Ia susulan kejayaan pemain berusia 25 tahun itu yang mula ghairah memburu kemenangan selepas merangkul gelaran antarabangsa pertamanya, Terbuka Perancis dengan menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark 21-18, 21-17, minggu lalu.
"Kami selalu turun berlatih bersama sebelum ini dan akan turun berlatih lagi selepas ini... sudah tentu saya bersedia untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada.
Peluang untuk pemain muda
"Bukan dia saja tetapi kepada semua pemain perseorangan yang ada seperti Misbun Ramdan Misbun, Mohd Arif Abdul Latif dan yang lain," katanya selepas merasmikan Pusat Penjagaan Kanak Kanak Terencat Akal Selangor di Banting, semalam.
Pemain nombor satu dunia dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik London itu bakal menamatkan zaman bujangnya minggu ini dengan Wong Mew Choo dan turut menghulurkan sumbangan peribadi RM100,000.
Daren kini meletakkan sasaran berada dalam ranking 15 terbaik dunia, bermula di Terbuka China pada 13 November ini dan Chong Wei percaya pemain dari Kuala Lumpur itu mampu untuk berada di kedudukan lebih baik dalam tempoh setahun lagi.
"Bagi saya mungkin setahun (di ranking 10 terbaik) dan dia juga akan memasuki banyak kejohanan dan mahu berada di kedudukan lebih baik," katanya. Daren kini berada di ranking ke-18 dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan