Pages

Undang-undang pakaian untuk orang Islam

Banda Aceh: Majlis Perundangan Bireuen di Aceh sudah menyiapkan satu draf undang-undang kecil mengenai tatacara berpakaian bagi wanita dan lelaki Islam.

Ketua Majlis Perundangan Bireuen, Ridwan Muhammad memberitahu Jakarta Globe, pihaknya membincangkan kandungan undang-undang kecil Islam, juga dikenali sebagai kanun di mana ulama tempatan dan tokoh umum menambah bahawa majlis terbabit perlu mendapatkan pandangan umum sebelum meluluskan undang-undang kecil berkenaan.
"Tumpuan kanun mengenai pemakaian Islam adalah untuk memastikan semua penduduk Bireuen, orang dewasa lelaki dan perempuan menutup aurat mereka," kata Ridwan.


Pelaksanaan dikaji

"Pelaksanaan (undang-undang kecil) akan dikaji dan dipertingkatkan membabitkan pelbagai pihak."

Ridwan berkata pihaknya memutuskan untuk membincangkan undang-undang kecil terbabit selepas mendapati penduduk di daerah itu tidak berpakaian mengikut cara Islam seperti wanita memakai jeans dan pakaian ketat, manakala lelaki memakai seluar pendek apabila keluar rumah.

"Jadi tujuan cadangan kanun ini adalah untuk manfaat penduduk Bireuen berpakaian mengikut ajaran Islam di mana semua orang dewasa Islam perlu menutup aurat mereka," kata Ridwan, seorang ahli politik dari Parti Aceh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan