Pages

Rajagobal puas hati aksi Piya

PENAMPILAN julung kali kapten pasukan The Red Warriors (TRW), Badhri Radzi bersama skuad Harimau Malaya ketika berdepan Arab Saudi pada pertemuan persahabatan di Stadium Shah Alam, kelmarin nyata tidak mengecewakan.

Perkara ini diakui sendiri jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal selepas sidang media sejurus permainan berakhir yang berkesudahan tewas 1-4.

"Piya (Badhri) menunjukkan satu permainan yang baik dalam perlawanan ini. Secara keseluruhan, saya berpuas hati penampilan beliau," katanya.

Sementara itu, Piya akui permainan beliau agak hambar kerana itu merupakan cap pertamanya untuk kem negara di pentas antarabangsa.

"Mungkin ramai pihak mengatakan saya bermain begitu teruk berbanding Safiq Rahim. Ini baru cap pertama saya berbanding Safiq," katanya yang menyerahkan keputusan kepada Rajagobal mengenai peluang kedua untuk perlawanan berdepan Yaman bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015, Jumaat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan