Pages

Google adsense | USD100.08, 7min 25saat

Baru je cash out earning adsense ni, pehh kejap je kat CIMB Bank seksyen 18
Shah alam, 7minit 25 saat je bermula dari urusan kat kaunter. Kalau nak
kira dari ambil no giliran tak releven sebab ada bank yang ramai orang kan.

Lepas tunggu dan melepak atas kerusi sambil tengok2 orang : ada yg korek
hidung, ada yang lipat kaki seluar sampai lutut, ada yang tido kat bank tu,
ada yang main2 handphone, yg rambut macam David Berkam pun ada... 2132 no
keluar kat skrin tuh, start dari situ le aku mulakan time aku kira.

Kakak kaunter bank tu tanya:
" Google bagi awak duit ke?"

Dia macam konpius skit, aku pun angguk je le. Macam minat nak tahu je kakak
ni.

Isi borang Western Union pun senang je. Malas le aku nak cite, cuma yg
penting alamat google kena ada, payment number kena ada dan jumlah duit
kena ada le kan.. tu je. IC kena bawak le jugak.

Sapa penah dapat duit dari adsense ni, kongsi lah sikit.

Salih Yaacob Benggang!

Hari ini saya baca mengenai keluhan hati Salih Yaacob di Berita harian dan sedikit sebanyak rasa terkilan dan bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Salih Yaacob ini…
 
Semuanya bermula dengan segmen selingan semasa konsert Maharaja Lawak Akhir pada hari jumaat yang lepas.
Semuanya gara-gara segmen selingan yang menampilkan dirinya bersama seorang pelakon komedi wanita, Nik Sayyidah atau Mek yang disiarkan menerusi program Maharaja Lawak peringkat akhir, Jumaat lalu.Ada sesuatu yang terbuku dalam jiwa pelakon, pelawak, penyanyi, pengacara dan penyampai radio terkenal Salih Yaacob yang membuatkan dia marah, kecewa serta terkilan.
Tindakan Mek yang dilihat berlebih-lebihan dalam membangkitkan isu perkahwinan kali keempatnya itu berulang kali dalam program yang dipancarkan secara langsung itu membuatkan Salleh cukup bengang.
Bengang bukannya tidak boleh disentuh atau diusik kisah peribadinya, tetapi kerana pihak produksi tidak menepati janjinya untuk mempromosikan program bual bicara I Follow kendaliannya menerusi segmen selingan itu.
Tambahnya lagi:-
"Terasa diri ini seperti diperbodoh dan dipersendakan mereka. Kalau betul mereka mahu saya berlawak soal perkahwinan, rasanya tak perlulah nak guna alasan mempromosikan program SY I Follow. Saya boleh berlawak macam biasa.
"Jika sekali dua isu poligami itu diperkatakan, saya boleh anggap itu sebagai gurauan, tetapi jika berterusan dijadikan bahan jenaka dan persenda, saya memang tak boleh terima kerana perkahwinan adalah satu ibadah. Apa perasaan pihak lain yang ada kaitan dengan perkahwinan saya ini?" pertikai Salih kembali.
Adakalanya tidak semua benda yang boleh kita jadikan bahan jenaka.Mungkin bagi kita ianya jenaka tetapi bagi orang yang dikenakan itu macam mana?Adakah dia akan beranggapan bahawa itu sedar lawak?Belum tentu.Sensitiviti tetap perlu dijaga walaupun bagi ia sedar untuk bergurau ataupun berlawak.Tak gitu rakan-rakan?
 
Radio Suria FM sudah dua hari bercerita  mengenai isu poligami ini.Macam-macam cerita yang boleh didengar.Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju.Biasanya,semua ada alasan masing-masing.Betul tak?
 
Cuma saya tertarik dengan statement di artikel mengenai Salih Yaacob di Berita Harian itu yang berbunyi:-
TIADA siapa yang dapat menafikan pengaruh Salih di radio nombor satu, Sinar FM sungguh besar. Jika tidak, masakan watak yang dimainkannya seperti Wak Jawa, Mak Neng dan Abang Jem cukup popular kepada pendengar setia stesen itu.
 

Faktor-faktor yang Menaikkan Google PageRank

Nampaknya Google PageRank dah dikemaskini untuk bulan Jun 2011.
 
Google PageRank ni bagi aku penuh misteri. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi PR sesebuah blog tu sama ada naik ataupun turun. Kadang-kadang kita tak boleh nak jangka. SEO merupakan salah satu faktor yang sangat mempengaruhi peningkatan atau penurunan pagerank sesebuah laman web atau blog.
 
Berikut adalah skala penilaian daripada sumber Google PageRank bagi faktor-faktor yang menyebabkan naik turunnya pagerank sesebuah blog.

Faktor-faktor yang Menaikkan Google PageRank

  • Update Pages Frequently – 2/10
  • Add Pages Frequently – 4/10
  • No Broken Links – 5/10
  • Good Neighborhood Directories with high PageRank Levels – 7/10
  • Monster Websites – 7/10
  • Quality Inbound links – 8/10
  • Quality Relevant Links – 9/10
  • Article Submissions (this can increase your PageRank by getting more inbound links)
  • All these put together – 10/10

Faktor-faktor yang Menurunkan Google PageRank

  • Bad inbound link seperti P0ker, Lucah, Seks dan sebagainya
  • Link spamming
  • Bad Content
  • Banyak broken links
  • Teknik SEO Black Hat
Camtu le adanya...

Gambar | Proton Persona R

Tahun ini rasanya begitu meriah dunia automobil negara dimana pengeluar kereta negara memperkenalkan banyak model-model baru untuk dipasarkan di Malaysia.Baru ini,Perodua telah memasarkan model terbaru Myvi 2011 dan dikatakan model baru Myvi itu mendapat sambutan yang begitu baik daripada pengguna kereta tanah air.
 
Proton juga tidak mahu ketinggalan dan sekarang ini Proton sedang menjalankan proses percubaan bagi model Proton yang akan dipasarkan awal tahun 2012 @ pertengahan 2012.
Dibawah ini merupakan gambar yang diambil oleh spyshot ketika melihat model Proton Persona R di jalan raya.
 
persona r peter 1 500x229 Gambar Proton Persona R
persona r peter 2 500x354 Gambar Proton Persona R
SPYSHOT HEADLAMP PERSONA R REPLACEMENT WRM R 400x321 Gambar Proton Persona R
 
Menurut maklumat yang diperolehi,model Persona R ini diambil daripada Proton Tuah yang pernah ditunjukkan semasa Kuala Lumpur International Motor Show 2010.

Raksasa Laut 55 Kaki Ditemui Di China!- Satu Penemuan Baru Di Dunia!

monster sea Raksasa Laut 55 Kaki Ditemui Di China!  Satu Penemuan Baru Di Dunia!
Sea Monster @ Raksasa Laut
 
Semasa membuka website Yahoo.Com tadi,terperasan ada perkataan Sea Monster dibahagian "Trending Now".Entah apa yang dimaksudkan Sea Monster ini.Ingatkan filem baru ke apa,rupanya-rupanya ada penemuan baru di China.
 
Bangkai 'Raksasa laut' berukuran 55 kaki telah dijumpai dihanyutkan sehingga di pantai di China. Makhluk yang sudah berkeadaan  reput teruk itu  tidak boleh dikenal pasti dan menurut laporan juga Sea Monster ini sekurang-kurangnya seberat 4.5 tan.
 
Agak-agaknya Sea Monster ini datang dari mana?dan apa sebenarnya Sea Monster ini?Dah macam Sea Monster macam dalam anime One Piece je…hehe..

Cara-Cara Untuk Menyemak Saman Polis dan JPJ Secara Online Dan SMS

Sekarang ini semuanya dah maju dan semuanya dihujung jari.Tak perlu dah nak ke JPJ untuk semak saman.Kini semua boleh dibuat secara online dan juga menggunakan SMS…
 
Jadi dibawah ini dinyatakan cara-cara untuk membuat semakan saman polis dan juga JPJ….Law ada saman tu,cepat-cepat lah pergi bayar k…nantikan jadi macam pelarian di bumi sendiri lak.Nantikan kena blacklist lak kereta tu….
 
1. Semak saman PDRM secara online
2. Semakan saman POLIS melalui SMS
Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN SA3321X hantar ke 32728
 
3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS
Taip jpj <space> your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456789000 hantar ke 37773
 
4. Melalui SMS 15888
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu
Taip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WMG1234 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

Gambar | Anak Jimmy Shanley, Zahrah Shanley...cute nya


gambar anak jimmy shanley
cute kan anak Jimmy Shanley.. bila le bleh dapat sorang ni?

Jom semak Keputusan Kemasukan Diploma Pendidikan(Lepasan Ijazah) IPTA 2011

Keputusan Semakan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Bagi Ambilan Julai 2011 sudah boleh mula disemak mulai 24 Jun 2011 yang lepas.
 
Semakan boleh dibuat melalui link yang disediakan dibawah ini:-
Tahniah bagi mereka yang ditawarkan program diploma pendidikan ini.

Juara Maharaja Lawak, SEPAH si Bujang Lapok

Juara Maharaja Lawak, SEPAH si Bujang Lapok
 
Tahniah kepada Kumpulan SEPAH kerana telah berjaya menjadi Juara Maharaja Lawak 2011. Kumpulan SEPAH berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan juga sebuah trofi sumbangan Astro. Lawak yang dibuat oleh 3 orang ahli kumpulan SEPAH iaitu iaitu Jep, Mamat dan Shuib memang kelakar betul. Dan akhirnya dapat jugak Shuib jumpa dengan Dafi. Haha.. Jutaan tahniah kepada Kumpulan SEPAH!
 
Memang betul apa yang orang cakap. Kumpulan SEPAH ni aku tengok macam bayangan Bujang Lapok (P.Ramlee, Sudin dan Aziz Satar). Jep jadi P.Ramlee, Mamat jadi Sudin, Shuib jadi Aziz. Kalau kita tengok 3 orang ahli kumpulan SEPAH tu pon nampak macam Bujang Lapok. Jep dengan tubuhnya yang gempal macam P.Ramlee. Tubuh Mamat pulak tinggi lampai dan kurus macam Sudin. Si Shuib rendah dan kecil molek macam pelakon Aziz Satar. Bujang Lapok generasi baru diorang ni.
 
Naib Juara Maharaja Lawak 2011 disandang oleh JOZAN, gabungan nama 2 orang lelaki stylo iaitu Johan dan Zizan. Lawak diorang pon boleh tahan jugak kelakar dia. Paling lawak masa aksi berlari macam dalam video klip Hafiz AF. "Begitulah awan nano nano nano nano nano? nano nano nano nano nano nanaoooo.." Hahaha.. Watak Mail Lambung yang dibawa oleh Zizan dan watak Acai oleh Johan memang sangat-sangat berkesan sampai ramai peminat yang terbawa-bawa watak tu dalam hidup diorang. JOZAN membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM250,000 dan juga trofi. Tahniah kepada JOZAN!
 
Pemenang Maharaja Lawak 2011
 
Tempat ketiga dalam pertandingan Maharaja Lawak dimenangi oleh Nabil yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM150,000 dan juga trofi. Lawak Nabil bagi aku kurang menyengat. Tapi dia best bro! Walaupun sekadar mendapat tempat ketiga, namun begitu nyanyian dia bersama lalat-lalat memang best bro. Tahniah kepada Nabil dan lalat-lalatnya! Best bro..
 
Kumpulan JAMBU! Sekadar mendapat tempat keempat, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi kemenangan. Sedikit kecewa dengan kumpulan JAMBU sebab lawak diorang makin lama makin 'berseni' sangat. Peserta-peserta lain buat persembahan ada jalan cerita masing-masing. Tapi jalan cerita dalam lawak kumpulan JAMBU ni sedikit terabur sampai kadang-kadang aku tak paham langsung apa yang diorang buat atas pentas. Nasib baik ada Zila Bakarin. "Sabuuunnn di bilik mandiiiii".. Haha.. Tahniah juga buat kumpulan JAMBU!
 
Tahniah kepada semua pemenang Maharaja Lawak 2011. Korang memang CHAMPION! Tak dapat kubayangkan kalau Amir dapat masuk final dan jadi salah seorang daripada pemenang. I'm sorry Amir. Huhu..

Review kereta | 2011 Nissan Grand Livina Tuned By Impul

The 2011 Nissan Grand Livina Tuned By Impul variant has been launched—in a world debut—in Malaysia over the weekend at the Super GT International Series 2011.
 
The Nissan Grand Livina Tuned By Impul variants are priced at RM 97,500 for the 1.6 manual Comfort, RM 100,500 for the 1.6 automatic Comfort, and RM 109,500 for the 1.8 automatic Comfort (all prices include insurance); each costs a premium of RM 10,700 over the respective standard Grand Livina variant, the owners of which have the option to purchase the Impul Performance Parts.
 
Exterior Impul bits include a new aerokit, a front grille incorporating the new Impul logo, a stainless steel exhaust muffler, a tailpipe with an Impul logo etched on, and Impul Aura SX-10 17" alloy wheels that are 20–30 percent lighter than similar-sized conventional alloy wheels.
 
Beyond the naked eye are Impul upgrades for the shock absorbers and springs, which lower the ride height by 25 mm while improving the Nissan's handling.
2011 Nissan Grand Livina Tuned By Impul

Pendapatan ke 3 internet | Bayaran pertama google adsense melalui Western Union CIMB


Terus-terus pendapatan ke 3 kan, pendapatan pertama dan ke 2 dulu dari nuffnang. Pendapatan dari sewa ruang iklan kat blog2 aku aku dah lupa le.
 
Korang penah terima bayaran dari google tak? Rugi ooo layar internet tanpa dapat apa-apa bayaran, malah kena bayar ada hehe..
 
adsense1stpayment.PNG

 
Nampak kat atas tuh? blurr ke? hehehe.. takpe takpe. itu status akaun google adsense aku buat masa ni dan " payment in progress" katanya google. Nak dapat duit le ni kan.
 
Kalau korang tak tahu adsense tu apa, sila lah ke google.com/adsense. Duit bayar dalam USD ni kawan, jgn memain.
Apa yang berlaku selepas ni? Google akan hantar satu no PIN ke alamat aku. Dengan no PIN tu nanti aku akan masukkan kat satu ruang dlm akaun adsense aku dan terpapar lah detail pasal bayaran ni untuk aku isi di borang Western Union di mana-mana bank macam CIMB.
 
Dapat no PIN nanti, aku citer lagik ya. Selalu lah semak blog ni.
 
Pendapatan ke 4 nanti mungkin dari nuffnang!

Review hartanah | Make friend with BANKERS

Bercakap tentang tipshartanah, ianya sememangnya menjadi salah satu senjata
sulit aku di dalam memastikan loan aku diluluskan kerana treatment yang
korang dapat sebagai kawan kepada banker sebenarnya adalah jauh lebih baik
dari menjadi customer diorang.

Sekiranya korang berkawan dengan mereka ni, setiap tips dan cara bank
menilai satu-satu pinjaman akan diceritakan oleh banker ini tanpa
selindung-selindung dan tidak seperti kalau korang diibaratkan sebagai
customer, 'benda-benda' internal ni, pengetahuannya takkan sampai kepada
korang sebenarnya. Lagi satu, kalau korang berkawan dengan banker ni,
diorang (banker) tak lokek nak menghulurkan bantuan dan seboleh-bolehnya
mereka akan cuba juga untuk memastikan loan korang tu diluluskan (based on
my true experience) sebab nak jaga persahabatan mereka tu.

Atas sebab inilah, cuba untuk mendekati awek-awek atau pakwe2 yang kat
dalam LRT yang ber'name tag'kan logo bank. So, buat korang yang naik LRT
atau pengangkutan awam yang lain untuk pergi kerja, cuba-cubalah meng'usha'
awek-awek atau pakwe2 yang pakai tanda nama berlogokan bank untuk kemudahan
di masa depan.. hehehe.

Kredit kad | Guna American Express Card untuk memang LEXUS CT 200h

Stand a chance to win a luxury car with a minimum spending of RM15000 with
your American Express® Card.


Get 1 entry for every RM200 spent in a single receipt with your American
Express® Card. Spend more to get more entries.


No pre-registration, SMS or promotion entry forms are required. American
Express Corporate Cards are not eligible.


Prizes:
2x Grand Prize : LEXUS CT 200h
1 x Daily Winner for 100 Days : Sony 40" 3D Full HD BRAVIA LED TV
with 3D Glasses


Promotion valid from 17 June until 24 September 2011


Itu antara promonya, nampak cam menarik.


Info lanjut FAQ & syarat2nya di http://www.maybank2u.com.my/

Email Power Dari CIMB Bank : Alert -Transaction Notice Hanya Satu Penipuan!

 
 
Tadi saya check email dan terlihat satu email daripada Cimb Bank.Hairan juga kerana sudah lama saya tidak menggunakan dan akaun itu sudah tidak aktif lagi.haha…bila lah nak gi aktifkan semula ni?
 
Okay juga kalau nak pergi aktifkan.Boleh juga pergi buat Debit Kad Cimb.Susah lah jika hanya ada satu debit kad.Yang Affin bank tu macam bermasalah sahaja.Insya-Allah,nanti pergi buat yang cimb lak.=)
Semasa saya membuka email sebentar tadi,saya terlihat satu email dari CIMB seperti dibawah ini:-
 
cimb 1 Hati Hati Dengan Email Dari CIMB : Alert  Transaction Notice Hanya Satu Penipuan!
Email Dari CimbClicks
Terfikir,aik bukan ke akaun ini dah tak aktif?Staf CIMB cakap kena pergi ke CIMB dulu baru boleh aktifkan akaun sebab akaun ini lama tidak digunakan.Tetapi kena pula boleh dapat masej seperti ini.Hairan….
Bila saya klik pada link yang diberikan,ia akan redirect ke http://www.uniform-net.jp/onlineshop/images/cimbsslupdate/Login.html .Kat situ dah rasa syak sesuatu sahaja.Betul tak?Kenapa dia redirect ke tempat lain?tak seperti yang terdapat di dalam email itu.
cimb2 Hati Hati Dengan Email Dari CIMB : Alert  Transaction Notice Hanya Satu Penipuan!
Ini Page Login Yang Dipaparkan Selepas Klik Link Yang Diberikan
Kemudian saya search di Google untuk mencari URL sebenar CIMB Clicks dan terjumpa lah link seperti gambar dibawah ini.Cuba perhatikan betul-betul.Sebijik kan??Jika tidak berhati-hati pasti akan tertipu kan?
 
cimb3 Hati Hati Dengan Email Dari CIMB : Alert  Transaction Notice Hanya Satu Penipuan!
Ini Page Login CIMB Yang Betul
Saya perasan beberapa perkara diantara CIMB yang betul dan pastu antaranya adalah:-
  • URL Page Login Yang Berbeza.(Lihat Anak Panah Merah)
  • Form Login Adalah berbeza.(Lihat Anak Panah Merah)
  • Page yang pastu ada logo CIMB Group,CIMB dan CIMB ISLAMIC tetapi yang betul tidak ada.
Jadi,untuk membuat confirmation mengenai perkara ini,saya akan hantarkan link entri ini kepada CIMB untuk mengetahui feedback daripada mereka.

Siti Saleha aka Nora Elana dan pakwenya

gambar siti saleha dan kekasih
 
Apabila rakan Abang Nara di OhBulan mengeluarkan gambar Siti Saleha dan seorang jejaka yang dikatakan kekasih hatinya, terus di dalam hati kita terdetik:-
Umang aih. Confirm ramai pakwe yang jatuh cinta kat si Nora Elena nie patah jiwa. Merana la jiwa raga diorang. Hik
Kita tahu korang stress jadi apa kata korang stresskan lagi dengan melihat gambar Siti Saleha aka Nora Elena berposing dengan lelaki di atas dengan membaca entri ini sepenuhnya.
 
 

Review blog | papagomo.com & klpos.com

Banyak isu kontraversi yang di paparkan oleh papagomo.com, seorang blogger
yang sangat berani didalam mengutarakan isu2 politik terutamanya mengenai
pembangkang. Untuk info lebih panas sila ke papagomo.com.

Juga utk isu2 yang tak berapa panas, di sediakan juga oleh papagomo, boleh
le cuba2 tgk klpos.com

Menarik juga utk difikir-fikirkan.

Majalah Ujang

Editor majalah ujang meninggal dunia semalam. Qayyum namanya ( kalau tak
silap ).
Alfathihah untuk beliau semuga majalah ujang terus sukses.

" pernah jumpa ciku sekali kat Pandan Jaya, makan roti canai "

Review blog | 2dayblogger & jomberita

Kembali kepada asal? itulah yang aku pikirkan bila melihat banyak blog2 yg
mementingkan niche sekarang ni, ini baru betul nak baut blog kan. Mungkin
pada awal2 buat blog , tak tahu apa nak tulis, jadi campur je semua tajuk2
yang terpikir.

Nampak gayanya dah ramai yang cuba membuat blog yg ada niche masing2
seperti seorang blogger, 2dayblogger.com. Baru2 ini telah melancarkan 2
blog niche terbarunya, jomberita.com dan blog pasal pendidikan eputra.
Mungkin sbb sibuk dgn 2 blog barunya, kurang entri kat 2dayblogger.com

Di harap blog baru 2dayblogger beroleh kejayaan sbb banyak entri
2dayblogger sekarang ni menyelitkan promosi utk 2 blog niche barunya dan
juga iklan adsense hehe..nak berjinak-jinak dengan adsense plak ke?

Penggodam Anonymous | kambing team & website yg disekat kerajaan

Cuba anda baca kata-kata mencabar dari para hackers ini pada SKMM .
"Sakitnya hatiku bila kau sekat kerjaku (download), buntu fikiran bila
berjuta-juta website lucah ko tak nak block plak ?  BEBASKAN HAK KAMI UNTUK
BERINTERNET ".

Laman web yang menjadi mangsa terbaru itu adalah laman web TourMalaysia.
Com http://www.tourmalaysia.com.my/. Anda masih boleh layari ke laman web
tersebut dan yang tinggal hanya paparan di atas, siap ada lagu heavy metal
lagi..ermmm.

(Embedded image moved to file: pic27196.jpg)


Di sini kelihatannya para hackers melahirkan ketidakpuasan mereka akibat
dari tindakan SKMM melakukan sekatan ke atas beberapa laman web yang
melakukan aktiviti download tempohari.


Kerajaan Malaysia menyekat laman tersebut kerana melanggar Akta Hak Cipta
1987 dan kandungan laman download percuma tersebut adalah salah di sisi
undang-undang Malaysia.

Ini kerja kambing team le ni..

Pengodam Anonymous | Cara blog wordpress di hack, cth justkhai ( owner ohbulan ni.. )

Macam mana hacker tu boleh menyerang? Mula² hacker tu akan check dulu
platform apa yang digunakan oleh justkhai. Samada Blogger, Wordpress, Jomla
dan lain² lagi.

Lepas dah tahu, yang justkhai menggunakan platform Wordpress, hacker tu
akan tengok samada justkhai masih lagi menggunakan url default asal atau
tak. Kalau dah ubah .. sure akan selamat. Tapi kalau masih belum ..
kebarangkalian blog nie nak kena hack .. tinggi! Url default bagi admin

Wordpress biasanya seperti ini http://nama blog.com/blog/wp-admin. Kalau
tak percaya .cuba tengok, betul ke tak?

Lepas tu .. hacker tu akan gunakan semua tools yang dia ada untuk dapatkan
password bagi membolehkannya masuk ke dalam blog tersebut. Antara tools
yang kawan saya cerita tu .. macam dictionary attack, brute force dan
macam² lagi yang boleh menyerang platform wordpress.

Lepas dah dapat .. hacker tu akan masuk dan tukar setting code tersebut
untuk mirrorkan URL redirection ke website lain. Jadi .. kawan saya
suggest, kalau nak elak kena hack lagi. Tukar /wp-admin tu menjadi secret
word yang anda sendiri saja yang tahu. Lebih secure!

Pengodam Anonymous | cyber999@cybersecurity.my, 0192665850

Selepas serangan Anonymous ke atas laman web kerajaan Malaysia, gov.my pada
16 Jun 2011. Rasanya, mungkin ramai yang ingin mengetahui apakah tip dan
amalan2 terbaik yang perlu diamalkan untuk mencegah laman web dari dibolosi
oleh orang yang tak bertangungjawab terutama Hackers.
Ye lah ! Sedangkan Twitter dan Facebook yang kebal pun boleh dibolosi.
Inikan pula, laman web biasa. Jadi saya fikir, tak salah untuk
bloggermengambil langkah² awal bagi mengelak perkara ini dari berlaku. Bak
kata pepatah "Mencegah lebih baik dari mengubat!"


Berikut adalah tip dan amalan² terbaik yangb disediakan oleh CyberSecurity
Malaysia bagi melindungi laman web daripada serangan penggodam.

(1) Apakah yang anda perlu tahu mengenai pencacatan laman web?
http://www.mycert.org.my/en/resources/incident_handling/main/main/detail/756/index.html


(2) Langkah-langkah untuk pulih daripada pencerobohan sistem UNIX atau NT:
http://www.auscert.org.au/render.html?it=1974&cid=1920

(3) Senarai semakan pengesanan pencerobohan:
http://zeltser.com/log-management/security-incident-log-review-checklist.pdf


(4)Langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan SQL Injections:
http://www.mycert.org.my/en/resources/web_security/main/main/detail/573/index.html


(5) Bagaimana untuk melindungi SQL Injection dalam ASP.NET?
http://msdn.microsoft.com/en-us/library/ms998271.aspx
ModSecurity atau http://www.modsecurity.org/

Sekiranya anda mendapati laman web anda diserang atau dirosakkan penggodam,
sila hubungi Cyber999 menerusi saluran e-mel

di cyber999@cybersecurity.my atau
mycert@mycert.org.my atau
talian 1-300-88-2999 untuk mendapatkan bantuan.

Talian ini dipantau dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari
berkerja. Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian

telefon bimbit +60 19 2665850 (boleh dihubungi sepanjang masa), khidmat
pesanan ringkas dengan menaip CYBER999 REPORT ke 15888 ataupun faks 603
89453442.

Pengodam Anonymous | pmo.gov.my 4 Julai 2011 9.30 mlm

Selepas serangan pada 16 Jun 2011, yang mengakibatkan lebih 198 laman web
terjejas termasuk 51 laman web agensi kerajaan Malaysia digodam.

Kini Anonymous menghantar mesej kedua yang mensasarkan laman
http://www.pmo.gov.my sebagai sasaran utamanya. Serangan ini akan
dijalankan pada 4 Julai 2011, sekitar jam 9.30 malam.

Berdasarkan dari keterangan video selama 4.08 minit yang diupload di
YouTube oleh j3d1h4x0r (nama samaran). Menyatakan, serangan kali adalah
sama seperti serangan pertama iaitu untuk memperjuangkan hak asasi manusia
selepas kerajaan Malaysia menyekat 10 laman web muat turun termasuk Pirate
Bay.

Bezanya kali ini .. Anonymous mensasarkan tindakan yang lebih drastik
dimana mereka akan cuba menjatuhkan infrastruktur negara, dan menjadikan
hari tersebut sebagai hari yang diingati oleh semua orang.

Kepada Anonymous: blah le wei…

Drama Nora Elena Musim Ke-2.Jom Nantikan Bersama-Sama!

Drama Nora Elena mendapat perhatian ramai penonton dan sekarang ini difahamkan bahawa laman web tonton mendapat hit
berjumlah 1.3 juta viewers.Wow,kalaulah blog ini boleh jadi macam itu,rasanya memang hebat lah kan?itulah kelebihan jika
kita menghasilkan sebuah laman web @ blog hiburan.


Setelah drama Nora Elena tamat baru-baru ini,ramai peminat-peminat drama ini mengharapkan drama Nora Elena diteruskan ke
musim ke 2.Tetapi bagi saya adalah lebih baik jika tidak dibuat musim kedua kerana cuba kita lihat siri-siri drama sebelum
ini yang apa musim pertama,berjaya menarik jutaan penonton dan cerita yang dipaparkan begitu menari tetapi bila masuk musim
kedua,cerita jadi membosankan.


Cuba kita lihat drama Nur Kasih.Siri pertama di TV3,cerita ini berjaya menarik begitu ramai penonton dan pada masa itu ia
menjadi satu fenomena yang menarik.Jalan cerita pun begitu hebat dan terbaik tetapi bila dah keluar dalam bentuk movie,ia
sudah tak sehebat dan menarik seperti versi original.Betul tak?


Bukan Nur Kasih sahaja,drama-drama lain pun begitu.Contohlah SPA-Q.Musim kedua ceritanya sudah merapu dan kurang
menarik.Jadi lebih baik drama Nora Elena tamat pada masa kegemilangan seperti sekarang ini daripada tamat dengan kejatuhan
reputasi drama ini.


Betul tak?Itu sekadar pandangan saya semata-mata.Mungkin pendapat korang berlainan dengan saya.Jadi bagaimana dengan
korang?Adakah korang mahukan siri kedua Drama Nora Elena ini?

Hidangan tarian seksi & arak...aishh.. tak baik

KOTA BHARU: Gempar apabila sebuah kelab persendirian di sini menyajikan
tarian wanita menjolok mata dalam satu majlis di kelab berkenaan, malam
kelmarin.


Bagaimanapun, penganjuran majlis itu mengundang padah apabila diserbu
anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).


Majlis sekitar jam 9.30 hingga 10.30 malam itu dihadiri 350 orang,
kebanyakannya wanita, termasuk yang bertudung.


Dalam serbuan itu, penguat kuasa MPKB turut merampas beberapa botol arak.


Difahamkan, pengurusan kelab menghentikan majlis itu selepas menyedari
kehadiran penguat kuasa MPKB.


Tuan Guru kena pantau sikit ni, macam mana majlis wanita bertudung boleh
ada arak ni.

Artis | Kisah Kila Fairy

MOGA filem dan lagunya disukai ramai. Itulah permintaan gadis jelita ini
ketika menyambut ulang tahun ke-19 tahun pada 17 Mei lalu selain
memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga segala kontroversi yang mengiringi
langkahnya sejak setahun lalu berhenti.


Dicop simbol seks gara-gara bentuk bibir dan wajah seksi serta dituduh
melakukan pembedahan plastik di beberapa bahagian tubuh, sudah lali pada
pendengarannya. Cukuplah, perkara itu tidak perlu diulang lagi kerana
baginya, ia kisah basi yang memualkan.


Pun begitu, kalau masih ada yang mahu mengaitkannya dengan telahan mengarut
itu, dia tidak berdaya menghalang. Sebagai empunya badan, dia hanya mampu
menelan tafsiran negatif itu dan berusaha mencari kekuatan supaya
melihatnya daripada sudut positif.


Kita doakan semuga Kila Fairy berjaya.

Godam Laman Web Malaysia | Aku cabar cuba godam laman web syarikat yang besar-besar!

Berita pasal kumpulan penggodam dari luar negara nak godam web Malaysia dah
kita tau, tapi penggodam dari Malaysia rupanya dah bermula awa awal lagi..


Antara laman laman web yang telah digodam ialah SabahTourism.com, cidb.gov.my,
Land public Transport commision, Malaysia Meteorological service, Minisstry of
Education (moe), Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Bomba, Perbendaharaan
Malaysia, Parlimen Malaysia, Kementerian Kerja Raya, JobsMalaysia, UITM
cawangan Pulau Pinang Official website, http://ezi2care.jkm.gov.my/,
http://jbiotech.gov.my/admin/  selain tu www.tourmalaysia.com.my pun kena
godam jugak.


Laman web KRU studios pun mungkin digodam atau ditutup, kenapa KRU, haha!! ni
sebab Norman Abd Halim dan RIM  bersuara jugak  pasal hakcipta lagu lagu, dan
di sinar.fm  petang tadi dengar berita , Norman mencadangkan jiwang org
disekat kerana banyak lagu lagu dimuat turun secara percuma. Disebabkan tu
jugak fan page /facebook si Norman pun kena tutup di Facebook.


Kebanyakan laman web yang digodam tu  dipercayai dilakukan oleh kumpulan
penggodam Malaysia, menamakan diri mereka Kambeng Merah dengan lambang Dragon
Force.


"DO NOT BLOCK US FROM FREEDOM OF USING INTERNET!!"


Biasa le budak-budak dapat main internet cam tu ler ye, suka2 le tu sbb laman
web pendidikan ni kat Malaysia ataupun oversea security rendah skit, senang le
nak godam. Cuba godam laman web syarikat besar2 kalau pandai?


sumber: http://bloggerboleh.blogspot.com/

Semakan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011 Sudah Boleh Disemak!

Dikhabarkan semakan MUET sudah boleh dibuat sekarang ini.Selamat menyemak keputusan masing-masing.
Disini saya ingin maklumkan bahawa keputusan MUET bagi pertengahan tahun 2011 akan diumumkan pada hari ini bertarikh 13 Jun 2011.
Bagi mana-mana pelajar yang mengambil MUET baru-baru ini boleh menyemak melalui dua cara iaitu secara online dan secara SMS.Dibawah ini saya nyatakan cara-cara untuk menyemak keputusan MUET.
 
Semakan Secara Online
Semakan Secara SMS
  • taip MUET RESULT<> No. K/P hantar ke 15888 @
  • taip MUET<>No.K/P hantar ke 36363
  • Semakan boleh dibuat mulai 12.01 tengahmalam 13 Jun 2011
Selain daripada itu,dimaklumkan juga bahawa mulai MUET 2012 , ujian MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun dan ia dijangka akan berlangsung pada bulan MacJulai, dan November sahaja.
 
Diharap para pelajar boleh sebarkan maklumat yang penting ini kepada rakan-rakan sekalian.

Hazama dah jadi juara AF


Hazama telah muncul sebagai Juara AF terakhir pada persembahan akhir malam takdi.Kejayaan itu membolehkan Hazama membawa pulang wang tunai RM200,000 berserta piala sumbangan Astro, hamper dan wang tunai yang bernilai RM5,000 sumbangan Power Root selain sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 sumbangan Sony.Wow memang banyak hadiah yang dimenangi beliau.
 
Manakala untuk naik juara pula dimenangi oleh Lena yang menyanyikan lagu Dunia (Bunkface) serta lagu baru, Sisa Kisah Kita, juga ciptaan Kuncidemak.Lena membawa pulang hadiah wang RM50,000, piala, hamper serta wang RM2,000 sumbangan Power Root dan kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499.
 
Sementara tempat ketiga milik Nur Shafinaz Jebat, 18, (Fina) dari Melaka yang membawa pulang wang RM20,000, piala, hamper serta wang RM1,000 sumbangan Power Root dan kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499.
 
Manakala keempat, Mohamad Azri Abdullah, 24, atau Azri menerima wang RM5,000, piala dan kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.Diharap mereka semua akan terus berjaya dan jangan pula jadi chipmore,kejap ada kejap tak ada @ mungkin tak ada terus lepas ini..hehe…Menjadi juara tidak menjanjikan kejayaan untuk berjaya dipentas hiburan.Jadi teruskan berusaha.
 

Toyota Corolla Altis 1.8G | 2670km rekod dah pecah, bumper sudah calar

2670km, Toyota Corolla Altis 1.8G aku dah calar kat bumper! Erghhh…pe le
mamat bermotosikal ni.

Citer dia camni, aku park Toyota Corolla Altis 1.8G tu kat kws parking
tempat keje aku le. Ada le security bawak motor pegi beli air dan masa u
turn dia terjatuh le plak, kena bumper kereta kau, binawe tul le baru
sebulan pakai hehehe, dah le Nepal.

Nasib baik ada orang nampak dan terpaksal le aku uruskan urusan mengecat le
plak.

Bumper Toyota Corolla Altis 1.8G caler putih calar dan kena ketuk sikit,
harganya rm480 kat Toyota servis center. Mahal ke tak? Aku pun tak tahu le
sebab bukan aku yang akan bayar hehe.. tapi sayang le sbb masih baru lagih.

Satu hari boleh siap, terpaksal aku half day leave besok. Nepal tu dah bagi
separuh, nanti gaji bagi separuh lagik, kesian plak aku tgk Nepal tu, tapi
nak baut camne kan, aku pun kena susah2 gak utk uruskan cat bumper ni.

Takpe le kan, dah jadi. Le ni aku tak park dah kete kat situ…

Toyota Corolla Altis 1.8G | 0.12sen/km Taiping - Subang Jaya RON95

Minggu lepas aku balik Taiping dari Subang Jaya, saja nak try power Toyota
Corolla Altis 1.8G. Camne performance dia kan…dan juga aku nak cuba kira
minyak RON95 yg aku guna ni, jimat ke tidak. Kalau ikut iklan Toyota kata
0.11sen/km, betul ke?

Subang Jaya ke Taiping lebih kurang 300km, aku lupa set kat meter tuh. Masa
balik dari Taiping ke Subang Jaya, aku isi minyak penuh dan masa sampai
Subang Jaya aku dengan rajinnya isi minyak lagi RON 95 je tau.

300km, nilai minyak rm36. Kira punya kira, dapatle 0.12sen/km, jimat jugak
ni kan, tul tak? Ini kat PLUS average 140km/j. Rasa konfident le banding
dgn proton aku dulu, ambil koner steady Cuma kalau koner belah kiri aku
takut skit, kanan ok aku berani ini bukan sebab kereta, ini sebab aku
sendiri.

Jadi kesimpulannya, jalan jarak jauh Toyota Corolla Altis 1.8G berdasarkan
pengalaman aku:
1. minyak 0.12sen/km
2. speed 140km/j ok je, aku takut nak lebih lagi hehe, sekali sekala
cecak 155km/j
3. kereta stabil masa speed

Korang ada pengalaman lain tak?

Cara Pasang Button Google +1 di blogspot dan wordpress

Google secara rasminya telah melancarkan Google +1 Button untuk semua blogger dan webmaster. Sekarang ni butang Google +1 dah boleh dipasang di dalam blog atau website kita untuk memudahkan perkongsian content blog.
 
Seperti yang telah diberitahu oleh pihak Google, dengan butang Google +1 ni kita boleh dapatkan trafik organik yang lebih banyak dan berkualiti melalui 'Google Search'. Sekiranya ramai pembaca blog kita 'recommend' entri blog kita melalui butang Google +1 ni, kesannya ia akan memberi lebih potensi kepada entri blog kita untuk tersenarai di dalam Google Search Engine Result Pages (SERP). Kira macam boleh bantu naik trafik blog kita jugak.
 
Dah ramai buat posting pasal benda ni, korang boleh le cuba2 google kan, aku pun belum pasang lagi kat blog aku nih. Kodnya boleh dapat kat www.google.com/webmasters/+1/button/.
 
Cara nak pasang Google +1 di blogspot dan wordpress untuk newbie akan aku kongsi bila aku dah godek2 caranya nanti, tapi kalau korang memang dah pasang, kongsi le skit.

Tarikh Keputusan Rayuan UPU 2011

Disini saya ingin maklumkan tarikh sebenar keputusan rayuan UPU akan dikeluarkan.Tarikh keputusan adalah seperti berikut:-
Tarikh semak rayuan : 14 June.
Tarik pendaftaran : 16 June.
Keputusan akan dikeluarkan seminggu dari sekarang dan bagi mana-mana yang mendapat tawaran ke IPTA nanti,cepat-cepatlah bersedia sedia untuk mendaftar ke IPTA masing-masing .
 
Jangan lupa untuk sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda. Sekian terima kasih.
Selamat belajo le ye...

Video Marilah Menari arahan Gambit Saifullah

"Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana
tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran
Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan," kata pelakon dan
pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa
selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip
video berbaur seks.


Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video
nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan
mengghairahkan.


Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas
memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami
isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing
mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.

"Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan
kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak
berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.


"Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube
untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk
menilai sama ada menerimanya atau tidak," katanya.



Tulah kata2 Gambit semalam selepas menyalahkan blogger atas apa yg berlaku.
Ada ke kata blogger salah, ko yang buat salah, ko tanggung sendiri le
Gambit ooo.. tapi respek le kat Gambit sbb muda lagi dah jadi pengarah kan.

Kepada blogger wordpress daripada blogger blogspot


Banyak juga aku terbaca blogger wp yang kutuk blogger blogspot ni. Jadi aku terpanggil le utk back up blogger blogspot ni.
 
Kepada blogger wp, korang rasa korang dah bagus ke? Blogspot ni google punya tau, sehari berapa banyak korang guna google punya produk? Banyak kan, ha syukur le skit, jgn dok kutuk blogger blogspot yg memang lebih banyak kelebihannya ( hehehe.. nada marah ni cewah ).
 
Korang nak perang dgn blogger blogspot ke? ( macam askar dah ni ). Jangan nyesal ye.
 
Kepada geng2 blogger blogspot, jom kita bentuk pakatan melawan blogger wp.

Keputusan Semakan Temuduga SPA Bagi Latihan Separa Perubatan Taraf Diploma Sesi Julai 2011

Perhatian kepada para pelajar yang memohon untuk masuk ke SPA,disini saya ada maklumat penting untuk memberitahu korang
semua.


Keputusan temuduga bagi Latihan Separa Perubatan Diploma bagi Semenanjung dan Sabah telah pun dikeluarkan.Bagi mana-mana
yang belum menyemak keputusan mereka,bolehlah berbuat berkenaan melalui link yang saya sediakan dibawah ini:-



http://domino.spa.gov.my/online/keputusan_temuduga_sp.php(Semenanjung)
http://domino.spa.gov.my/online/keputusan_temuduga_sp.php(Sabah)


Bagi yang berjaya,saya ucapkan tahniah.=)

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2011 Boleh Disemak Pada 4 Jun 2011

Pasti ramai yang menantikan pemberitahuan ini kan?ramai yang tidak berjaya dalam permohonan baru-baru ini kan?jangan risau
kerana saya ada berita baik untuk korang semua.


Semakan keputusan rayuan Matrikulasi bagi intake 2011 boleh mula dibuat pada 4 Jun 2011 iaitu pada hari esok bermula 12
tengahmalam.Semakan boleh dibuat melalui link dibawah:-



www.moe.gov.my


Bagi yang sudah berjaya ke IPTA,saya ucapkan tahniah dan bagi yang baru berjaya didalam permohonan rayuan ini,cepat-cepat
untuk mendaftar di IPTA masing-masing.


Gunalah peluang ini sebaik-baiknya dan sedarlah bahawa bukan senang untuk ke Matrikulasi @ IPTA sekarang ini.Persaingan
semakin meningkat dan pastikan korang sentiasa berada dihadapan.Insya-Allah,korang akan berjaya kelak.

2563km enjin ok lagi, takde masalah atau bunyi pelik2. Kira masih belum ada benda2 yang tak sepatutnya untuk kereta baru.

2563km enjin ok lagi, takde masalah atau bunyi pelik2. Kira masih belum ada
benda2 yang tak sepatutnya untuk kereta baru.

Jumper aku dah guna tadi untuk jumpkan ke kereta perodua aku yg baterinya
weak. Ok le jumper Toyota Corolla Altis 1.8G ni kan, takde le kecil sangat.
Sekali sambung je dah boleh start enjin perodua kelisa tu.

Park sensor kat depan banyak membantu semasa masuk parking, lambat le sikit
nak hemtam halangan masa park kereta kan,

Jadi pada 2563km, Toyota Corolla Altis 1.8G ok.

( kenapa aku selalu ulang Toyota Corolla Altis 1.8G dengan nama penuh sebab
aku nak main dengan keyword dan SEO supaya blog ni boleh jadi blog rujukan
untuk bakal pembeli Toyota Corolla Altis 1.8G. Ini salah satu cara untuk
senang di kesan oleh google )

Toyota Altis 1.8G | kalau bateri weak, nak baut camne?

Pagi-pagi kereta perodua kelisa aku dah buat hal, bukan apa tapi sebab lama
tak jalan hehehe.. lebih dari seminggu. Jadi baterinya pun dah le weak le
kan.

Sini aku nak kongsi skit sebab mungkin ada yg dah lupa camne nak jump
kereta ni kan.
Kabel jump tu, kalau boleh biar le beso skit, kalau sizenya kecil tak cukup
power.
Langkah2nya:

1. sambung jumper tu ke point bateri weak warna merah
2. sambung kan pulak ke point bateri kuat warna merah
3. sambungkan ke point bateri kuat warna hitam
4. sambungkan ke grounding
5. hidupkan enjin kena yg ada bateri ok, biar enjin hidup beberapa minit
6. start enjin kereta yg bateri weak, hidup le tu dia

Tak hidup jugak, call le aku kalau kejadian ni berlaku di kawasan Shah Alam
dan Subang Jaya. Boleh le aku tolong skit2.

Tip: Kalau tak boleh jugak, cuba disconnect kabel hon dan cuba longgarkan
sambungan ke bateri supaya alarm tak berbunyi.

Harap perkongsian ni membantu.