Pages

Godam Laman Web Malaysia | Aku cabar cuba godam laman web syarikat yang besar-besar!

Berita pasal kumpulan penggodam dari luar negara nak godam web Malaysia dah
kita tau, tapi penggodam dari Malaysia rupanya dah bermula awa awal lagi..


Antara laman laman web yang telah digodam ialah SabahTourism.com, cidb.gov.my,
Land public Transport commision, Malaysia Meteorological service, Minisstry of
Education (moe), Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Bomba, Perbendaharaan
Malaysia, Parlimen Malaysia, Kementerian Kerja Raya, JobsMalaysia, UITM
cawangan Pulau Pinang Official website, http://ezi2care.jkm.gov.my/,
http://jbiotech.gov.my/admin/  selain tu www.tourmalaysia.com.my pun kena
godam jugak.


Laman web KRU studios pun mungkin digodam atau ditutup, kenapa KRU, haha!! ni
sebab Norman Abd Halim dan RIM  bersuara jugak  pasal hakcipta lagu lagu, dan
di sinar.fm  petang tadi dengar berita , Norman mencadangkan jiwang org
disekat kerana banyak lagu lagu dimuat turun secara percuma. Disebabkan tu
jugak fan page /facebook si Norman pun kena tutup di Facebook.


Kebanyakan laman web yang digodam tu  dipercayai dilakukan oleh kumpulan
penggodam Malaysia, menamakan diri mereka Kambeng Merah dengan lambang Dragon
Force.


"DO NOT BLOCK US FROM FREEDOM OF USING INTERNET!!"


Biasa le budak-budak dapat main internet cam tu ler ye, suka2 le tu sbb laman
web pendidikan ni kat Malaysia ataupun oversea security rendah skit, senang le
nak godam. Cuba godam laman web syarikat besar2 kalau pandai?


sumber: http://bloggerboleh.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan