Pages

Obama menang, kekal Presiden AS

NEW YORK - Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 275 undi pemilih - lebih lima undi yang diperlukan setakat ini.
 
Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari.
Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu.
Ketika itu, pencabarnya Mitt Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperolehi 203 undi pemilih.
 
Bagaimanapun dari segi undi popular, Romney masih di depan. Beliau menguasai 49.9 peratus berbanding Obama 48.7 peratus.
Keputusan lima negeri masih belum habis dikira. Ini termasuklah Florida yang menyediakan 29 undi pemilih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan