Pages

Tahniah - Rajagobal calon jurulatih terbaik AFF

Kuantan: Pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal adalah antara calon yang tersenarai untuk menerima anugerah Jurulatih Terbaik Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang akan diadakan buat julung kali di sini, hari ini.

Beliau adalah antara empat jurulatih yang disaring ke peringkat akhir bersama jurulatih Singapura, Radojko Avramovic, Winfried Anton Schafer (Thailand) dan Hans Micheal Weiss (Filipina).
Menurut kenyataan pihak penganjur, anugerah lain ialah Pengadil Terbaik (Lelaki & Wanita), Persatuan Terbaik, Pemain Terbaik (Lelaki & Wanita), Pasukan Terbaik, Jurulatih Terbaik (Lelaki & Wanita), Pasukan Futsal Terbaik.


Presiden FAM hadir Anugerah Perkhidmatan Sepanjang Hayat, Anugerah Sumbangsih, Gol Terbaik Piala AFF Suzuki 2012, Penolong Pengadil Terbaik (Lelaki & Wanita), Pemain Belia Terbaik, Pemain Futsal Terbaik dan Pasukan Kebangsaan Terbaik (Lelaki & Wanita).

Anugerah ditaja Tourism Malaysia, Telekom Malaysia, Genting Bhd, Kerajaan Negeri Pahang, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Hyatt Regency Kuantan Resort.

Majlis dijadual dihadiri Presiden AFF, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden FAM dan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan