Pages

Cara semak status lepasan SPM

KUALA LUMPUR 7 Mei - Status keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya boleh diketahui mulai hari ini.
Keputusan permohoan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) pula boleh diketahui mulai 12 tengah hari esok, demikian menurut kenyataan akhbar ketiga-tiga universiti itu yang dikeluarkan di sini hari ini.
 
Semakan boleh dilakukan melalui laman web http://www.um.edu.my/
kemasukan, http://www.ukm.my/
kemasukan/tawaran
dan http://www.smp.upm.edu.my/tawaran bagi program Asasi Sains, Asasi Pengajian Islam di UM, program Asasi Pintar di UKM dan program Asasi Sains Pertanian dan diploma di UPM.
 
Calon yang berjaya boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) masing-masing untuk membuat pengesahan dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula esok hingga 15 Mei ini.
 
Tarikh pendaftaran penuntut baru ke program Asasi Pintar UKM adalah pada 23 Mei bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi, program Asasi Sains dan Asasi Pengajian Islam UM pada 27 Mei, manakala program Asasi Sains Pertanian pada 17 Mei di UPM, Serdang dan diploma pada 7 Jun di UPM, Kampus Bintulu. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan