Pages

Jurulatih Vietnam letak jawatan

KETUA jurulatih Vietnam, Phan Thanh Hung meletakkan jawatan selepas bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan anak buahnya yang tersingkir awal pada saingan Piala AFF apabila sekadar meraih satu mata.
Juara edisi 2008 itu sekadar seri 1-1 dengan Myanmar sebelum tumbang di tangan Filipina 0-1 dan Thailand 1-3 sekali gus gagal melangkah ke separuh akhir buat kali kedua selepas 2004.

"Beberapa faktor menyebabkan kami gagal layak ke pusingan seterusnya. Sebagai jurulatih, saya perlu bertanggungjawab dan sudah menyatakan kepada Persekutuan Bola Sepak Vietnam untuk meletak jawatan," kata Thanh Hung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan