Pages

15 Kenderaan Curi Dari Malaysia Ditemui Di Thailand

BANGKOK – Lima belas kenderaan curi dari Malaysia yang diseludup masuk ke negara ini pada Januari lepas, dikembalikan kepada polis Malaysia di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerima 14 Toyota Hilux dan sebuah Toyota Fortuner daripada wakil pihak berkuasa Thai di ibu pejabat Kastam Thailand di sini.
Polis Thai dengan kerjasama Kastam Thai yang bertindak atas maklumat yang diterima daripada polis Malaysia, merampas kenderaan curi itu yang dibawa masuk dengan kapal di Pelabuhan Bangkok di Klongtoey dan Pelabuhan Chabang di Chonburi, Januari lepas.
Kesemua 15 kenderaan itu dilaporkan dicuri di Selangor dan Pahang.
Ketua Pengarah Kastam Thailand yang diwakili Pengarah Kastam Pelabuhan Bangkok Vichak Apirugnunchai, Pengarah Kastam Pelabuhan Leam Chabang Paisal Chuen Jit dan wakil polis Thai menyerahkan kenderaan itu kepada Khalid pada majlis itu.
 
 
Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia di Thailand Tajul Aman Mohamad turut hadir dalam majlis berkenaan.
Khalid turut menonton perlawanan ragbi antara pasukan polis dari kedua-dua negara yang diadakan di Stadium Tentera Laut Diraja Thai, Sattahip di Chonburi, semalam. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan