Pages

Jualan Perodua Meningkat Semula Dengan Penjualan Perodua Myvi Baru...lagi best

  • Perodua Myvi Elegance 2011 Jualan Perodua Meningkat Semula Dengan Penjualan Perodua Myvi
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) kembali memberikan saingan pada bulan Julai apabila mencatatkan jumlah jualan kenderaan lebih baik berbanding dua bulan sebelumnya. Sebanyak 16,500 unit kenderaan telah terjual pada bulan itu, atau dengan anggaran 32 peratus penguasaan pasaran.
 
Prestasi baik itu disumbangkan oleh jualan Myvi baharu yang tinggi dan situasi pemulihan pengeluaran alat ganti kenderaan di Jepun yang berlaku lebih pantas daripada yang dijangkakan. Perodua meramalkan momentum peningkatan jualan akan terus bertambah pada bulan Ogos ini menjelang sambutan hari raya aidilfitri, seterusnya pada bulan-bulan akan datang.
 
Menurut Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh , jualan 16,500 unit kenderaan pada Julai adalah lebih tinggi 85 peratus berbanding jualan rendah 8,900 unit pada bulan Jun 2011. Menurutnya, Perodua Myvi baharu memberikan sumbangan besar kepada peningkatan jualan bagi Julai dengan merekodkan penghantaran sebanyak 8,500 unit.
 
Jualan bagi ViVA dan MPV Alza juga menunjukkan peningkatan pada Julai berbanding bulan sebelumnya. Bagaimanapun, jualan Perodua bagi tahun ini sehingga sekarang masih rendah 14 peratus kepada 95,900 unit berbanding 111,500 unit pada tempoh yang sama Januari – Julai 2010.
"Kami berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang terus memberikan sokongan terhadap Perodua. Kami juga berbangga atas kesabaran pelanggan menanti penghantaran kenderaan masing-masing sebagaimana syarikat telah melalui tempoh tunggakan pengeluaran,"
 "Setakat ini Perodua Myvi baharu (Lagi Best) telah menerima tempahan 25,000 unit dan 10,000 buah daripadanya telah diserahkan kepada pelanggan sehingga ke hari ini,"
Perodua terus optimis syarikat mampu mengekalkan permintaan tinggi untuk setiap model yang dikeluarkan tahun ini walaupun menghadapi cabaran daripada pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang sedikit sebanyak menjejaskan jumlah tempahan kenderaan.
 
Namun dengan pemulihan bekalan alat ganti dari Jepun dan kesediaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meneliti semula pindaan akta tersebut, Perodua yakin mereka mampu mengekalkan kedudukan no. 1 bagi tahun 2011 berbanding pesaingnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan