Mengkagumkan, itu saja yang boleh dikatakan apabila Naza Italia telah mempamerkan supercar Ferrari FF kepada media di bilik pameran mereka hari ini.
Ferrari FF yang direka mempunyai empat tempat duduk, sistem pacuan empat roda 4RM yang dipatenkan, dan enjin V12 6262cc ini mempunyai kuasa buas setinggi 660hp@8,000rpm dan tork maksimum 683Nm@6,000rpm.
Mampu memecut dari 0-100 km dalam tempoh hanya 3.7 saat dan kelajuan maksima 335 km/j, Ferrari sememangnya sentiasa laju tidak kira apa saja model yang dikeluarkan. Jika anda mempunyai masa, anda boleh lawati bilik pameran Naza Italia di alamat Jalan 51/A 221, Lot 3, Petaling Jaya, Selangor kerana FF akan dipamerkan selama seminggu di situ.
Seperkara lagi, jika anda ingin memiliki supercar eksotik ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah melihat kepada angka RM2.8 juta, kerana itu adalah harga yang ditawarkan oleh Naza Italia.Sebelum itu,layankan lagi gambar Ferrari FF di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan