Aku baru terbaca blog Sazuya yang menyatakan bahawa permohonan halal untuk Simply Siti tidak berjaya. Dan tuan puan blog tersebut tidak hanya bercakap kosong tetapi turut melampirkan surat pekeliling daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.
Tambah mengejutkan ialah apabila produk berus Simply Siti dikatakan diperbuat daripada bulu babi. Namun untuk makluman anda, bukan hanya produk Simply Siti sahaja yang tidak berjaya mendapatkan pengesahan halal, ada lagi beberapa nama besar yang turut sama gagal mendapatkan pengesahan halal.
Namun sebenarnya aku agak pelik sebab kalau tak silap dulu pernah dengar cerita yang Simply Siti telah disahkan halal oleh pihak-pihak tertentu. Kenapa tiba-tiba boleh jadi tak halal pulak? Kita nantikan penerangan daripada pihak Simply Siti kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan