Point Average' (CGPA) of 3.00 or achieve a minimum of 'Second Class Upper' in the final examinations.

CONDITIONS OF CONTINUING SPONSORSHIP
PIDM may discontinue the scholarship or any part of the scholarship, at any time should the recipient of the scholarship:

1. be unable to continue his or her studies, for whatever reason;
2. fail to achieve a minimum Grade Point Average (GPA) of 2.5 in any semester or CGPA of 3.00;
3. fail to maintain conduct which is consistent with the rules and regulations specified by the college or university and is placed on probation; or
4. is in breach of any of the terms and conditions of the PIDM scholarship agreement.

WHAT ARE THE ELIGIBLE FIELDS OF STUDY?

  1. Accounting
  2. Banking
  3. Business Administration
  4. Finance
  5. International Business
  6. Islamic Banking
  7. Financial Banking and Management
  8. Computer Science / Information Technology
  9. Economics
  10. International Financial Economics
  11. Statistics
  12. Actuarial Science
  13. Law / Shariah Law
  14. Human Development / Human Resource Development
  15. Mathematics (Actuary)
  16. Risk Management and Insurance
  17. Insurance

APPROVED LIST OF COLLEGES OR UNIVERSITIES

PUBLIC HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS

  1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UHTM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Malaya (UM)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  12. Universiti Sains Malaysia (USM)
  13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  14. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  15. Universiti Utara Malaysia (UUM)

PRIVATE HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS

  1. Multimedia University (MMU)
  2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  3. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  4. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  5. Universiti Industri Selangor (UNISEL)

HOW TO APPLY ?

1. Click on this link to download the application form or

Please send your completed application form by hand or by post with all relevant documents to reach us no later than 29 April 2012 to:

General Manager,
Human Capital Division
(Scholarship Programme),
Level 12, Quill 7, No. 9, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur.
or
email your application to hc@pidm.gov.my

Only shortlisted applicants will be notified.

CLOSING DATE

The closing date for application is 29 April 2012.

For details of PIDM Undergraduate Scholarship Programme 2012, visit PIDM website or Malaysia Scholarship Centre.

PIDM Undergraduate Scholarship Programme 2012

 
 

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) is a statutory body that actively promotes and contributes to public confidence in the stability of the Malaysian financial system. It also protects depositors against the loss of their deposits as well as takaful and insurance benefits in the unlikely event of a member institution failure.
PHILOSOPHY
The programme is intended to reach out to "deserving Malaysians" who are in need of financial aid to pursue their education locally.
WHAT DOES THE SCHOLARSHIP OFFER?
  • Up to RM10,000 a year in course fees or the actual cost, whichever is lower;
  • Up to RM2,000 in allowances for learning aids including books, computer, stationeries, and other material per semester or up to RM4,000 per year;
  • Up to a maximum of RM6,000 allowance per year or RM500 per month;
  • Induction Programme
    An induction programme will be provided to all recipients of PIDM's Scholarship Award. This is to ensure the recipients understand the mandate, vision, mission and values of PIDM.
  • Mentoring and Coaching
    Each recipient will be assigned a "mentor" from the PIDM Executive Management Committee (EMC). The mentor will provide consistent and continuous mentoring and coaching throughout the programme. This is to ensure that the recipients have the necessary support and are able to leverage on the experience of our management team.
  • Internship Programme
    As part of the strategic design of the programme, graduates will be offered paid six-month internship opportunities in PIDM to apply what you have learned in an operational context (minimum 'Cumulative Grade Point Average' (CGPA) of 3.00 or a minimum of 'Second Class Upper' in the final examinations).
In summary, the programme will cover the above fees and allowance up to a maximum of RM20,000 per person per annum. During the period of internship with PIDM, each recipient will receive a monthly allowance of RM1,000 for a six-month period.
WHAT ARE THE REQUIREMENTS?
The scholarship will be offered on a yearly basis to a maximum of ten successful applicants, to undertake up to 4 years of undergraduate studies locally.
This notice of offer for the scholarship is open for applications from all Malaysian students in need of funding commencing July 2012.
1. You must be a Malaysian citizen under 25 years of age (as of 1 January 2012) and be a full time student;
2. You must have good academic results in SPM/STPM or equivalent (with credits in Bahasa Malaysia and English);
3. You must be a full-time student and have gained admission into any of the courses related to the field of studies listed here, which has been approved and accredited by Lembaga Akreditasi Negara (LAN), in a college or university in Malaysia as approved by PIDM;
4. Not be in a position financially to take the course without financial aid or award;
5. Not be in receipt of any other scholarship, financial aid or award from any institutions or any other organisations or foundation;
6. Not have been terminated from or ceased to be in receipt of any other scholarship, financial aid or award from any institution, organisation or foundation, due to disciplinary action against the applicant;
7. Applications will only be considered if they meet the eligibility criteria; the specific field of study and the list of colleges and universities as approved by PIDM.
PRE-REQUISITES AND CONDITIONS
The list of pre-requisites includes:
1. A requirement to provide information on income for the applicant and/or parent(s);
2. To submit a written essay in English of approximately 1,000 words on your chosen field of study and your aspirations in contributing to the financial services landscape and the country in general.
3. The offer of scholarship will be subject to acceptance of the terms and conditions of a scholarship agreement with PIDM.
4. There will be no bond to this scholarship and the recipients are not required to repay the amount of the scholarship awarded.
5. Recipients of the scholarship awards will be required to fulfil conditions as set out in the scholarship agreement including, but not limited to, maintaining a minimum 'Cumulative Grade Point Average' (CGPA) of 3.00 or achieve a minimum of 'Second Class Upper' in the final examinations.
CONDITIONS OF CONTINUING SPONSORSHIP
PIDM may discontinue the scholarship or any part of the scholarship, at any time should the recipient of the scholarship:
1. be unable to continue his or her studies, for whatever reason;
2. fail to achieve a minimum Grade Point Average (GPA) of 2.5 in any semester or CGPA of 3.00;
3. fail to maintain conduct which is consistent with the rules and regulations specified by the college or university and is placed on probation; or
4. is in breach of any of the terms and conditions of the PIDM scholarship agreement.
WHAT ARE THE ELIGIBLE FIELDS OF STUDY?
  1. Accounting
  2. Banking
  3. Business Administration
  4. Finance
  5. International Business
  6. Islamic Banking
  7. Financial Banking and Management
  8. Computer Science / Information Technology
  9. Economics
  10. International Financial Economics
  11. Statistics
  12. Actuarial Science
  13. Law / Shariah Law
  14. Human Development / Human Resource Development
  15. Mathematics (Actuary)
  16. Risk Management and Insurance
  17. Insurance
APPROVED LIST OF COLLEGES OR UNIVERSITIES

PUBLIC HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS
  1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UHTM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Malaya (UM)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  12. Universiti Sains Malaysia (USM)
  13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  14. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  15. Universiti Utara Malaysia (UUM)
PRIVATE HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS
  1. Multimedia University (MMU)
  2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  3. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  4. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  5. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
HOW TO APPLY ?
1. Click on this link to download the application form or
Please send your completed application form by hand or by post with all relevant documents to reach us no later than 29 April 2012 to:
General Manager,
Human Capital Division
(Scholarship Programme),
Level 12, Quill 7, No. 9, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur.
or
email your application to hc@pidm.gov.my
Only shortlisted applicants will be notified.
CLOSING DATE
The closing date for application is 29 April 2012.
For details of PIDM Undergraduate Scholarship Programme 2012, visit PIDM website or Malaysia Scholarship Centre.

6 Sebab Kenapa Seorang Lelaki Perlu Memilih Seorang Cikgu Menjadi Isteri

 
 
Sekadar Gambar Hiasan.
1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya.
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ……"
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
4. Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)
6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji – "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.
Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

Gempar! Janin 15 Minggu Masih Hidup?

 
 
Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat dibawah ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?
Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah 'Kimberly, you can do it baby"…
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.
Selepas 6 bulan dijaga dengan rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya.

Ikan Pelik Kepala Raksasa Terdampar di Pantai

 
 
Seekor ikan pelik lagi sangat luar biasa, yang berupa sangat ganas telah dijumpai terdampar keletihan dan mati di persisiran pantai di Sepanyol.
Ikan yang mempunyai gigi taring yang tajam itu telah membuatkan semua penduduk gempar dan takut untuk mendekatinya. Tetapi ada juga seorang lelaki yang berani datang kepada ikan tersebut, mengangkatnya dan mengambil gambar ikan pelik itu.
P/S: Bumi mempunyai 70% lautan dan 30% daratan. Tambahan lagi, isipadu lautan lagi besar dari daratan. Memang tak ada apa yang mustahil. Allah punya kuasa. Banyak yang kita tak ketahui tentang alam ini. Wallahualam.

Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa Mertua

 
 
Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk 'melepaskan' anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

‘Jangan Ambil Padang Kami’ Taruhan Terbaru Janji Kelainan Rosyam Nor

 
MELIHAT judulnya, 'Jangan Ambil Padang Kami', pasti memberikan wadah berguna buat penonton. Mengisahkan mengenai perjuangan tujuh sekawan yang mahu mempertahankan sebuah padang di kawasan flat mereka daripada dibangunkan peneroka, drama bersiri 13 episod terbitan, Suhan Movie Trading ternyata menjanjikan kelainan daripada drama lain kerana ianya banyak memaparkan realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Pelbagai konflik dan cabaran hidup dilalui tujuh sekawan ini dalam menyelamatkan padang mereka daripada dijadikan kawasan pembangunan.
Dalam usaha mencari jalan penyelesaian, turut diselitkan sedikit kisah kehidupan dan percintaan yang pasti menyentuh hati sesiapa saja yang menonton.
Dibintangi Beto Khusairy, Shera Ayub, Izreen Azminda, Elfi ra Loy dan ramai lagi, drama hebat ini akan mula bersiaran jam 9.00 malam ini, setiap Isnin, di saluran Astro Ria.
Mengulas mengenai idea menghasilkan drama ini, penerbitnya, Rosyam Nor berkata, ianya bermula setelah dia menyedari kepentingan sesebuah padang dalam institusi kawasan perumahan. Jelasnya, Jangan Ambil Padang Kami, sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar mengenai kehidupan yang dilalui penduduk fl at
dan setinggan, terutamanya.
"Tanpa kita sedari, padang adalah satu tempat yang penting buat sesebuah kawasan penempatan kerana kewujudannya dapat memberi seribu satu kebaikan
untuk penduduk terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja. Dari situlah bagaimana timbulnya idea menghasilkan drama ini," kata Rosyam.
Menurutnya, mesej yang dibawa menerusi drama ini tidak terlalu berat dan jalan cerita yang bersahaja membuatkan drama ini sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
"Saya berharap penonton dapat menerima dan mengikuti drama ini sehingga ke episod terakhir kerana ia menjanjikan yang terbaik buat penonton," katanya.