Pages

Sindiket atur kahwin palsu tumpas

Madrid: Polis di Sepanyol dan tiga negara Eropah lain berjaya menumpaskan satu sindiket mengatur perkahwinan palsu lelaki Pakistan tanpa dokumen dengan wanita Portugis untuk bagi membolehkan mereka mendapatkan permit penduduk.

Antara 26 ditahan termasuk ketua sindiket terbabit, kata polis Sepanyol.
"Beliau ditahan Februari lalu di Barcelona," kata pegawai polis Sepanyol yang menjalankan siasatan bersama polis Portugis, Britain dan Perancis, dalam satu kenyataan.


Tujuh suspek anggota rangkaian itu ditahan di Portugal, di mana sindiket terbabit mengupah wanita untuk berkahwin, manakala 11 suspek ditahan di Perancis di mana sindiket berkenaan memiliki cawangan untuk merekrut pendatang haram Pakistan.

Tujuh lagi suspek ditahan di Britain.

"Bagi mengesahkan perkahwinan pendatang haram Pakistan terbabit, mereka mengatur perkahwinan dengan wanita Portugis yang diupah kumpulan itu," kata polis dalam kenyataan itu.

Kumpulan berkenaan beroperasi di Sepanyol, Perancis, Portugis, Jerman, Denmark dan Belanda.
Polis juga mengesyaki kumpulan terbabit melakukan penipuan bank dan pemalsuan dokumen.

Guna nama palsu

Polis Sepanyol berkata kumpulan terbabit akan membawa wanita Portugis itu ke Perancis di mana mereka akan membuka akaun bank dalam jumlah wang yang banyak di bawah nama palsu untuk meyakinkan pengurusan bank.

Wanita Portugis yang direkrut kumpulan terbabit kemudian akan memohon pinjaman yang tidak akan dibayar semula sebelum menutup akaun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan