Pages

Hyundai, Kia panggil semula hampir 1.9 juta kenderaan di AS

WASHINGTON - Pengeluar automobil Korea Selatan Hyundai dan Kia memanggil semula hampir 1.9 juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS) berhubung masalah lampu brek dan beg udara.
Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan AS (NHTSA) memberitahu semalam bahawa masalah lampu brek itu melibatkan model kenderaan Hyun dai dan Kia yang dikeluarkan antara 2007 hingga 2011.
Menurut NHTSA, tindakan tersebut diambil oleh Hyundai dan Kia bagi membaiki lampu brek yang tidak menyala apabila pedal brek ditekan sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.
Hyundai memberitahu, pihaknya memanggil semula se bahagian model kenderaan Accent, Tucson, Elantra, Santa Fe, Veracruz, Genesis Coupe dan Sonata.
Kia pula mengambil tindakan serupa melibatkan model Rondo, Sportage, Sedona, Soul dan Optima.
Sebagai tambahan, Hyundai turut memanggil semula sebahagian model Hyundai Elantra keluaran 2011 hingga 2013 bagi membaiki braket beg udara yang mungkin melayang keluar apabila beg udara berfungsi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan