Pages

Merah kuning hilang 9 tonggak gara-gara berpindah atau digugurkan

  •  
  • Shah Alam: Red Giants kehilangan sembilan tonggak utama, termasuk Safiq Rahim dan Amri Yahyah selepas Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melakukan rombakan besar-besar menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

    Sama ada mereka digugurkan atau berpindah ke pasukan lain, Red Giants bertindak demikian selepas gagal meraih sebarang trofi musim ini apabila hanya menduduki tempat ketiga Liga Super dan kandas di separuh akhir Piala Malaysia.
    Safiq dikatakan bakal ke kelab Indonesia, Arema Pelita selain turut mendapat tawaran lumayan Johor FC.

    Amri mungkin ke PKNS FC atau Negeri Sembilan, Amirulhadi Zainal dan Razman Roslan bakal ke Pahang manakala Azidan Sarudin mendapat tawaran Perak.

    Empat lagi pemain yang tidak lagi bersama Selangor musim depan dipercayai digugurkan ialah Bosko Balaban, P Gunalan, R Surendren dan G Jeevananthan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan