Pages

Nasim lancar Peugeot 208

PETALING JAYA 17 April - Pengedar rasmi jenama Peugeot tempatan, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) menyasarkan menjual 200 buah kereta segmen B baharunya iaitu Peugeot 208 tahun ini
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Samson Anand George berkata, 208 telah dilancarkan di pasaran antarabangsa pada Disember tahun lalu dan setakat ini sebanyak 300, 000 buah telah terjual.
"Model baharu ini merupakan model pertama Peugeot yang dilancarkan Nasim tahun ini dan bakal menjadi perintis kepada usaha untuk memecahkan rekod jualan tahunan iaitu 8, 000 buah, meningkat 30 peratus berbanding 2012.
"Peugeot 208 ini menawarkan hampir kesemua kehendak pelanggan dan kami menyasarkan menjual 200 buah sebulan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kereta baharu berkenaan di sini malam ini.
Peugeot 208 ditawarkan dalam dua pilihan rekaan iaitu tiga pintu dan lima pintu dengan masing-masing dijual pada harga RM95,888 dan RM85,888.
Dari segi aspek keselamatan, 208 menawarkan enam beg udara, kerangka kukuh jenis VHSS, program keselamatan elektronik (ESP) , sistem radar undur, sistem bantuan brek kecemasan (EBA) dan banyak lagi.
Model ini didatangkan dalam lima warna pilihan putih, hitam, biru, merah dan perak. Peugeot turut menawarkan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan