Pages

Apex Kini Duta Produk Brylcreem

 
Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, atau lebih dikenali sebagai Apex, sebelum ini telah dilabelkan sebagai penjaga gol termahal negara berikutan beliau selaku duta daripada pelbagai syarikat terkenal dan sebagai pemain bola sepak sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Terbaru, Apex telah dipilih menjadi duta untuk menjadi wajah kepada produk penjagaan rambut, Brylcreem.

Menurut sumber, pemilihan Apex sebagai produk ini dilihat begitu bertepatan dengan personalitinya yang sentiasa berkeyakinan di dalam dan di luar padang selain memiliki semangat dan keazaman untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburinya.

Apex kini telah meletakkan dirinya sebaris dengan personaliti sukan terkenal lain seperti Kecin Pietersen dan Dabid Beckham yan turut mewakili jenama ini.
 
http://speakerpecah.blogspot.com


Akhlak - Kezaliman Berleluasa Di Akhir Zaman

Hadith:
Daripada az-Zubair bin Adi katanya, "Kami telah menemui Anas bin Malik RA (di Basrah) mengadu beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman) al-Hajaj, jawab Anas RA, "Bersabarlah kamu sekalian, kerana bahawa sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati). Keterangan ini aku dengar daripada Nabi SAW."
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith:
1. Masa yang akan datang lebih berat bagi manusia daripada masa yang berlalu.

2. Keburukan akan berleluasa pada akhir zaman.

3. Seseorang adalah di kehendaki bersegera dan berlumba-lumba beramal dan melakukan kebajikan kerana keadaan pada hari yang lepas lebih baik daripada hari yang akan datang.

4. Seseorang hendaklah menerima dengan sabar dan menghadapi dengan tenang apabila berlaku suatu kezaliman.
 
http://speakerpecah.blogspot.com

Fakta Tentang Jenis Makanan Di Dunia

Ladu adalah sejenis makanan yang berisi daging, keju dan sayur-sayuran. Kebiasannya ia dimakan dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia. Antaranya adalah Won Ton China, Ravioli Itali, Kreplach Yahudi dan Pierogi Poland.
 
Frankfrurter dinamakan sempena nama bandar Frankfrurt di Jerman. Pakar percaya bahawa sosej ini mula dibuat di Jerman pada Zaman Pertengahan. Kira-kira pada tahun 1900, seorang penjual daripada Amerika Syarikat telah menjual Frankfrukter yang dimasak telah dikatakan menyebutnya 'sosej dachshund panas' kerana makanan ini menyerupai anjing dachshund yang berbadan panjang. Berasal daripada istilah tersebut, istilah hot dog mula digunakan dan terus menjadi popular.
 
Hamburger pada asalnya dinamakan stik Hamburg sempena sebuah bandar di Jerman iaitu Hamburg.
 
Telur seratus tahun (l'oeuf cent ans) adalah sejenis makanan istimewa bagi bangsa China di China. Ia adalah telur itik yang diawet. Telur beserta cangkerangnya diawet selama enam bulan dalam campuran abu, kapur, garam dan teh. Pengawetan ini memberi rasa telur tersebut seakan-akan seperti keju.
 
Kon aiskrim mula dihidangkan di Pesta Sedunia St. Louis pada tahun 1904. Sekeping wafel yang nipis dan rangup menjadi kon yang digunakan untuk mengisi aiskrim.
 
Pankek mungkin merupakan makanan yang paling awal disediakan. Pankek yang pertama adalah campuran bijian yang dikisar dan air yang ditebar di atas batu panas. Kini, orang menikmati pelbagai pankek seperti crepe Perancis, palascinta Hungary, dosai India, cannelloni Itali, blintze Yahudi dan blini Rusia.
 
Pavlova ialah pencuci mulut meringue yang dibubuh krim pukul di atasnya. Makanan ini dicipta kerana menghormati penari balet perempuan Rusia, Anna Pavlova yang melawat Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an, Australia dan New Zealand mendakwa telah mencipta hidangan ini.
 
Piza ialah makanan kegemaran antarabangsa yang berasal Itali. Piza ialah perkataan Itali bagi Pai.
 
Pretzels mula dibuat oleh rahib di selatan Eropah sebagai upah kepada pelajar yang menghafal doa mereka. Hujung bersilang pada Pretzels melambangkan tangan yang sedang berdoa.
 
Ikan mentah ialah makanan kegemaran ramai orang. Orang Jepun menggemari sashimi, iaitu hirisan nipis makanan laut mentah. Seviche ialah sejenis pembuka selera Amerika Latin yang popular yang dibuat daripada ikan mentah dengan jus limau nipis. Orang Sweden menyediakan gravad lox, iaitu ikan Salmon segar dengan adas.
 
Sandwic dinamakan sempena nama Earl of Sandwic, bangsawan Inggeris pada tahun 1700-an. Semasa bermain terup, dia meminta pelayannya membawa dua keping roti dengan sekeping daging panggang di antaranya.
 
Croissant adalah sejenis roti digiling yang sangat popular di kalangan masyarakat Barat. Lazimnya, ia dihidangkan semasa sarapan pagi. Dikatakan bahawa nama roti Croissant ini berasal daripada istilah crescent yang membawa maksud bulan sabit. Bulan sabit adalah simbol utama Islam yang digunapakai pada bendera tentera Islam sejak Zaman Pertengahan. Roti ini dibuat bagi meraikan kemenangan tentera pimpinan Charle Martin semasa Perang Tours di Perancis terhadap tentera Islam Dinasti Umawiyyah pada tahun 732.

10 Solat Yang Tidak Diterima Allah

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Pensyarah Ditahan Kerana Dapat Rasuah Seks, Pen Mont Blanc, Ipad Dari Pelajarnya

Seorang profesor Undang-Undang Universiti Nasional Singapura (NUS) dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan rasuah melibatkan habuan daripada seorang bekas mahasiswa wanita sebagai ganjaran memberinya keputusan akademik yang baik.
Tey Tsun Hang, 41 tahun, yang juga merupakan seorang bekas hakim daerah di sini, menghadapi enam tuduhan.
Dia dituduh mengadakan hubungan seks dengan bekas mahasiswa NUS yang bernama Darinne Ko Wen Hui itu, sebanyak dua kali pada/atau 24 Julai dan 28 Julai 2010.
Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Tey memberikan Ko gred yang baik sebagai membalas habuan seks itu.
Tey juga dituduh menerima habuan berbentuk pena berjenama Mont Blanc yang berharga $740, dua kemeja yang ditempah tukang jahit berharga $236.20 dan sebuah iPod Touch bernilai $160 daripada Ko antara Mei dengan Jun 2010.
Ko juga dikatakan telah membayarkan bil Tey yang mencecah $1,278.60.
Tey merupakan seorang Profesor Madya yang mengajar di Fakulti Undang-Undang NUS.
Sementara itu, profil Ko di laman sosial LinkedIn pula menunjukkan Ko menuntut di NUS antara 2008 dengan 2012.
Ko juga dikatakan pernah bekerja sambil belajar di firma guaman terbesar di Singapura, Rajah & Tann, antara 2008 dengan 2010 dan pernah bekerja di firma guaman O'Melveny & Myers antara 2010 dengan tahun lalu.
Menurut laporan akhbar The New Paper, Tey diberkas pada April lalu sementara Ko tidak diberkas tetapi kenyataannya telah diambil.
 
Ko, 23 tahun, didakwa mendekati Tey bagi mendapatkan gred lebih baik bagi kursus elektif yang diambilnya.
Tey memberitahu media di luar Mahkamah Rendah semalam bahawa "tuduhan-tuduhan terhadapnya itu amat serius".
"Kebebasan, kewibawaan dan mata pencarian saya dipertaruhkan.
"Nama baik saya tercemar dan akibatnya keluarga saya juga menderita," kata Tey.
Dalam e-melnya kepada Berita Harian semalam, seorang jurucakap NUS berkata:
 
"Dengan keputusan Peguam Negara memfailkan tuduhan terhadap Profesor Madya Tey Tsun Hang, NUS telah memulakan siasatan dan menggantung khidmatnya.
"Universiti ini memandang serius pelanggaran peraturan. NUS mempunyai Kod Tatalaku yang harus diikuti kakitangannya.
"Jika berlaku sebarang pelanggaran (peraturan), tindakan yang sewajarnya akan diambil termasuk pemecatan bagi pencabulan serius Kod Tatalaku itu."
Kertas pertuduhan Tey menunjukkan dia seorang warga Malaysia dan bertaraf penduduk tetap di sini.
 
Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $100,000 dan kesnya akan didengar lagi pada 3 Ogos ini.
Jika sabit kesalahan, Tey boleh dikenakan denda sehingga $100,000, penjara sehingga lima tahun atau kededuanya sekali bagi setiap kesalahan. (Berita Harian Singapura)

Pembukaan Olimpik London 2012 – Antara Yang Terhebat Dalam Sejarah

Simply Amazing!- itulah ayat paling sesuai untuk menceritakan pembukaan Sukan Olimpik 2012 yang berlangsung di Olympic Stadium di Kota London.
Majlis berlangsung selama hampir 3 jam 45 minit – dengan setiap saat penuh dengan kekaguman. Hampir 80,000 penonton memenuhi stadium berkenaan dengan ratusan juta lagi menonton siaran langsung di seluruh dunia.
 
Obor dinyalakan tujuh remaja dan bukannya oleh seorang seperti tradisi sebelum ini, satu kelainan yang layak diberikan pujian.
Pengisytiharan pembukaan dilakukan Ratu Britain, Ratu Elizabeth.
 
 
Menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada, dari keindahan bumi United Kingdom, sejarahnya yang panjang dan kaya kepada pelakon-pelakon terkenal British seperti Rowan Atkinson (Mr Bean) dan Daniel Craig (James Bond), semua diadun untuk mewujudkan antara pembukaan olimpik yang terhebat pernah disaksikan.
Perancangan selama tujuh tahun bagi menganjurkan Olimpik London 2012 menyaksikan upacara pembukaan awal pagi tadi tertumpu kepada persembahan pentas membabitkan nilai sejarah Britain dan peralihan dari era revolusi perindustrian sehingga kini.
Jumlah peruntukan AS$14.5 bilion disediakan bagi menjamin kelancaran kejohanan prestij yang sudah dianjurkan sebanyak tiga kali sebelum ini dan kali pertama London dipilih sebagai tuan rumah adalah pada 1948
 
Sungguh menarik. Itulah yang penulis mampu ungkapkan. Berbeza berbanding pembukaan lain.
Bagi yang mungkin tidak berkesempatan menyaksikan pembukaan tersebut, link di bawah akan memperlihatkan acara pembukaan di laman Youtube.

Awas Kesan Buruk Merokok Sebaik Berbuka

Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.
Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.
 
Awas Kesan Buruk Merokok Sebaik Berbuka
 
Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.
Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.
Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. –

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi S.A.W

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah
Taala.
 
 
 
 

Rahsia Di Sebalik Meja Snooker (4 Gambar)

Jika sebelum ini kami ada kongsikan tentang sofa boleh diterbalikkan menjadi meja snooker. Kali ini meja snooker menjadi apa pula ? Lihat di bawah!

http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

Tadaaaa.. Air Hockey!
http://speakerpecah.blogspot.com

Semak Laporan Polis Secara Online

Orang awam kini berpeluang menyemak status laporan polis yang dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) bagi memudahkan mereka berurusan dengan pegawai penyiasat.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
SSO termasuk di dalam inisiatif MyDistress yang mana ia memberi peluang kepada orang awam menyemak status laporan polis secara telus, melakukan pembersihan terhadap kawasan dikenal pasti sering berlaku jenayah, meluaskan Program Omnipresence (kehadiran polis) dan meletakkan kumpulan sukarelawan di seluruh negara bagi membendung jenayah pecah rumah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat termasuk nombor telefon pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk kes mereka, status siasatan dan maklum balas pengguna.

Bagi anda yang ingin membuat penyemakan, boleh klik DI SINI.

Apex Kini Penjaga Gol Termahal Negara ?

Penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex kini dipercayai menjadi penjaga gol termahal ketika ini berikutan pendapatannya selaku duta daripada pelbagai syarikat terkenal dan sebagai pemain bola sepak sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, beliau mengakui pendapatan di luar padang penjaga gol berusia 23 tahun itu sudah mencecah ratusan ribu ringgit daripada gaji  yang diterima beliau bermai bersama Kelantan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kafa menaikkan sejumlah gaji yang cukup lumayan sebaik sahaja Apex menandatangani kontrak baru-baru ini. Saya percaya, beliau merupakan penjaga gol termahal ketika ini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kita menawarkan kontrak selama tiga tahun dan Apex bersetuju untuk terus bermain dengan Kelantan. Memang banyak negeri sebelum ini ada menawarkan peluang bermain kepada beliau. Tetapi beliau mengambil pendekatan duduk berbincang dengan saya mengenai masa depannya bersama Kelantan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

"Saya bangga dengan sikap beliau, tidak tergopoh-gapah di dalam membuat sesuatu keputusan. Apex merupakan produk Kelantan dan sudah pasti kita mahu bentuk personaliti beliau bukan setakat di dalam tetapi juga di luar padang," katanya.

Johan As’ari Mengaku Luahan Cinta Dalam Twitter Untuk Nabila

Pelakon Johan As'ari atau dikenali dengan nama 'botak' menjelaskan luahan hati yang dibuat dalam Twitter miliknya pada 20 Julai lalu adalah sememangnya ditujukan kepada aktres Nabila Huda.
Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 26, berkata, luahan yang mempunyai unsur-unsur cinta dan sayang itu adalah menggambarkan hubungan akrabnya dengan wanita berkenaan buat masa ini.
"Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain.
"Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih.
"Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum," katanya.
 
 
 
Antara luarahan perasan Johan terhadap nabila di Twitter.
 
Tambah Johan, dia meletakkan ungkapan cinta itu sebagai satu perasaan yang besar untuk dilalui bagi sesebuah pasangan dan lebih suka sekiranya perasaan cinta antaranya dan Nabila mula terbit apabila kedua-dua mereka berkahwin.
"Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak.
"Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah.
"Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung," tuturnya yang meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usia 28 tahun.
Dalam pada itu, walaupun ramai yang mempersoalkan keberaniannya meletakkan entri tersebut, Johan tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu kerana ia adalah salah satu tanda penghargaan kepada Nabila yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.
Sementara itu, Johan akan muncul dengan drama Shahadah Cinta menerusi saluran TV Al-Hijrah dan Oh Haram Tu (TV3) pada September depan.

Panduan Solat Tarawih Dan Bacaan Bilal Solat Tarawih & Doa

Marhaban Yaaa Ramadhan. Bulan suci ramadhan kini kembali tiba dan sentiasa kita melakukan puasa ramadhan serta solat tarawih ba'da s0lat Isya. Dalam pelaksanaan s0lat tarawih terdapat seorang bilal. Bagi Anda yang kebetulan mendapat tugas tersebut dan belum hafal bacaannya, berikut kami kongsikan bacaan bilal solat tarawih bahasa arab, bacaan bilal tarawih lengkap, serta bacaan doa solat tarawih.
Bacaan bilal pada solat tarawih mungkin akan berbeda pada setiap jama'ah. Namun demikian, masing-masing mempunyai pedoman. Bacaan bilal tarawih di bawah ini merupakan bacaan bilal solat tawarih 20 rakaat + 3 rakaat solat witir atau sering disebut bacaan bilal solat tarawih 23 rakaat. Dimana pada setiap 4 rakaat shalat tarawih akan dibacakan bacaan bilal dan pada rakaat terakhir atau rakaat 20 solat tarawih, maka akan membaca doa solat tarawih, yang kemudian di susul dengan solat witir 3 rakaat.
 
 
Bacaan pertama : ketika hendak melakukan solat tarawih
صلّواسنة التراويح ركعتين جماعة رحم كم الله،
اللهم صل على محمد (2ء)
اللهم صل على سيدنا ومولا نامحمد
Bacaan Bilal Tarawih : Rakaat 1- 4
الخليفة الاولى امير المؤ منين سيدنا ابو بكر الصديق.
اللهم صل على محمد (2ء)
اللهم صل على سيدنا ومولا نامحمد
Alkhooliifatul uulaa amiirul mu'miniina sayyiduna abuu bakri nissiddiikh
Allahumma sholli 'alaa muhammad (2x)
Allhumma sholli 'alaa sayyidinaa wamaulaanaa muhammad.
Bacaan Bilal Tarawih : Rakaat 5 – 8
الخليفة الثانية امير المؤ منين سيدناعمر ابن الخطاب.
اللهم صل على محمد (2
اللهم صل على سيدنا ومولا نامحمد
Alkhooliifatuts tsaani amiirul mu'miniina sayyidunaa umar ibnu khottaab.
Allahumma sholli 'alaa muhammad (2x)
Allhumma sholli 'alaa sayyidinaa wamaulaanaa muhammad.
Bacaan Bilal Tarawih : Rakaat 9 – 12
الخليفة الثالثة اميرالمؤمنين سيدنا عثمان ابن عفان.
اللهم صل على محمد (2
اللهم صل على سيدنا ومولا نامحمد
Alkhooliifatuts tsaalisata amiirul mu'miniina sayyidunaa usman ibnu affan.
Allahumma sholli 'alaa muhammad (2x)
Allhumma sholli 'alaa sayyidinaa wamaulaanaa muhammad.
Bacaan Bilal Tarawih : Rakaat 13 – 16
الخليفة الرابعة اميرالمؤمنين سيدناعلى ابن ابى طالب.
اللهم صل على محمد (2
اللهم صل على سيدنا ومولا نامحمد
Alkhooliifatur raabi'ata amiirul mu'miniina sayyidunaa 'ali ibnu abi thoolib.
Allahumma sholli 'alaa muhammad (2x)
Allhumma sholli 'alaa sayyidinaa wamaulaanaa muhammad.
Bacaan Doa Solat Tarawih (Rakaat terakhir / 20)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ : اَلْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًايُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ , اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ , اَللَّهُمَ اجْعَلْنَا بِاْلاِيْمَانِ كَمِلِيْنَ , وَلِلْفَرَائِضِ مُؤَدِّيْن . وَللِصَّلاَةِحَافِظِيْنَ , وَللِزَّكَاةِ فَاعِلِيْنَ , وَلِمَاعِنْدَكَ طَالِبِيْنَ , وَلِعَفْوِكَ رَاجِيِّنَ , وَبِاْلهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ , وَعَنِ اللَّغْوِمُعْرِضِيْنَ , وَفىِ الدُّنْيَازَاهِدِيْنَ , وَفىِ اْلاخِرَةِرَاغِبِيْنَ , وَبِالْقَضَاءِرَضِيْنَ , وَبِالنَّعْمَاءِشَاكِرِيْنَ , وَعَلىَ اْلبَلاَءِصَابِرِيْنَ , وَتَحْتَ لِوَءِ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍصَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ , وَاِلىَ اْلحَوْضِ وَارِدِيْنَ , وَاِلىَ اْلجَنَّةِدَلخِلِيْنَ , وَمِنَ النَّارِنَاجِيْنَ , وَعَلَ سَرِيْرِاْلكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ , وَمِنْ حُوْرِاْلِعَيْنِ مُتَزَوِّجِيْنَ , وَمِنْ سُنْدُ سٍ وَاِسْتَبْرَقٍ وَّدِيْبَاحٍ مُتَلَبِّسِيْنَ , وَمِنْ طَعَامِ اَلجَنَّةِ آ كِلِيْنَ وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفًى شَارِبِيْنَ , بِاَكْواَبٍ وِّاَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْن , مَحَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِْدِّ يْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِوَالصَّلِحِيْنَ , وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا , ذَلِكَ اْلَفَضْلُ مِنَ الله وَكَفىَ بِاللهِ عَلِيْم ً , اِنَّ الله وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلىَ النَّبِيّ يَاَيُّهَاالَّذِ يْنَ اَمَّنُواصَلُّواعَلَيْهِ وَسَلِّمُوْاتَسْلِيْمَا وَصَلَّى الله عَلَ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍوَّعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَاْلحَمْدُ لله رَبِّالْعَالَمِيْن .
Kemudian dilanjutkan dengan Solat Witir 3 Rakaat.
Bacaan bilal solat witir 2 rakaat.
صلوا سنة الوتر ركعة جماعة أثابكم الله
Bacaan bilal solat witir 1 rakaat.
صلوا سنة الوتر ركعة مع القنوت أثابكم الله
Note:
* Pada praktiknya, bacaan bilal tarawih tidak harus pada rakaat-rakaat seperti diatas. Jadi sesuaikan saja dengan lokasi Anda (bagaimana umumnya)
* Bacaan bilal witir yang terakhir (disertai qunut) biasanya setelah tanggal 15 ramadhan atau 10 hari terakhir ramadhan.

Pengendali Blog Tuntut Tunggakan Gaji

AYER KEROH – Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370.
 
Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kirakira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog.
Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.
Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.
 
Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.
"Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan," katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam.
Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.
 
"Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.
"Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini," katanya.
 
Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.
"Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya.

Insaf, rancangan temubual TV3 sempena Ramadan 2012

Insaf (4 episod) - Setiap Khamis, 5.30 ptg – 6.00 ptg, mulai 26 Julai

INSAF, rancangan temubual yang dihoskan oleh Ustaz Mohd Erfino Johari mengangkat kisah benar kehidupan masa lampau empat individu dimana hidup mereka jauh dari pegangan agama.

Penonton akan mendengar, memahami dan mempelajari kisah hidup mereka dengan emosi yang menyentuh jiwa.

Antara topik-topik yang dipaparkan ialah Pusher, Benih Beracun, Bunga Khayal dan Hero Tapi Hancur. Mereka mencari sesuatu yang hilang iaitu Agama dan Tuhan.

Bagaimana kesemua mereka kembali insaf dan menemui titik perubahan dalam kehidupan?

Promo Insaf - Pusher (RAIKAN RAMADAN DENGAN KEINSAFAN)

Apakah Hukum Jabat Tangan Dan Hadir Kenduri Bukan Islam?

Apakah hukum kita jabat tangan dengan bukan Islam dan apa pula hukum kita menghadiri kenduri jemputan mereka. Haruskah? Atau haramkah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Persoalan: Kita adalah negara berbilang kaum. Tentunya kita berkawan, berjiran dan bekerja dengan bangsa cina yang kebanyakannya makan khinzir atau memelihara anjing.
1) Perlukah kita menyamak tangan setiap kali berjabat tangan atau menerima sesuatu pemberian dari mereka?
2) Adakah kita mesti mengelak atau memberi alasan setiap kali bila undangan harijadi atau rumah terbuka pada tahun baru Cina di rumah mereka?
 
Jawapannya
Sebagai seorang Islam yang baik dan menghayati ajaran Islam dengan sempurna akan melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah. Sebagai seorang muslim dia perlu menjadi tauladan atau contoh yang baik sepertimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah. Dengan contoh tauladan yang baik, ini dapat menarik minat orang-orang bukan Islam untuk lebih mengenali Islam dengan lebih baik lagi. Hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
"Sampaikanlah walaupun dengan satu ayat" (Riwayat Al-Bukhari)
 
 
gambar hiasan
 
 
 
Berkawan atau berjiran dan bekerja dengan non muslim atau bangsa lain itu tidak salah dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.Malah berkawan dengan orang bukan Islam adalah sebahagian metode dakwah yang paling baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada mereka. Kalaulah haram kita berkawan dengan mereka bagaimana kita hendak berdakwah kepada mereka dan bagaimana kita hendak mendekati mereka. Tentu mereka akan merasa bahawa Islam telah menyisihkan mereka dan Islam juga adalah agama yang memusuhi semua agama.
Buktinya dapat kita lihat kewujudan negara Islam yang pertama iaitu Madinah, rakyatnya terdiri dari berbilang kaum dan agama. Malah Islam memberi jaminan keselamatan kepada mereka dengan wujudnya piagam Madinah. Hal ini juga telah dipersetujui oleh mereka dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah.
Orang non muslim yang ada di negara kita ini bukan kafir harbi sepertimana yang telah didakwa oleh sesetengah pihak yang kononnya mereka ini adalah kafir harbi disebabkan mereka tegas dengan sesuatu kaum. Sepatutnya kita kena faham dan tahu maksud kafir harbi itu dahulu baru mendakwanya. Kafir harbi ini adalah orang bukan Islam yang menentang hukum Allah dan menzalimi atau memusuhi Islam seperti Yahudi yang merampas dan membunuh umat Islam Palestin, Tentera Amerika atau NATO yang menjajah dan membunuh umat Islam Iraq dan Afghanistan. Firman Allah yang bermaksud :
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil." (Al-Muntahanah : 8)
1. Perlukah Sertu Setelah Berjabat Tangan Dengan Mereka
Firman Allah yang membawa maksud :
"Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah : 28)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradhawi memetik kata Imam Shaukani rh bahawa apa yang dimaksudkan adalah najis tersebut bukanlah najis hissiyah, bahkan ia adalah najis hukum. Ini bermaksud bahawa aqidah orang-orang kafir ini yang najis, dan bukanlah fizikal badan mereka.
Kesimpulan yang dapat kita ambil dari pendapat di atas, orang yang bersalam dengan orang kafir tidak perlu membersihkan tangannya kerana mereka tidak menanggung najis. Memang mereka makan dan pegang najis yang berat iaitu najis muqallazah seperti anjing dan babi. Tetapi yang kita salam itu bukan ain (najis yang dapat dilihat) najis ia cuma tangan manusia biasa.
Untuk memperkukuhkan lagi hujah ini, ada riwayat yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw pernah minum dan mengambil wuduk dari bijana orang musyrikin dan baginda juga pernah makan makanan hidangan orang kafir.
2. Menghadiri Majlis Rumah Terbuka Atau Hari Jadi Orang Kafir
Menghadiri majlis rumah terbuka atau sebagainya adalah harus selagimana yang tidak melibatkan perayaan atau upacara keagamaan mereka. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata :
"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."
Larangan ini bertujuan untuk menghindarkan diri kita dari melakukan apa-apa upacara yang melibatkan keagamaan kerana ia melibatkan akidah atau kepercayaan kita. Takut-takut nanti tertarik pulak dan timbul bisikan dalam hati yang mengatakan bahawa agama kafir ini adalah baik dan mudah dari Islam, ini boleh menyebabkan akidah kita menjadi rosak.
Jamuan yang dihidangkan oleh orang bukan Islam yang tidak melibatkan benda-benda yang syubhah boleh dimakan seperti KFC, air kotak, air botol, masakan orang muslim atau seumpamanya boleh dimakan. Kalau hidangan yang jelas haram seperti arak, babi atau sebagainya tidak boleh dimakan oleh orang muslim. Sepatutnya sebelum menghadiri majlis tersebut, terlebih dahulu kita memberi penerangan kepada kawan bukan Islam kita supaya ia lebih faham tentang halal dan haram yang terdapat dalam Islam.
Penutup
Harus bersalam dengan orang bukan Islam kerana jasad mereka tidak najis, tetapi yang najis adalah akidah mereka. Harus juga bagi orang muslim untuk menghadiri majlis kenduri yang dianjurkan oleh orang bukan Islam selagimana ia tidak melibatkan majlis keagamaan mereka. Jamuan yang disediakan yang tidak melibatkan benda-benda haram atau syubhah harus dimakan. Tidak sepatutnya kita meminggirkan orang bukan Islam, kerana mendekati mereka boleh menarik minat mereka terhadap agama Islam yang sentiasa membawa kedamaian kepada semua bangsa agama.

Cara Unik China Nak Elak Rakyatnya Tidur Bawah Jambatan

Masalah kebanjiran golongan gelandangan yang menjadikan jambatan sebagai rumah atau tempat tidur mereka amat memeningkan kerajaan China.
Justeru bagi mengelakkan tempat-tempat sebegitu terus menjadi tumpuan dan 'menyakitkan' mata, pihak berkuasa di sana tampil dengan satu cara yang agak 'kreatif'
Lihat saja gambar yang tertera dan anda akan faham apa yang cuba disampaikan.
Namun ada yang berpendapat ia merupakan kaedah yang agak 'kejam' dan membahayakan pengguna jalan raya khususnya penunggang motorsikal jika berlaku kemalangan.
Apa kata anda? (Gambar dari mediamalaya.com)
 
 
 
 
 

Saiz Kaki Lelaki Gergasi Setinggi 2.34 Meter Diukur

CANTON, Amerika Syarikat (AS) – Seorang lelaki paling tinggi di sini, Igor Vovkovinskiy mengunjungi ibu pejabat syarikat kasut Reebok di sini kelmarin untuk mengukur saiz kasutnya dengan harapan dia dapat menjalani kehidupan secara normal.
Vovkovinskiy berkata, sejak enam tahun lalu, dia menjalani 16 pembedahan selepas ditimpa pelbagai masalah kesihatan akibat memakai kasut yang tidak sesuai.
"Selama enam tahun, saya cuma terperap di dalam rumah," kata Vovkovinskiy yang setinggi 2.34 meter.
"Saya berhasrat untuk bersiar-siar di sekitar kawasan kejiranan sambil ditemani anjing peliharaan saya," tambahnya.
Proses mengambil ukuran kaki Vovkovinskiy dilakukan oleh beberapa juruteknik dengan bantuan mesin canggih bagi memastikan saiz kasut yang tepat.
Reebok menyatakan, kos untuk membuat kasut Vovkovinskiy adalah antara AS$12,000 (RM36,531) hingga AS$20,000 (RM60,885).
 
Vovkovinskiy, 29, berasal dari Ukraine tetapi pada usia tujuh tahun, dia dan ibunya berpindah ke negeri Minnesota bagi mendapatkan rawatan penyakit kelenjar pituitari yang menyebabkan ketinggiannya menjadi luar biasa.
Ketika itu, Vovkovinskiy memiliki ketinggian 1.83 meter. – Agensi

Sedih! Cara Ibu-Ibu Di China Menjaga Anak Mereka Ketika Sedang Bekerja

Apabila ibu bapa di China tidak mampu membayar dan membawa anak mereka ke penjagaan kanak-kanak, mereka meninggalkan anak-anak mereka di tempat kerja atau meletakkannya di jalan-jalan dengan diikat.
 
 
 
 
 
 
sumber: tabekpuang.blogspot.com

6 Tips Untuk Muslimah Elak Dari Jenayah Rogol

Setiap hari kita disajikan dengan pelbagai berita jenayah yang sering menjadikan golongan wanita yang bersifat lemah dan tidak berdaya sebagai mangsa, khususnya membabitkan jenayah rogol, cabul dan sebagainya.
Meskipun negara kita mempunyai undang-undang dan pihak berkuasa yang menguatkuasakan segala peraturan tersebut, jenayah seksual masih terjadi seolah-olah tiada kesudahan.
Justeru, penulis ingin berkongsi beberapa tips dan panduan untuk golongan hawa bagi mengelakkan diri dari dizalimi oleh manusia-manusia durjana tersebut.
1. Berpakaian menutup aurat sebagaimana yang dianjurkan Islam – Sebagaimana kita tahu Islam itu lengkap dan perlu dijadikan rujukan pertama untuk sebarang masalah yang kita hadapi.
Aurat merupakan kewajipan yang ditetapkan Allah SWT melalui RasulNya, Muhammad SAW, kepada seluruh umat Islam dan antara hikmahnya ialah mengelak dari perbuatan jahat segelintir manusia terhadap golongan muslimah.
Misalnya, riwayat mengisahkan bagaimana seorang muslimah berhijab yang berjalan seorang diri dan dihampiri oleh sekumpulan lelaki yang berniat menjadikannya alat pemuas nafsu. Kumpulan lelaki itu pada mulanya membayangkan wanita itu sebagai masih muda dan jelita.
Bagaimanapun, setelah menghampiri muslimah itu, mereka dapati dia hanya berselindung di sebalik hijab dan wanita itu sudah tua, tidak mengghairahkan serta berkedut-kedut kulitnya. Ia menjadikan mereka 'tidak lagi berselera' untuk meneruskan niat buruk mereka dan jelas sekali aurat muslimah itu telah menyelamatkannya dari bahaya rogol tersebut.
 
 
2. Tidak mengenakan pakaian yang seksi – Ramai yang beranggapan memakai tudung dikepala sudah cukup memadai untuk menutup aurat. Namun tidak ramai yang tahu dan mempraktikkan pemakaian yang longgar, labuh dan fabrik berwarna gelap dalam etika pemakaian mereka.
Masih ramai yang bertudung, tapi seksinya mengalahkan artis. Berseluar dan berbaju-T, berlengan panjang yang ketat begitu popular di kalangan remaja sekarang – mereka menganggap pakaian begitu mengikut trend busana muslimah yang terkini.
Berpakaian seksi dan menampakkan bentuk tubuh sebenarnya menambahkan lagi keinginan seksual lelaki buas untuk merogol wanita yang berpakaian begitu, tanpa mengira sama ada wanita itu muslimah atau tidak.
Justeru, bagi wanita yang menghargai maruah dan harga dirinya, disarankan agar tidak mengenakan pakaian seksi.
 
3. Berdoa kepada Allah – Rasulullah SAW di dalam hadisnya pernah bersabda;
"Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" – Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, Imam Ahmad.
Doa tersebut berbunyi begini: "Bismillahil lazi la yadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi wa la fis samaa'ie, wahuwas sami'ul 'aliim". (Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui, – Dibaca tiga kali setiap pagi.
 
4. Mempelajari sedikit asas teknik mempertahankan diri – Kini kerajaan menggariskan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah dan salah satu aktiviti yang diketengahkan ialah seni bela diri.
Pelbagai jenis seni Silat, Taekwondo, Judo, Karate, Aikido, Wushu, Silambam, Kalaripayat dan sebagainya diperkenalkan di kalangan pelajar.
Disarankan agar golongan pelajar perempuan mengikuti aktiviti tersebut bagi mempertahankan diri mereka dari sebarang bahaya, khususnya dari mereka yang berniat menyerang mereka secara seksual.
 
5. Semburan Lada – Satu alat yang menyemburkan serbuk lada. Sangat terkenal di barat dan kurang diberi perhatian kepentingannya di negara ini. Ia boleh didapati di kedai-kedai penjagaan kesihatan seperti Watson, Guardian atau seumpamanya.
Wanita digalakkan memilikinya sebagai pertahanan terakhir sekiranya gagal melepaskan diri.
 
6. Elakkan dari mengikut lorong atau jalan yang sunyi seorang diri – Sekiranya berhajat sangat mahu ke suatu tempat dan diketahui jalan menuju ke lokasi itu sunyi dan terasing, disarankan agar membawa teman yang boleh diharapkan.
Jika boleh, bawalah lebih dari seorang teman dan merupakan mahram muslimah tersebut. Terbaiknya, bawalah ibubapa sebagai peneman anda.
Semoga kita semua dihindarkan dari segala bahaya dan semoga kita tidak mencari bahaya itu sendiri. Insyaallah

Pesawat Ditemui Setelah 70 Tahun Hilang

Seperti yang kita tahu, perang dunia merupakan satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang termasuk orang awam dan tentera.
Semasa peperangan tercetus, terdapat sebuah pesawat perang dunia ke-2 yang hilang selama 70 tahun dan kini ia berjaya ditemui semula. Pesawat Kittyhawak P-40 tersebut adalah milik tentera British Royal Air Force dan diterbangkan oleh Sarjan Dennis Copping. 
Pesawat tersebut berpengkalan di Mesir semasa kempen Afrika Utara terhadap Rommel. Pesawat yang didapati mengalami kerosakan tersebut diarahkan untuk dibawa ke pengkalan lain untuk dibaiki.
 
Semasa di dalam perjalanan, pesawat tersebut didapati hilang kawalan pada Jun 1942 dan kehilangannya menjadi misteri.Setelah 70 tahun, pesawat tersebut berjaya ditemui semula di Gurun Sahara dalam keadaan serba lengkap seperti tidak diusik oleh sesiapa.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nasib juruterbang tersebut pula dikatakan selamat semasa ianya terhempas melalui penemuan sisa-sisa payung terjunnya dan juga radio rosak yang dikeluarkan daripada pesawat menunjukkan beliau cuba untuk menghubungi pengkalan.

Harga Setem Surat Biasa Dan Kad Raya

Dah lama tak gunakan perkhidmatan pos untuk mengirimkan surat. Dulu harga setem hanya 30 sen. Bila dekat-dekat musimperlu menjejak kaki ke pejabat pos untuk kirimkan kad selamat hari raya, tercari-cari juga harga setem untuk surat biasa dan kad raya.
Maklumat dari pos.com.my, surat biasa dan kad raya adalah dalam kategori 'mel standard' yang bermaksud suatu surat yang bersampul yang boleh dilentur dan yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:
Berat Maksimum sehingga 50gm.
 
Saiz
  • Minimum :140 mm (panjang) x 90 mm (lebar)
  • Maksimum: 250 mm (panjang) x 165 mm (lebar)
Ketebalan
  • Ketebalan Minimum : 0.25 mm
  • Maksimum: 6.00 mm
Ketebalan
  • Kertas yang tidak berkilat dan berwarna putih atau mempunyai ton warna yang lembut di bahagian hadapan sampul
  • Tidak dicetak timbul dan tidak mengandungi apa-apa tebukan
  • Dilekatkan sepenuhnya
 
 
ukuran surat yang boleh digunakan
Harga setem untuk surat standard ( termasuk kad raya )
  • Sehingga 20gm 0.60 sen
  • Lebih 20gm – 50gm 0.70 sen
Pejabat pos dibuka setiap hari
  • Isnin – Jumaat : 8.30 pagi to 8.00 malam
  • Sabtu: 8:30 pagi to 5:00 ptg
( kecuali Sabtu pertama setiap bulan atau Cuti Umum )
 
 
Ini lagi satu maklumat, sampul surat berwarna terang tidak dibenarkan.
Surat yang digam atau tidak, harga setem adalah sama iaitu 60 sen.
Oktober 2010 kali terakhir saya pos surat menggunakan sampul surat panjang biasa yang berwarna cokelat yang diisikan sekeping cek,  dikenakan setem  0.80 sen

Warga Asing Sorok Barang Dalam Kain

PARIT BUNTAR - Sebuah pasar raya terkemuka di sini mengalami kerugian kira-kira RM2,000 apabila sebahagian barang runcit remis itu dicuri oleh sekumpulan individu disyaki warga asing secara terancang, minggu lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Penyelia pasar raya, Eau berkata, kejadian berlaku pada 13 Juali lalu kira-kira jam 7.30 malam apabila empat lelaki dan tiga wanita warga asing sempat melarikan tiga beg berisi pewangi kenderaan, barangan makanan dan lampin pakai buang setelah berlagak seperti pelanggan pada mulanya.

Menurut Eau, kesemua suspek didapati memasuki premis itu secara serentak setelah dihantar seorang individu lain dengan menggunakan sebuah kereta.

sila lawat http://speakerhttp://speakerpecah.blogspot.compecah.blogspot.com
"Kesemua suspek masuk ke dalam kedai secara berpisah dan memenuhkan raga dengan barangan runcit sebelum berkumpul di suatu penjuru kedai yang terlindung daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memasukkan barang ke dalam beg.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Berdasarkan siasatan kamera CCTV, kami mendapati terdapat seorang wanita yang bertindak memantau pergerakan pekerja kedai dan jika ada kakitangan kami meluru ke arah mereka, wanita terbabit terus berpura-pura bertanyakan barang untuk mengalih perhatian," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menyedari perbuatan licik kumpulan itu ekoran keadaan kedai yang sesak dipenuhi pelanggan, namun dari rakaman CCTV mendapati mereka menyembunyikan satu beg barangan yang dicuri di dalam kain salah seorang suspek wanita (gambar).

"Rakaman CCTV jelas menunjukkan mereka memasukkan beg berisi barang dicuri ke dalam kain salah seorang suspek.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Dua lagi beg dilarikan seorang suspek wanita tidak bertudung manakala suspek lain beredar dari kedai sebaik sahaja menerima panggilan telefon kira-kira 15 minit kemudian," katanya.

Eae berkata, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Parit Buntar pada malam kejadian dan pihak mengesyaki kes kecurian itu dilakukan oleh sindiket curi barang runcit.

S.A.M Gagal Puaskan Hati Shaheizy Sam?

Walaupun ramai yang berpuas hati dan memuji lakonan Shaheizy Sam dalam filem S.A.M (Saya Amat Mencintaimu), namun pelakon pujaan ramai ini mengakui dia masih belum berpuas hati dengan lakonannya. Jelas lelaki ini, watak seorang psiko itu boleh dijayakan oleh sesiapa sahaja kerana skopnya terhad.
 
"Bidang lakonan ini skopnya sangat besar. Tapi watak-watak yang pernah saya bawakan sebelum ini skopnya tidak besar mana pun. Saya dambakan watak yang lebih meluas skopnya. Saya cakap begini bukan kerana cerita ini tidak bagus, tetapi saya nantikan watak yang boleh menguji keupayaan lakonan saya seperti watak Budi dalam '29 Februari'. Saya rasa watak itu sangat mencabar kerana dia perlu melalui beberapa zaman berbeza, dari kecil sehinggalah ke usia tua. Watak psiko rasanya ramai pelakon yang boleh buat," ujar Sam berterus-terang.
 
 
Bercerita tentang kerjasamanya dengan Pengarah Malaysia Termuda Malaysia Book Of Records, Shafiq Yusof, Sam memberitahu dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan pengarah itu. Jelas Sam, Shafiq seorang pengarah yang tahu apa yang dikehendaki.
"Arahannya sangat jelas dan saya boleh memahaminya dengan baik. Walaupun dia sangat muda, tetapi Shafiq membuktikan dia boleh berikan yang terbaik. Dia tahu apa yang dia nak. Saya berpuas hati dengan garapan filem ini. Mula-mula dapat skrip,  memang saya rasa ceritanya macam mengarut, tetapi sebaik penggambaran bermula saya jadi yakin. Kalau peminat filem tempatan boleh terima filem bergenre cinta psiko ini, tidak mustahil 'S.A.M' mendapat kutipan memberangsangkan. Semuanya terletak di tangan penonton," ujar Sam lagi.
Sementara itu, Sam juga mendedahkan sepanjang 36 hari penggambaran berlangsung, dia mengalami demam sebanyak tiga kali. Ini kerana peranannya sebagai Sam dalam filem ini agak berat kerana memerlukan kekuatan fizikal untuk aksi-aksi pergaduhan yang dipaparkan.
'S.A.M' akan menemui penonton di seluruh negara bermula Aidifitri ini iaitu 19 Ogos hadapan. Selain dibintangi oleh Shaheizy Sam, filem ini turut menampilkan Lisa Surihani sebagai heroin, Syamsul Yusof, Neelofa dan Azad Jazmin sebagai pelakon pembantu.