Pages

Artis | Kisah Kila Fairy

MOGA filem dan lagunya disukai ramai. Itulah permintaan gadis jelita ini
ketika menyambut ulang tahun ke-19 tahun pada 17 Mei lalu selain
memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga segala kontroversi yang mengiringi
langkahnya sejak setahun lalu berhenti.


Dicop simbol seks gara-gara bentuk bibir dan wajah seksi serta dituduh
melakukan pembedahan plastik di beberapa bahagian tubuh, sudah lali pada
pendengarannya. Cukuplah, perkara itu tidak perlu diulang lagi kerana
baginya, ia kisah basi yang memualkan.


Pun begitu, kalau masih ada yang mahu mengaitkannya dengan telahan mengarut
itu, dia tidak berdaya menghalang. Sebagai empunya badan, dia hanya mampu
menelan tafsiran negatif itu dan berusaha mencari kekuatan supaya
melihatnya daripada sudut positif.


Kita doakan semuga Kila Fairy berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan