Kisah cintanya dengan penjaga Gol Malaysia pernah mendapat liputan yang begitu meluas sehingga menjadikannya salah seorang blogger yang dikenali ramai.Kini,dia sekali lagi mendapat perhatian ramai setelah kisah cintanya,kisah pertunanganya terhenti di pertengahan jalan.
Putus cinta bukan bererti kita gagal didalam percintaan,mungkin disebabkan faktor-faktor lain yang menyebabkan cinta kita tidak kesampaian.Walaubagaimana pun hidup harus diteruskan,bab kata orang tua-tua,bunga bukan sekuntum,kumbang bukan sejenis.
Kisah cinta Jejari Runcing @ Elia turut mendapat perhatian daripada rakan-rakan blogger dan ramai blogger berkunjung ke blog Elia untuk memberikan sokongan moral kepada Elia.
Semasa saya melawat blog Elia,sudah terdapat 177 kata-kata semangat yang telah diberikan oleh Rakan Blogger.Tahniah diucapkan kepada rakan blogger yang begitu komited untuk membantu Elia memulihkan semangatnya.Ini adalah satu sikap yang harus kita banggakan sebagai seorang blogger.
Kita harapkan juga kepada Elia agak tidak putus harap dan terus mengejar cita-citanya.Ramai lagi lelaki-lelaki diluar sana yang mempunyai kejayaan yang lebih bagus dan lebih menyayangi Elia.Insya-Allah.Mungkin itu bukan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan