Hasil kajian melibatkan 2,800 responden berusia dari 15 hingga 25 tahun yang dijalankan pada 2010 dengan portal YouthSays.com menunjukkan 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun.Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 peratus daripada mereka mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan lima kekasih.
Ini merupakan kenyataan yang harus kita hadapi dan kenyataan yang begitu memalukan bagi rakyat Malaysia terutama mereka yang beragama Islam.Sepatutnya semasa usia remaja inilah mereka harus gunakan sebaik mungkin untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bermanfaatkan mereka tetapi lain yang diharap,lain yang dibuatnya.
Kerosakkan akhlak remaja dewasa ini memang sukar dibendung dan masalah sosial seumpana ini,seks bebas sudah begitu menular dikalangan remaja terutama di peringkat sekolah menengah.
Berita mengenai perkara ini juga pernah didedahkan oleh Hmetro.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah 'tidur' dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan."Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.
Itu kisah yang diceritakan oleh seorang remaja yang baru berusia 16 tahun.Itu cerita yang kita ketahui @ yang telah didedah,bagaimana pun kisah beratus ribu pelajar remaja diluar sana?Tentu lagi banyakkan?
Ini pula kisah yang diceritakan oleh seorang remaja yang berusia 20 tahun yang hamil setelah melakukan hubungan dengan teman lelakinya:-
"Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga," katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.
Itu satu hal,bagaimana pula dengan dosa yang kita tidak dapat lihat itu?Keseronakan yang dicari tetapi dosa yang berlimpah-limpah yang akan datang kepada mereka.Itu nasib baik mereka tidak buang bayi berkenaan ataupun membunuh bayi berkenaan.
Masalah keruntuhan akhlak ini begitu teruk dialami di negara kita.Didalam ibubapa @ orang tua-tua sibuk bergaduh kerana mempertahankan perjuangan politik mereka,mereka lupa tentang keruntuhan akhlak anak-anak muda mereka.
Tindakan yang lebih agresif daripada semua pihak amat diperlukan terutamanya daripada ibubapa supaya kita dapat membendung gejala sosial ini.Bila kita fikirkan masa depan @ masa-masa yang mendatang,kita rasa takut dengan situasi yang membelengu kita ini.Bagaimana kita nak besarkan anak-anak kita satu hari nanti.
Hanya Allah yang faham apa yang terbuku dihati.Astagfirullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan