Pages

Skrin tablet Surface mudah rosak

NEW YORK 11 Nov. - Usaha Microsoft dengan mengeluarkan tablet terbarunya Surface, untuk menyaingi iPad keluaran Apple mungkin gagal kerana gajet itu tidak berfungsi dengan baik.
Pengguna yang membeli Surface melahirkan kekecewaan kerana penutup skrin gajet itu mudah rosak selepas beberapa hari digunakan.
 
Akhbar Guardian melaporkan sejumlah pembeli termasuk penulis teknologi dan pembangunan melaporkan skrin terpisah dan mendedahkan wayar di bahagian dalam tablet.
''Penutup tablet yang bersambung dengan skrin terkopek, ia kelihatan longgar dan buruk.
''Saya bimbang kerosakan ini akan bertambah teruk jika saya terus menggunakannya,'' kata seorang pembeli dalam ruangan forum produk tersebut.
 
Tidak dapat dipastikan sama ada masalah itu berlaku hanya membabitkan sejumlah kecil tablet itu atau satu isu besar yang akan menjadi lebih ketara apabila lebih ramai orang menggunakan Surface.
Malah, pengguna di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) yang melaporkan kerosakan sama berpendapat kerosakan itu bukan melibatkan pengeluaran pertama gajet tersebut.
 
Mirosoft enggan mengulas mengenai berapa banyak aduan yang diterima oleh mereka.
''Microsoft akan berusaha untuk memastikan pelanggan mendapat produk yang berkualiti tinggi,'' katanya kepada CNET. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan