"Saya rasa bulan Ramadan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana (Mekah) Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza. Tetapi pahala lebih berganda jika kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa," kata Siti yang juga telah mengerjakan haji pada awal tahun 2008.
Siti dan suaminya akan menunaikan umrah bermula 19 ogos 2011 - 28 Ogos 2011.Walaupun sibuk dengan kerja sehariannya ditambah pula dengan bisnes SimplySiti tetapi beliau masih pandai mencuri masa untuk mengerjakan Umrah.Ini adalah satu sikap artis yang patut di contohi oleh artis-artis yang lain.
"Saya juga mengambil berkat sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki SimplySiti dengan anak-anak yatim dan orang lain dengan harapan semoga perniagaan ini terus berjaya dan diberkati Allah," ujarnya.
Menurut Siti lagi,dia berharap agak semua pengguna SimplySiti tidak ragu-ragu dan keliru dengan pengesahan halal yang telah dilakukan oleh JAKIM.
Kita doakan agak pemergian Datuk Siti dan suami menunaikan Umrah dirahmati Allah dan selamat pergi dan selamat pulang.Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan