Pages

Puasa tapi TAK SOLAT ... cam mana tuh

 
Puasa tapi tak SOLAT
 
Masa tengah merehatkan otak tadi tiba-tiba terfikir tentang satu persoalan yang sering timbul setiap kali bulan puasa. Persoalan tentang "puasa tapi tak solat" ni sebenarnya dah lama ditanya oleh seorang rakan semasa bersekolah dulu. Time tu memang rasa malas sangat-sangat nak solat. Tapi puasa tetap puasa. Duit raya punya pasal. Haha. Bila ditanya soalan macam tu, terasa macam rakan tu perli-perli pulak. Tau la aku malas solat dulu (masa zaman sekolah). Pukul kang!
Hasil carian keyword "puasa tapi tak solat" menghasilkan penemuan jawapan-jawapan bagi persoalan tersebut.
 
Ada banyak jugak jawapan yang tersenarai kat laman carian Google. Aku pilih mana yang aku rasa tepat atau hampir tepat atau yang aku rasa senang untuk difaham. Tapi aku bukannya pandai sangat bab-bab ni. Kalau ada salah, tolong tegur ek. Benda-benda kat internet zaman sekarang ni ada jugak info yang kita tak boleh percaya. Ada je orang yang nak salahgunakan fungsi internet. Hati-hati la ye.
 

Puasa tapi tak solat

SOALAN:
Apakah diterima puasa orang yang sengaja tinggalkan solat atau tidak tunaikan solat? Adakah perbuatannya itu akan merosakkan puasanya dan tidak diberi ganjaran pahala?
JAWAPAN:
Sebenarnya terdapat perbezaan di antara 'batalnya ibadah' dan 'ibadah tidak diterima'. Kadang-kadang ibadah tersebut sah dan tidak perlu diulang semula hanya kerana ianya telah mencukupi rukun-rukun dan syarat-syaratnya. Namun dalam masa yang sama tidak diterima di sisi Allah SWT. Sebagai contoh, seseorang yang mendirikan solat dengan tujuan menunjuk-nunjuk (riak) ataupun dengan memakai pakaian curi.
Manakala orang yang berpuasa, sekiranya dia menahan diri daripada membuat perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum dan syahwatnya, maka puasanya sah dan tidak batal walaupun dia telah mengerjakan perbuatan-perbuatan maksiat seperti menipu dan meninggalkan solat. Tetapi, walaupun sah ibadat puasanya, adakah ia diterima dan diganjari pahala daripada Allah SWT?
perkara dilarang buat di bulan puasa
Sesungguhnya terdapat banyak hadith yang mengesahkan bahawa puasa sebegini tidak akan diterima. Contohnya, hadith yang berbunyi:
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan masih beramal dengannya, maka Allah tidak memerlukan (dia) untuk meninggalkan makanan dan minumannya"
Maksudnya, tiada makna dan faedah lagi puasanya jika individu terbabit masih mengeluarkan kata-kata nista ketika sedang berpuasa, apatah lagi sekiranya dia meninggalkan solat.
 
Hal yang sama berlaku kepada orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat. Puasanya sah dan tidak wajib mengulang puasa tadi walaupun dia telah meninggalkan solat. Sedangkan tentang masalah diterima atau tidak, hadith di atas telah memberikan penjelasan bahawa puasa tersebut tidak diterima.
Katakanlah, sekiranya puasa tersebut diterima dan diganjari pahala, namun perlu diingat bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang meninggalkan solat adalah suatu dosa yang sangat besar dan berat seksaannya. Ianya akan diletakkan di neraca timbangan pada Hari Kiamat, jika tidak diampunkan oleh Allah. Firman Allah SWT:
"Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
Dalam ayat ini dan yang berikutnya, mengandungi galakan supaya kita jangan sesekali meninggalkan amalan-amalan baik walaupun sedikit, dan juga mengingatkan kita supaya menjauhi sebarang maksiat walaupun kecil.
Allah SWT berfirman:
"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaNya"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan