Pages

Siti Nurhaliza Jawap Isu Halal Produk Simply Siti Di Twitternya

Kalau dah namanya Datuk Siti Nurhaliza, memang cepat dan pantas beliau membuat kenyataan untuk membetulkan nama baik produk miliknya, Simply Siti. Baru sebentar tadi aku keluarkan entri keraguan mengenai status halal Simply Siti, Datuk Siti sudah pun mengeluarkan statement menjamin status HALAL Simply Siti.
 
simply siti halal
Berikut ialah kata-kata di Twitter Datuk Siti Nurhaliza:-
Semua produk SS & berus yang digunakan dalam produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM dan pemeriksaan adalah dibuat sebelum setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan Jakim
Kepada semua pengguna Simply Siti, jangan risau sebab status produk ini HALAL. Tiada yang lain melainkan HALAL. Tahniah kepada Datuk Siti kerana pantas mengeluarkan statementnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan