GEORGETOWN: Seorang pelajar lelaki Universiti Sains Malaysia (USM) parah selepas terjatuh dari tingkat tujuh asramanya, di sini hari ini.
Pada kejadian jam 11.30 pagi, pelajar berusia 21 tahun itu ditemui dalam kedaaan terlentang di atas bumbung parkir kereta selepas dikatakan terjatuh menerusi tingkap biliknya.
Sumber polis berkata berdasarkan maklumat rakan sebiliknya, siswa dari Pusat Pengajian Pengurusan itu berkelakuan tidak normal dan mengalami kemurungan sebelum kejadian.
"Pelajar itu dikatakan berada dalam keadaan histeria, kerap mandi dan berbogel di dalam biliknya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
"Pelajar itu dikatakan berada dalam keadaan histeria, kerap mandi dan berbogel di dalam biliknya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan beliau berkata pelajar berkenaan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
"Pelajar itu masih dalam keadaan separuh sedar dan tidak boleh bercakap. Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini," katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Gan berkata seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat enam Pangsapuri Desa Garden, Jalan Van Praagh awal hari ini.
Vincent Boo Kean Aun, 23, dikatakan bertengkar dengan teman wanitanya yang tinggal di tingkat satu pangsapuri yang sama sebelum mayatnya ditemui di halaman pangsapuri itu pada jam 5.15 pagi.
Beliau berkata lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh badan dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan