Pages

Alyah berani mencuba

MELIHAT penampilan yang sering ditonjolkan tidak kira ketika beraksi di pentas atau di khalayak, pastinya semua tahu penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati, Alyah ini seorang yang berani melakukan perubahan terhadap rambutnya.
Sering tampil dengan gaya pelbagai yang kadang kala pendek, beralun, kerinting dan lurus Alyah bijak menyesuaikan gaya rambutnya mengikut majlis yang dihadiri
.
Malah ada waktunya, Alyah tampil berani mewarnakan rambutnya dengan warna yang begitu menyerlah seperti coklat, merah dan perang. Terbaru Alyah pernah tampil dengan warna ungu dan merah jambu.

Tidak bimbang dengan kritikan, bagi Alyah apa yang ditampilkan adalah dirinya sendiri yang sukakan kelainan serta gaya yang unik.

Pernah mendapat jolokan Lady Gaga Malaysia, Alyah mengakui penampilan yang ditonjolkan bukanlah untuk meniru sesiapa apatah lagi Lady Gaga yang juga idolanya yang pelik ketika bergaya, Alyah menganggap apa yang ditonjolkan adalah kepuasan pada dirinya dalam bergaya.

Pernah juga peminat keliru apabila melihat gaya rambut panjangnya di dalam klip video Tak Mungkin Kerana Sayang yang menyerupai penyanyi Indonesia, Rossa lantas Alyah memotong pendek rambutnya.

Difahamkan, selepas ini Alyah akan kembali dengan gaya rambut panjang tapi diserlahkan dengan konsep terkini yang nyata akan membuat sesiapa saja memandang lebih daripada dua kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan