Pages

Peserta Insurans Hadapi Penipuan Dan Tuntutan Keterlaluan



KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Penipuan dan tuntutan keterlaluan adalah antara isu-isu yang dihadapi oleh peserta industri insurans dan ini bukan sahaja menjejaskan proses tuntutan, malah juga melengahkan pembayaran kepada pelanggan, kata Institut Insurans Malaysia (MII).

Naib Presiden Kanan, Pendidikan dan Latihan Insurans Hayatnya, Mohd Taipor Suhadah, berkata usaha berterusan diperlukan untuk mendidik pelanggan tentang hak mereka untuk membuat tuntutan.

Beliau berkata 60 peratus daripada keseluruhan tuntutan insurans berjumlah RM9.6 bilion yang dibuat tahun lepas, adalah daripada segmen kenderaan bermotor.

"Kami telah mengesan banyak penipuan dan tuntutan keterlaluan daripada segmen ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas pelancaran Konvensyen Tuntutan Antarabangsa 2012 oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Donald Joshua Jaganathan, di sini pada Isnin.

Mengenai pertumbuhan industri, Taipor berkata peserta-peserta perlu memperkukuh kedudukan masing-masing dalam pasaran ini kerana bank pusat telah membuka pintu kepada peserta-peserta asing lain.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan