Pages

Lagi isu Iklan Ramadhan TV9, PAS tak suka plak dah

 
iklan ramadhan tv9 Terkini:Iklan Ramadhan TV9 Diharamkan Oleh PAS!
 
Saya baru terbaca mengenai perkara ini di blog empayar-pemuda dan tak tahu nak cakap apa.Saya sudah melihat iklan ramadhan yang dikeluarkan oleh TV9,tak silap saya ada dua siri iklan berkenaan.
 
Jika anda masih tidak menonton iklan berkenaan,anda boleh melihatnya dibawah ini:-
 
Melihat daripada kedua-dua iklan berkenaan,saya berpendapat tiada masalah jika iklan berkenaan dipaparkan.Ada masej yang tersendiri yang ingin disampaikan disamping cuba menarik para penonton melalui aksi-aksi yang ditunjukkan oleh AG dan Leya Hot FM.
Bagaimana pula dengan pendapat anda?
 
Bantahan mengenai Iklan Ramadhan ini telah dibuat oleh Pemuda PAS Selangor.Dibawah ini adalah keratan petikan daripada Malaysiakini.
 
Belumpun kontroversi iklan Ramadan 8TV yang memaparkan 'ketiak' seorang wanita Cina reda kerana didakwa berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa, iklan Ramadan TV9 pula dipertikaikan.
 
Kali ini, Pemuda PAS Selangor mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.
 
"Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat," kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan  yang dipetik Harakahdaily.
 
Katanya, pemuda PAS sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan