Pages

PBNJ bincang isu Mat Yo Isnin ini

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) akan mengadakan mesyuarat khas Isnin ini bagi membincangkan isu perpindahan penyerang Kelantan Norshahrul Idlan Talaha ke pasukan itu musim depan yang masih belum menemui jalan penyelesaian.
Setiausaha Kehormat PBNJ Suhairi Hashim berkata selain isu perpindahan pemain itu, mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim merangkap Presiden PBNJ dijangka akan membincangkan perkara lain termasuk penjualan tiket serta persediaan pasukan itu menghadapi Liga Malaysia musim depan.

"Kita tidak mahu memanjangkan isu ini (perpindahan Norshahrul ke Johor) bagi mengelakkan lebih banyak salah faham antara mana-mana pihak... jadi kita akan membuat keputusan mengenai perkara ini pada mesyuarat khas 19 Nov ini di Johor Bahru," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan