Kata orang kalau dah sampai serunya, pasti akan berkahwin jugak. Tahniah saya ucapkan kepada Nabil Raja Lawak (28 tahun) yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan Nazirah Ayub (23 tahun). Bakal isteri Nabil adalah seorang bekas pramugari Air Asia. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan.
Nabil dan Nazirah sudah berkenalan selama 6 tahun. Dan Nabil mahu segera bergelar suami kerana takut pisang berbuah dua kali:-
Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan. Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan ikhlas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri.
Tahniah kepada Nabil atas berita gembira ini. Semoga dengan pernikahan ini, rezeki Nabil akan bertambah-tambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan