Pages

Dua tonggak pertahanan Terengganu sertai T-Team

Kuala Terengganu: Dua tonggak pertahanan Terengganu - Marzuki Yusof dan Mazlizam Mohamad - sah menjadi milik T-Team apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memberi pelepasan kepada mereka beraksi bersama pasukan kelab itu dalam kancah Liga Super, musim depan.

Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh, berkata pihaknya tiada pilihan selain mengambil keputusan melepaskan Marzuki, 31, yang juga kapten pasukan dan Mazlizam, 26, kepada pasukan 'adik' itu selepas rundingan bersama dibuat.

"Memang benar, kita (PBSNT) sudah lepaskan dua pemain ini untuk beraksi dengan T-Team musim depan. Kami tidak ada masalah jika mana-mana pemain berhasrat berpindah ke pasukan lain.


"Kami lepas dengan cara baik. Bagi kami, buat apa mahu sekat sekiranya mereka mahu pergi... tidak ada guna kita simpan pemain yang tidak lagi berminat menyarung jersi Terengganu," katanya ketika dihubungi BH Sukan semalam.


Marzuki enggan komen

Sebelum ini, skuad Penyu kehilangan 10 pemain yang meminta dilepaskan antaranya Mohd Sharbinee Allawee (penjaga gol); Mohd Muslim Ahmad (pertahanan); Abdul Hadi Yahya (penyerang); Joseph Kalang Tie; Reeshafiq Alwi dan Shukor Jusoh (pemain tengah).
Turut minta dilepaskan Hariri Mohd Shafie (pertahanan) dan Ailim Fahmi Kamaruddin (penyerang), manakala PBSNT turut memutuskan tidak memperbaharui kontrak dua pemain import, Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva.

Apa pun, Marzuki enggan mengulas akan perkembangan terkini ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan